Tuesday, August 27, 2013

Kau Kutunggu

Buat peminatku yg lame menanti..cehhh....sila jgn menangis...uhhuhuhuhu

Manisnya pertemuan
Pahitnya perpisahan
Segala kini tidak dapat untuk kubahasakan
Semua kini kaku tiada lagi madu
Setiap madah baris kata
Bukannya lagi buatmu


Air mata Ain Marsyila mencucuri pipinya.Mata agak sembap.Dari semalam sehingga sekarang,masih terngiang-ngiang kata-kata Amir Ziqri terhadap dirinya.
“Aku suka Mawaddah,”tutur Amir Ziqri saat Ain Marsyila melabuhkan punggung di kerusi cafeteria kolej mereka.Ain Marsyila yang sedang menyedut minuman terbatuk.Sambil cover cun Ain Marsyila gelak-gelak memecah sunyi yang tiba-tiba itu antara mereka.
Suasana kafe yang hiruk-pikuk itu tak langsung mengubat hati Ain Marsyila yang pecah berderai.Saat itu mahu saja empangan air matanya pecah.Sabarlah wahai hati.
“Aku kena gerak dulu la Mir,kelas aku akan mula kejap lagi,”Ain Marsyila minta diri.Amir Ziqri hanya mampu melihat Ain Marsyila yang berbaju kurung ungu berbunga cream dan tudung sama warna dengan bunganya berlalu pergi dengan pantas.Cantik dan sopan,desis hati Amir Ziqri.Cepat-cepat dia sedarkan diri.Ain Marsyila sahabatnya.
Ain Marsyila saat itu sudah tidak mampu membendung lagi air mata itu.Saat itu dia sangat berharap ada mana-mana budak motor melanggar saja dirinya saat itu.Dunia serasa kelam.Dia cepat-cepat berlari menuju ke bilik air perempuan.
Mengunci pintu dari dalam dia menangis sepuas-puasnya.Saat itu,dia sudah tak tahu nak memberitahu sesiapa lagi.Amir Ziqri saja satu-satunya sahabat dia kala susah dan senang.Namun,dia salah langkah.Hatinya terlebih dulu yang jatuh.Oh hati,naiklah kembali.Walaupun kau terpaksa menahan peritnya luka itu,gagahilah.
Tiada perasaan yang lagi sakit melainkan sakitnya patah hati.Sudah dua hari Ain Marsyila tidak menjamah sebutir pun nasi.Lihat saja nasi,dia terus teringat Amir Ziqri yang selalu mengusiknya yang kuat makan.Tiap kali tak habis,Ain Marsyilalah yang jadi tukang perabisnya.
“Hoh,pempuan ape la kau nie,makan mengalahkan Jin,”
“Jin dah kalah la tu,hahaha”

Begitulah mereka,usik-mengusik.Sakat-menyakat.Apabila nak buat homework,mereka akan menolong antara satu sama lain.Amir Ziqri agak cemerlang dalam matapelajarannya.Ain Marsyila selalu belajar dengannya.Setiap kali salah,pasti diketuk dengan Amir Ziqri yang pantang dengan kesalahan.
Ramai yang kata mereka pasangan serasi.Namun bagi Amir Ziqri,Ain Marsyila adalah sahabat dia yang paling baik.Menjaga diri dan sopan-santun meskipun dia agak kasar dan kelam-kabut.Kini semuanya telah berlalu.Semua kenangan hanya tinggal kenangan.Enam tahun berlalu begitu pantas.

BUKKKKKKK!!!!!

Air Marsyila membuka mata.Suasana agak asing.Bukan bilik tidur aku nie.Tak bau pun air liur basi.Dia membelek-belek kain selimut dan melihat tangannya yang dimasukkan cecair IVD.Hospital.Bagaimana aku boleh ada kat sini nie?Di hujung katil terlihat seorang jejaka sedang terlena di kerusi,penat barangkali.
“Awak....”Air Marsyila mengejutkan dengan suara perlahan.
Pemuda itu membuka mata,menggosok-gosok matanya yang agak sepet.Dia menguntum senyum.Manis.Cinakah?Korea memang tak mungkin,hehe.Tahu-tahu je aku nie suka Korea kan?Sibuk betul la si penulis nie.Nak jugak tulis pasal minat aku.Hiks.
“Hai,”Dia tegur sambil mendekatkan kerusinya denganku.Dia menghulurkan tangan.
“Saya Nick,”Nik Qushairee menghulurkan tangannya untuk bersalam.Ain Marsyila mengangguk tanda menyambut salam dari Nik Qushairee.Nik Qushairee senyum memahami.

