Sunday, November 10, 2013

bertepuk sebelah tangan

assalamualaikum =)

kali nie tiba2 nak cakap pasal bertepuk sebelah tangan ,,, oh , minta maaf , tak ada kaitan dengan cintan cintun ,,, I takde pengalaman , so kalian lebih arif dalam hal tu, ehem,,,

sepanjang hidup nie , mungkin kita pernah rasa "eh aku je yg terhegeh hegeh nak berkawan dengan dia , dia macam tak layan je" atau "cisss betul minah tu , tadi aku senyum , dia boleh buat tak nampak je" atau "sampai hati akak sebelah rumah tu , birthday dia tiap2 tahun aku sambut , birthday aku dia tak hengat pun" atau apa2 situasi yang nampaknya macam kita bertepuk sebelah tangan,,, yang di sana tak peduli pun,,, haa , kepada yang tak pernah rasa , nak habaq mai , sakit woi rasa dia . sakitnya terasa dalam hati ,,, menusuk-nusuk gituh . sampai rasa macam nak pegi tusuk2 je orang yang di sana tu dengan jarum . (jarum je ? pisau2 takde ke? hehe . nak merasa masuk lokap sila la )


kepada yang pernah rasa macam tu ,,,,,,
"erti hidup pada memberi" . entah dari mana la kawan2 aku petik kata2 nie , tapi nie la yang dorang selalu ulang2 masa belajar kat kolej dulu,,, dengar macam bagus sangat  , macam nak buat je , tapi rupanya susah . kena "memberi" tanpa mengharapkan "balasan" . benda nie bukan semua org buat. bukan semua org nk "memberi".. sebab susah tu lah akhirnya jadi sakit hati,,, dan akhirnya "aku dah bosan nak layan dia nie , aku je yang bersungguh-sungguh, dia layan aku nak tak nak je .blah ah" . tak pasal2 putus saudara .

sooo,,, memandangkan aku pernah rasa benda macam nie , dan pernah juga menjauhkan diri dari orang2 yang buat aku rasa macam tu , aku cuba fikir jalan tengahnya . resolusi tahun baru , iaitu muhasabah diri . cuba fikir balik , kita senang sangat nak nampak salah orang  , salah kita   macam mana? mungkin kita pun pernah buat orang lain rasa macam tu,,, what goes around comes around kan?  aku tak percaya karma ,,, aku percaya apa yang kita rasa nie semua teguran dari Allah atas apa yang kita buat selama nie , yang kita tak sedar,,,yang kita anggap benda kecil ,,,, (harus la letak ayat ustazah kat sini) .

jadi,,,, ada satu perkataan paling tepat untuk semuanya nie : SALING . cuba sebaik mungkin , hargai kebaikan orang pada kita . jangan biarkan orang rasa apa yang kita rasa . tuuu dia , ... ayat pengorbanan takleh blah . hahaha....

tu je yang aku dapat fikir sekarang nie ,,,, kita usahakan je , mulakan dengan diri sendiri je dulu,,, selebihnya macam biasa la , tawakkal, hakhak,,,

semoga berbahagia semua nya , dan salam maal hijrah ( hari nie dah 6 Muharam , tp takpe la , still suasana tahun baru lagi )

PS : nie aku petik kat inbox aku . sila klik kat gambar kalau nk nampak lebih jelas.

yang nie paling kelakar , orang UK kononnya , native speaker tp ayat sekolah rendah . nampak benor nipu nyer.

 semalam ustaz pesan , benda2 macam nie tak payah layan . dia pun selalu dpt mesej macam nie dari perempuan2 misteri entah dari planet mana yang tiba2 nak berkenalan . ayat manis2 je  . tp nk menipu, katanya . so bila ustaz tu tak tahan bila dapat mesej banyak sangat , ustaz balas kat salah sorang "perempuan" tu ,,, macam mana ustaz balas ? sepatah perkataan je ustaz cakap,,,

"BULLSH*T" .

sepatah tu je . hahahaha...ganas betul... sakit perut aku gelak semalam dengar cerita ustaz nie .






No comments:

Post a Comment