Monday, September 16, 2013

kenapa saya suka cikgu saya ?

assalamualaikum =)

sempena Hari Malaysia nie , tak pasai2 teringat pasal cikgu pulak (apa kaitan ?)

bila cerita pasal cikgu and sekolah nie , biasanya orang selalu ingat pasal kena denda , cikgu tu jahat , cikgu ni baik , moments masa menghias kelas setiap awal tahun, atau kenangan manis dapat hadiah   ( pelajar teruk macam aku memang tal hengat lar pasal hadiah ney,,,haha )
tapi,,,, jom fokus kepada makhluk terpenting dekat sekolah tu . CIKGU . ( tapi ada cikgu cakap , pelajar la yang paling penting kat sekolah , sebab kalau takde pelajar , cikgu tak dapat jadi cikgu . macam mana nak jadi cikgu , kalau tak dapat mengajar ) . tapi,,, kalau cikgu pulak takde , apa benda budak2 tu semua nak buat kat sekolah ? dorang pun tak jadi  pelajar jugak la ,,, macam mana nak jadi pelajar , yang mengajarnya takde . hihi . (berdebat sampai maghrib )

ada banyak sangat benda yang cikgu buat / cakap , yang aku sangat suka :

1) "holiday is holiday . no homework"
- yang satu nie,,,,,bukan aku je , sume orang suka .hahaha.... untung la , dapat teacher best ...aku dengar benda nie masa form 4 ,,,, dah nak cuti penggal,,,,sume cikgu laen dah bagi homework , tapi cikgu yang sorang nie buat xtak tau jek,,, so rasa kurang percaya sket la,,, sebab tu kitorang tanya dia , teacher , takde homework ke ? (believe me , we did that ). pastu dia tanya , subjek lain ada homework ke? bila kitorang cakap ada , dan sangat banyak, dia geleng2 kepala,,, holiday is holiday .. kalau nak ada homework lagi baik tak payah cuti terus . untuk subjek saya , no homework ,,,,
fuyoh,,,, hahaha,,, alhamdulillah,,,, sangat memahami,,,, ini bukan masalah pemalas , tapi kalau terlebih sangat, sampai berpuluh esei nak kena buat ,  student of the year pun tak sanggup....(aku biasanya buat homework untuk revision je,,, bila rasa macam terlebih sket memang aku tak siapkan , sebab subjek lain pun nak kena study jugak,,, tapi kalau add maths dengan fizik , biasanya cuba jugak siapkan , sebab benda nombor2 nie tak boleh dibuat main ,ahahaha)

2)"sila bercakap"
-HAH ???!! peristiwa ajaib nie berlaku setiap kali ada kelas fizik,,,, haha,,,, mula2 cikgu mengajar sekejap , pastu dia akan cakap "sekarang , bagitau kawan sebelah , apa yang kamu belajar tadi" .... tang nie aku suka,,,, bila kitorang macam tak cakap apa2 , cikgu akan marah dan paksa kitorg bercakap dengan kawan,,,alahai,,, mana nak cari cikgu macam ni,,,,best , sebab bila ada yang kita tak faham , kadang2 tak tau macam mana nak tanya cikgu,,, kalau nak simpan sampai tamat period tu baru nak tanya , rasanya makin tak faham kot , sebab subjek kritikal macam ni tak boleh pendam2 sangat hihi.... so bila ada peluang discuss dengan kawan2 dalam kelas macam ni , terlerai la jugak kekusutan minda ini,,,,kadang2 cikgu akan pergi dengar jugak apa benda yang kitorang bincang , dan kalau ada yang salah dia akan explain lagi,,,,ahhhhh , indahnya  :)
(ada je yang bercakap pasal benda lain masa cikgu suruh bincang,,, yang tu masalah depa la kan )

3)bila cikgu transform jadi pakar motivasi
- kadang2 bila kitorang macam takde semangat hidup , i mean semangat belajar , cikgu akan cerita benda2 yang buat mata semua orang berkaca-kaca,,,, tu dia ! haha,,,, cerita pasal zaman dia sebagai pelajar dulu , macam mana zaman dia dulu sangat berbeza dengan zaman kita , dan  kisah2 kejayaan dia,,,, fuh , insaf ! haha,,,,aku lebih suka dorongan yang macam ni la berbanding dengan caci maki terhebat,,,,, macam , down sangat kot bila cikgu cakap kita nie pelajar malas , tak guna , tak sedar diri , dah besau esok merempat sebab masa sekolah malass,,,, benda2 kasar macam ni , kalau ada pun, memang tak masuk dalam  fikiran aku , dan memang tak diguna pakai langsung,,,, ( kalau tak silap , masa form 5 pernah ada makhluk yang cakap , pelajar kelas  kitorang nie adalah pelajar 5 sains 1 yang paling TAK GUNA dalam sejarah sekolah,,,,takde harapan langsung untuk cemerlang dalam exam) .<<<::: tapi yang cakap macam nie bukan cikgu yang mengajar kelas kitorang la ,,,, so,,,,, peduli hape,,,,yang penting cikgu kami cool dan baik2,,,, dorang lebih kenal kami berbanding pihak2 lain,,,, guru2 penolong kanan dan pengetua , misalnya .... *batuk2 kecil*

