Monday, December 15, 2014

Pepijat oh Pepijat

Assalamualaikum and good morning to all beloved readers...


Pepijat. Korang pernah dengar pasal benda alah nie tak? Seriously, first time in my life tau kena invasion serangga durjana nih! Aku try jugakla google tengok apa yang diorang buat kalau kena serangan fatal die.


Korang tak kenal pijat??? Ok,aku pun tak kenal tapi lepas bulan lepas (November) aku akhirnya mengenali dia. Ya Allah, betul-betul huru-hara hidup aku.


Pepijat

Eee...serius geli tau tak. Tak pernah seumur hidup aku sampai aku now dah masuk 22 tahun (18 Oktober lalu) kena ketik (gigit) dek serangga durjana nie!


Ok, ceritanya begini. Elok-elok aku menyewa kat Wangsa Maju,tiba - tiba rasa nak duduk dekat office so aku menyewa jugak la dekat area Bangsar.Kebetulan ex-officemate aku kata bilik dia nak pakai penyewa. Alah bangunan apartment depan menara UOA tu la.


Semiggu lepastu ada gatal semacam. Aku garu-garu.Okeyh, nie bukan nyamuk sebab gatal dia pelik. Lepastu mula ada kesan merah, Lebih kurang macam gambar bawah nie.



Okeyh,tu bukan tangan aku yer...putih gebu cenggitu gadis lain la,kalo aku nie tak.Kihkihkih.
Lepas tu housemate cakap
"Bilik tu ade pijat..." Masya-Allah punya lah terkejut aku. Pastu aku pelik, nape aku jer yang gatal?
Orang lain yang menyewa sekali takde pun cakap apa-apa. Oh rupanya diorang pun pernah kena gigit tapi tak tahulah macam mana kebal kulit diorang tu.

Dan ini menyebabkan diorang ingat aku allergik dan tak sesuai duk di bandar.Sebab time aku balik ke Wangsa Maju tu aku tak hadapi masalah gatal-gatal nie.


So, aku buat keputusan untuk pindah dari Bangsar.Lepas pindah tu,iaitu bulan nie, suami aku teruk kena gigitan kat belakang dia. Habis merah-merah. Kitorang jadi pelik. Tak pernah berlaku sebelum nie.


Esoknya semakin parah. Suami aku yang paling teruk kena sebab dia tidur tak pakai baju selalunya (auwwww)...


Dan bila jumpa akhirnya dengan mata kepala aku, and aku dah berkenalan dengan dia kat google image, aku terus kukukan die,habis terpercik darah. Ada bau lak tu. Seriusly,aku benci sangat ngan pijat!!!


Ada jugak aku search dekat internet,bagaimana diorang hapuskan pijat. First, guna penyembur Baygon tu. (Aku dah buat). Second pakai serai wangi (Nie aku tak cuba lagi). Third mop lantai pakai air garam/cuka (Dah buat). Bersihkan bilik (Dah Buat). Basuh tilam atau kalau koyak kena say good bye lah dekat tilam tu (Aku dah buang tilam hadiah suamiku tu) Guna air panas pun boleh.Dan akhir sekali dan agak makan modal sikit iaitu panggil pest controller (Nie aku nak buat sebab dah cuba semua but gagal..so gaji nanti aku akan panggil diorang sembuq dan hapuskan mak nenek moyang pijat nie semua..biar lenyap keturunan diorang tuh!)



Aku rasa tak bahagia sangat lepas dapat serangan pijat nie. Tidur malam tak pernah lena. Suami aku pun dah lari tak nak balik sebab tak tahan pijat. (Macam la dia selalu balik...erkhh). Bear besaq aku pun aku dah cuci. Semua baju-baju aku cuci. Pijat nie sangat worse. Lagi worse dari aku bela Mochi and nak hapuskan bau taik Mochi.


Dah nasib kot. Tu lah tak bersyukur sangat. ada tempat tinggal yang elok nak duk dekat office. Alasan jer tu. Sebenaqnya aku yang nak ubatkan hati aku yang sunyi.Kalau duk Wangsa Maju sorang-sorang. Kalau kat Bangsar, at least ada kawan and sewa nya pun taklah terlalu mahal dan aku rasa mampu untuk menyewa lebih dari satu waktu tu sebab dah boleh berjimat tak payah naik LRT.


Tapi begitulah, perancangan Allah sebaik-baik perancangan. Ada hikmahnya setiap apa yang aku dan suami lalui.Mungkin perkahwinan kami yang tidak sesempurna orang lain menyebabkan kami tidak boleh selalu bersama (Tapi sah and mengikut syarak yer..Elok sikit,luku kang...Nanti next entry aku ceritakan cerita aku dan die ek)


Dan hikmah di situ jugak supaya aku mesti belajar bersyukur dengan apa yang aku miliki. Elok-elok boleh tidur aman damai kat Wangsa Maju now aku diselubungi fobia nak tidur ketika gelap.(Info sikit, pijat aktif dalam gelap) Dan aku selalu terasa ada benda merayap (Okeyh semalam aku dah berjaya kukukan tiga ekoq pijat!!)


Suami aku cakap mungkin pijat tu tumpang masa aku pindahkan barang dari Bangsar ke Wangsa Maju.Thanks pijat sebab bulan depan aku akan kering kontang (Duit melayang....)



Okeyh,thanks for reading guys and sorry if my words might be hurting yaa :)

No comments:

Post a Comment