Monday, June 23, 2014

bukan pointer biasa

assalamualaikum =)

heh. so 20/6 (beberapa hari lepas), result exam hari tu dah keluar . nampaknya masih akur dengan pointer yang memang biasa-biasa je (tajuk tipu je tu haha..) .

ramai rupanya yang persoalkan kenapa aku amik bidang ni. bak kata salah sorang panel interview (interview sebelum masuk uia hari tu) , "you are going from medicine to biotech. THIS IS A DOWNFALL"  ,,, ahaa,,, ayat takleh pedih sikit lagi ke.
dah memang terang2 downfall, alahaiiii,,,
ramai kawan2 biotech sendiri tanya, kenapa tak pilih bidang2 lain ( biomed terutamanya). ntoh ler kawan2, aku takde jawapan yang exact untuk soalan ni. sama juga masa dengan kawan-kawan kolej dulu, bila kami ditanya kenapa pilih medicine, ramai yang kata tak tahu nak jawab macam mana. so bila ditanya soalan sama masa sesi interview, jawapan semua orang memang lame habis , hoho. nampak benor main goreng je. ish ish.

apa pun alasannya, masing2 dah buat pilihan,,, jadi yang tinggal sekarang ni cuma perlu tetap dengan matlamat tu ,,

PS : soalan paling menyakitkan hati : "ros, awak belajar untuk apa?" -ditanya oleh beberapa orang kawan. and we all know where this is going. ya niat memang kena macam tu. tapi tak perlu la kot nak pegi canang kat semua orang. niatnya dah bagus, tapi buktinya tak ada. masuk kelas lambat, buat assignment malas, kuiz pun buat ala kadar,,, sekali fikir, tak pasti sama ada niat tu memang dah diperbetulkan atau cuma cakap kosong semata.

"action speaks louder than words"


No comments:

Post a Comment