Monday, June 30, 2014

Encik Mimpi,aku merinduimu....

Assalamualaikum and salam sejahtera uolls...

Cik Rindu rase begitu teruja nak tulis belog hari nie.Pasal apa, sebab Cik Rindu dah jatuh hati kat someone.
Dia ialah Encik Mimpi yang nanyi2 tu.


Tapi betul ke tu belog die? Urmmm..tak kesah la, hehe janji korang singgah and follow ehh.
Sbb entry dia pon bagus2..


Okey, pasai Encik Mimpi- Rindukanlah tu...first time dgr lagu tu kat radio Era, aku dah jatuh hati dengan suara tu. Hahaha..jangan gelakkan aku. Aku bukan senang nak jatuh hati dengan suara orang nie.
Al-maklum,asyik tergoda dengan si Buah Pala tu sejak zaman sekolah.


Then lepas tu, baru lam bulan lepas gak aku cuba cari kat youtube.Ada gak la dengar2 dia nie bertopeng.
Fuhhh...lagi la aku nak pengsan.Macam superhero dah an.Biarlah orang lain fikir bukan2 pasal die,pada aku dia ada alasan sendiri.Dia lagi nak ketengahkan suara dia berbanding rupa dia.


Okeyy...nie la wajah kekasih hati aku tu.Aummm.



Credit to google image


Hehe. Perasan je kan. Tak kesah la. Janji aku suka lagu-lagu dia, suara dia dan semangat dia.
Mind set dia sama macam aku.RUPA PARAS BUKAN SEGALANYA.Tu yang aku pegang.Dan orang yang aku suka time sekolah dulu pun tak hensem.(Mungkin sekarang dia dah hensem sebab ramai peminat)


Dan sebab hati nie dah jatuh kat dia, aku sekarang ialah Cik Rindu.Cik Rindu yang merindui "dia yang aku tak tau siapa" dari kejauhan.Hati aku sekarang hanya Allah yang mengisi.Aku akur aku pernah menyukai seseorang,dan sekarang jatuh hati pulak kat Encik Mimpi,tapi aku tahu cinta tu milik Allah.


Dan cinta hakiki tu dengan menyintai Allah.Menyintai Allah akan membawa kita dicintai oleh orang yang juga menyintaiNya.Hebatnya kuasa cinta Allah.






Aku suka sangat2 kat buah pala sejak tingkatan dua.Dan aku tahu dia tahu.Dia pun dah malas layan aku.Aku rasa tu dah menjawab semuanya kan.Dia suka senior dia.Hahahahha..buat fitnah.Taklah,dia insan baik.Dia nak baikkan dirinya dulu,sebab cinta dia sekarang hanya pada Allah dan Rasul serta ilmu.


Ehhh..kenapa Buah Pala masuk dalam artikel Encik Mimpi nie?Haha...okeyy,berbalik kat Encik Mimpi,dalam mimpi je la kan dia nak jumpa aku...hahaha..sama macam aku suka Jimmy Shergil masa sekolah rendah hari tu la.Hahahaha...boleh lak mikir sejauh tu.Artis kot.


Okeyy,mungkin la...kita suka seseorang tu,padahal orang tu tak baik untuk kita.Dan boleh jadi kita benci seseorang,padahal dialah jodoh kita.Fine,setakat nie Cik Rindu tak benci sesiapa.Cik Rindu hanyalah mampu merindu pada yang tak sudi.


Kelauttt..terlekat sangat dengan lagu Encik Mimpi(EM) Rindukanlah.Lepastu aku dengar gak yang Ayuh Tinggalkan Dia..haha...EM nie macam bagi semngat suruh aku lupakan Buah Pala (BP) jer.Huhu.
Then,paling aku melting ialah lagu My Girl versi Melayu (Gadisku) tu.Kalau la dia tuju lagu tu untuk aku an,mesti da pengsan tak sedar ape....3 hari 2 malam kepengsanan.Hahaha.Ops,macam baucer holiday la plak.



Cik Rindu seorang yang kuat berangan.Sebab tu la macam2 idea nak mengarang.Novella,cerpen la,cerut (cerita mengarut) la,cerna la..ops!!(Nie ade kaitan ke?Ehehehh..pehlis)


Sangat minat cerita My Girl tu.First tengok and jato chenta ngan cerita korea ialah citer My Girl.Kekelakaran Lee Da Hee dan kehenseman Lee Dong Wook tu la yang buat aku terlekat.Puii.Poyo jer.
Start tengok time menuntut kat Institut Profesional Baitulmal tahun 2010.


