Wednesday, October 15, 2014

Kepentingan Insurans dalam Hidup

Assalamualaikum...


Dalam kesibukan kita mencari rezeki untuk meneruskan kehidupan, kita juga tak terlepas dari macam-macam ujian.
Dan sekiranya kita tidak bersedia dari awal, kita juga yang bakal merana bak kata pepatah sediakan payung sebelum hujan.


berikut kisah benar yang saya ambil dari satu website ini.


Di sini saya ingin berkongsi sedikit pengalaman saya sebelum dan selepas memilik perlindungan insuran untuk anak saya. Pada tahun 2006 sebelum saya membeli perlindungan insuran untuk anak saya, anak saya telah dijangkiti penyakit di mana paru-parunya telah dijangkiti kuman. Pada masa tersebut saya belum mengetahui yang anak saya dijangkiti penyakit tersebut. Saya ingat dia hanya demam biasa. Ini hasil pemeriksaan klinik swasta dan hospital. Walau bagaimanapun setelah 3 hari mendapat rawatan klinik dan hospital saya mendapati tahap kesihatan anak saya semakin merosot. Dia tidak lalu makan dan suhu badan mencecah 39 darjah. Setelah mendapati beliau semakin sakit saya mengambil keputusan untuk merujuk anak saya ke Pusat Pakar Perubatan Normah. Walaupun tahu kos yang terpaksa ditanggung sekiranya anak saya dimasukkan ke hospital tersebut akan mencecah ribuan ringgit demi kesihatan anak, saya sanggup berkorban apa saja.
Setelah diperiksa oleh pakar, barulah saya dimaklumkan bahawa anak saya dijangkiti kuman di bahagian paru-parunya. Setelah dimaklumkan perkara tersebut doktor menasihatkan supaya anak saya ditahan untuk mendapat rawatan lanjut. Setelah 4 hari 3 malam dirawat di pusat tersebut saya terpaksa membayar sendiri kos perubatan yang berjumlah RM3,500. Di situlah saya berfikir jika anak saya dilindungi oleh insuran, kos tersebut mungkin saya tidak perlu bayar.
Setelah berfikir untuk masa depan anak-anak saya, saya mengambil keputusan untuk membeli perlindungan insuran untuk anak-anak saya. Pakej yang saya ambil adalah termasuk perubatan dan simpanan. Disamping dapat melindungi anak-anak sekiranya dimasukkan ke hospital akibat penyakit saya juga menabung untuk masa depan mereka.
Setelah hampir dua tahun membeli perlindungan tersebut anak saya sekali lagi dimasukkan ke Pusat Pakar Perubatan Normah akibat jangkitan kuman di usus ataupun istilah mudahnya cirit-birit yang agak kronik. Setelah dimasukkan ke dalam hospital tersbut selama 2 hari saya dikenakan bayaran sebanyak RM2,000. Setelah merujuk kepada agen insuran saya, saya hanya perlu membayar sebanyak RM100 sahaja sebagai bayaran untuk kos yang tidak ditanggung seperti caj pentadbiran. Dengan itu, masalah berkaitan dengan pembiayaan kos perubatan untuk anak saya dapat saya pindahkan kepada pihak insuran. Saya berasa perlindungan insuran yang saya ambil amat membantu menyelesaikan masalah kewangan saya dan saya amat berharap agar rakan-rakan sekalian mengambil iktibar dariapada kisah saya ini untuk perlindangan kesihatan diri ataupun keluarga untuk masa yang akan datang.
Sekian, terima kasih.
Disediakan Oleh: MUHAMMAD NAJIB BIN AHMAD
PENOLONG PEGAWAI TADBIR
JABATAN PEGUAM NEGARA MALAYSIA SARAWAK