4)kelas bergerak
-yang ni klakor,,,,haha,,,,aku takkan lupa sampai bila2 , subjek sejarah tingkatan 4,,,,, cikgu perempuan , garang tiada tandingan . haha . kitorang pernah kena denda , satu kelas kena duduk bawah meja sebab sume orang diam masa dia tanya soalan,,,, tak menjawab ,,,( aku pun memang tak ar , sejarah kot , haha... ).... bila sume pelajar dah kat bawah meja  , cikgu tu berdiri kat depan dan terus mengajar ,,,, tapi kalau tengok dari luar kelas , nampak macam cikgu tu cakap sorang2 lar , bwahahaha,,, yang best nya , masa tu jugak la ada cikgu lain datang nak buat pengumuman , tapi bila dia nampak cikgu kitorang tu berdiri dan mengajar sorang2 , dia gelak sehabis kuat ,hahahaha,,,,,pastu dia cakap "saya sebenarnya ada announcement ni kak , tapi takpe la, akak macam sibuk je,," ,,,, cikgu kitorang " kalau macam tu cakap la , ada org la dalam kelas ni,,, saya bukan cakap sorang2,,."
hahaha...terbaik,,,, kena denda ramai2 ni , best juga eh,,, hehe , hilang jugak rasa mengantuk ,
 sekali -sekala kat bawah meja apa salahnya , hihi,,,dan cikgu ni pernah suruh kitorang kumpul fakta dalam tajuk tertentu , pastu buat lagu dan nyanyikan depan kelas,,,, masa tu macam2 bentuk muncul ,,,, :)

5)bila cikgu memahami
-bila kitorang tanya soalan , tak kisah sebodoh mana pun , cikgu akan jawab ,,,, dengan serius,,,, dan bukannya cakap "ini pun tak tau ke..".......dulu cikgu selalu galakkan kami tanya soalan , dan tak judge kami senang2,,,,  group aku pernah tersilap , tak pandai guna apparatus dalam makmal chem ,,,, bila cikgu tengok , dia gelak,,, instead of "bodohnya , nie pun tak tau pakai" , dia cakap "kenapa tak tanya,,,," dan terus tunjukkan cara yang betul untuk guna alat tu (sebelum tu rasanya dh 14 ratus kali dia terangkan , tapi tak faham2 jugak ,hehe)
dan bila kitorang slow , tak dapat tangkap apa yang dorang ajar , dorang akan faham ,,, ayat terbaik yang cikgu kimia aku pernah cakap " takpe la,,,, belajar slow2,,, saya pun , nak sampai ke tahap nie , dah berpuluh tahun belajar,, kamu ,ada dua tahun je,,saya tak harapkan kamu terus excel dalam setiap benda nie ,, kamu pun baru belajar,,,,tapi cuba la , sehabis boleh ya"...... <<<::: sebab tu kimia jadi subjek favourite aku dari dulu sampai sekarang , bahkan sampai mati ,,,, sebab aku akan pegang kata2 cikgu nie smpai bila2,,,(budak2 genius , fast learner , takyah nak buat muka sangat la,,, kami yang slow rock nie ada cara tersendiri untuk cari ilmu) . PEACE .

dannnn banyak lagi yang aku suka sangat pasal cikgu2 kami dulu , hihi,,,tapi 5 nie je yang paling aku ingat , dan yang mampu diingat setakat nie,,,, banyak je lagi,,,,cuma tak ingat je .

oh,,, tapi ada satu benda yang aku agak tak suka la ,,,,satu jer...

#bila cikgu tak nak jadi pendengar yang baik (atau memang mendengar langsung)
bagi homework banyak2 , marah2 students , suka denda macam2 , tu biasa je sebenarnya .... kita yang salah , memang lar kena denda , kena marah,,,,, dan homework tu pulak untuk pastikan kita study je sebenarnya,,,,sebelum cuti elok je, sume pandai2 , balik cuti semua tak tau apa2 , kan kesian .
tapi ada benda yang aku tak puas hati , sejak sekolah rendah lagi,,,haha,,,,

cikgu : A , kenapa absent semalam ?
A       : nenek saya sakit , KAMI pergi melawat , cikgu .
cikgu : kamu pegi buat apa,,, kamu doktor ke ? *nada sinis*
A       : *diam*
aku    : what the . . .

( HELLO CIKGU , BUDAK TU TERANG2 SEBUT "KAMI" , MAKNANYA DIA NAK CAKAP YANG DIA PERGI DENGAN MAK AYAH DIA)

oke faham , budak tu masih sekolah rendah , memang bo*oh lagi pun , so memang belum jadi doktor la ,,, habis dia tak layak ke nak pergi tengok ahli keluarga dia yang sakit? nak kena jadi doktor dulu baru boleh pergi tengok nenek dia sakit ? kalau ada kematian pulak macam mana ? "oh awak tak payah pergi la , awak bukan penggali kubur pun,,,"  macam tu baru betul ke??amboi keringnya hati.

anyway aku dengar dialog antara A dan cikgu nie masa sekolah rendah dulu , tak pasal2 bengang ,,, takkan nak expect budak tu duduk bermalam sorang2 kat rumah , sementara parents dia balik kampung , semata-mata taknak miss kelas keesokannya ? budak2 kot , mana2 parents pegi , dia ikut la ,,, dia memang tak boleh tolong orang sakit tu pun , tapi dia jugak tak mampu nak duduk sorang2 kat rumah tu,,,cuba faham situasi dia apa salahnya,, walaupun dia budak , tak baik woo pandang rendah kat dia , seolah-olah alasan yang dia bagi tu alasan yang tak boleh pakai,,,,,nanti dia membesar fikir diri sendiri tak guna . mungkin cikgu tu takut budak2 sengaja reka alasan , padahal sengaja nak ponteng ,,,,.... fine ,,, kalau nak fikir buruk2 camni , sampai pencen pun takkan jumpa pelajar yang baik , oke ...

baiklah . class dismissed . *suara cikgu*



2 comments:

  1. ikaaaaa,,, update la jgk sal bnda nie kat blog hang :p
    nk tgk style pesantren cmne hihi

    ReplyDelete