Okeyy..lupakan Encik Mimpi,abaikan cinta tak berbalas BP dan buang jauh2 My Girl,Cik Rindu nak ucapkan selamat berpuasa buat muslimin muslimat yang sudi jenguk belog yang tak seberape nie.
Jom lipat gandakan amalan sempena bulan mulia and penuh barakah ini.Semoga diberkati Allah.


“Aku adalah sepertimana sangkaan hamba-Ku, dan Aku bersama dengannya ketika ia mengingati Aku. Jika ia ingat kepada-Ku di dalam hatinya, Aku ingat kepadanya di dalam hati-Ku. Dan jika ia ingat kepada-Ku di khalayak ramai, nescaya Aku pun ingat kepadanya dalam khalayak ramai lebih baik. Dan jika ia mendekati kepada-Ku sejengkal,Aku pun mendekatinya sehasta. Dan jika ia mendekati-Ku sehasta, nescaya Aku mendekatinya sedepa. Dan jika ia datang kepada-Ku berjalan, maka Aku datang kepadanya sambil berlari.”-Hadith Qudsi riwayat Syaikhan, Tirmidzi dan Abu Hurairah R.A

-Credit to ILuvIslam



Sekian,wassalam.

Monday, June 23, 2014

bukan pointer biasa

assalamualaikum =)

heh. so 20/6 (beberapa hari lepas), result exam hari tu dah keluar . nampaknya masih akur dengan pointer yang memang biasa-biasa je (tajuk tipu je tu haha..) .

ramai rupanya yang persoalkan kenapa aku amik bidang ni. bak kata salah sorang panel interview (interview sebelum masuk uia hari tu) , "you are going from medicine to biotech. THIS IS A DOWNFALL"  ,,, ahaa,,, ayat takleh pedih sikit lagi ke.
dah memang terang2 downfall, alahaiiii,,,
ramai kawan2 biotech sendiri tanya, kenapa tak pilih bidang2 lain ( biomed terutamanya). ntoh ler kawan2, aku takde jawapan yang exact untuk soalan ni. sama juga masa dengan kawan-kawan kolej dulu, bila kami ditanya kenapa pilih medicine, ramai yang kata tak tahu nak jawab macam mana. so bila ditanya soalan sama masa sesi interview, jawapan semua orang memang lame habis , hoho. nampak benor main goreng je. ish ish.

apa pun alasannya, masing2 dah buat pilihan,,, jadi yang tinggal sekarang ni cuma perlu tetap dengan matlamat tu ,,

PS : soalan paling menyakitkan hati : "ros, awak belajar untuk apa?" -ditanya oleh beberapa orang kawan. and we all know where this is going. ya niat memang kena macam tu. tapi tak perlu la kot nak pegi canang kat semua orang. niatnya dah bagus, tapi buktinya tak ada. masuk kelas lambat, buat assignment malas, kuiz pun buat ala kadar,,, sekali fikir, tak pasti sama ada niat tu memang dah diperbetulkan atau cuma cakap kosong semata.

"action speaks louder than words"


Tuesday, June 17, 2014

Keep simple and stay cute!

Assalamualaikum n morning!

Obviously, zizan da lame ta update ini blog. Only mican yg berbelog sendirian berhad and of cos, I think die miss me berbeloging again.


Ahaaa...dulu, zizan dextivate fb, n now mican plak. Hahahaha...jangkit kot. Okeyh, keep calm and stay selfie. Now nak show the power of colours.


From this :-






Into this :-









See? Lain kan? hehehehehehe....just a simple starting of foundation. Itulah rahsianya. Bila lopak2 da ditutup inilah hasilnyer... n zizan cuma pakai ini saja!!







So gegirl lua sana, jangan malu untuk jadik confident coz u worth it!!! Keep calm and stay cute...adios!!
(Tips mekap simple tu akan menyusul for next entry..but first cuba amalkan krim kecantikan mcm contoh  lam gambor..pilih yg sesuai ngan kulit taw...gud luck..)