“So,will you tell me,how I was admitted here?”Ain Marsyila bersuara.
“Actually,you sebelah I dalam LRT tadi.Tetiba saja you pengsan,I tak tahu nak buat apa.As human,I should brought you here,right?”
“Thanks,”Air Marsyila masih lagi blurr dengan kejadian yang tak disangka itu.Seingat dia,dia sihat saja tadi,siap main Candy Crush lagi dalam LRT untuk menghilangkan bosan.

Sebulan selepas peristiwa itu,mereka menjadi rapat.Nik Qushairee berdarah campuran England,Chinese dan Melayu.Ayahnya Chinese Singaporean yang mixed blood England,manakala ibunya Melayu pure Kelantan yang tinggal di Johor.Sweet sangat cerita parents Nik Qushairee yang buat Ain Marsyila tak henti-henti nak dengar cerita mereka.
Nik Qushairee hanya mampu mengikut kemahuan budak manja Ain Marsyila yang mengada-ngada tu.Nik Qushairee agak berada.Muda-muda lagi dia sudah diberi kepercayaan daddynya untuk mentadbir syarikat.Dia digilai ramai wanita.Bayangkanlah,muka pun dah iras-iras Henry Golding.
Ain Marsyila pula baru saja menamatkan zaman pengangguran terhormatnya bekerja di ibu kota.Kenangan belajar di Sintok dan mengenali Amir Ziqri takkan dilupakannya sampai bila-bila.Meskipun sehingga kini parut luka yang ditinggalkan masih berdarah,dengan kehadiran Nik Qushairee dia sedikit demi sedikit terubat.
Nik Qushairee seorang yang serius sedikit.Kehadiran Ain Marsyila juga mengubah dirinya.Jika selama ini,dia selalu buat muka ketat,Ain Marsyilalah yang menceriakan hari-harinya.Dari cerita Ain Marsyila dia ada ramai adik-beradik belah ibu tirinya.Sangat berbeza dengan dirinya yang menjadi satu-satunya buah hati pengarang jantung keluarga.

Jika dulu,Ain Marsyila selalu mencemburi sahabat-sahabatnya yang sudah berumah tangga mahupun sedang melayari bahtera cinta,sekarang tidak lagi.Dia gembira menjadi dirinya.Biarlah dia sendirian.Cinta pertamanya sudah gagal.Dia tidak mempunyai kekuatan untuk menyintai sesiapa lagi.Dunianya disibukkan dengan kerjanya sebagai Interior Designer di salah sebuah syarikat di ibu kota.
Setiap kali ada masa lapang,Nik Qushairee pasti mengajak Ain Marsyila.Jika dulu dia tidak pandai menyakat,sekarang dia makin teruk menyakat Ain Marsyila sampai pernah satu ketika Ain Marsyila hampir menangis bengang.Mengalahkan budak-budak,hish!!

Kesihatan Ain Marsyila semakin teruk.Rambutnya banyak gugur.Hari demi hari hidupnya semakin tidak terurus.Nik Qushairee tidak putus-putus memberi semangat kepadanya.Namun,berat mata memandang,berat lagi bahu yang memikul.Ain Marsyila  memandang Nik Qushairee yang mendorong kerusi rodanya di kawasan laman hospital.

Dia sangat bersyukur,Allah mengurniakan sahabat sebaik Nik Qushairee.Peristiwa kantoi tersingkap kembali.Sewaktu dinner di salah sebuah hotel terkemuka di ibu kota tiga bulan dulu,Nik Qushairee telah melamarnya.Tiba-tiba Ain Marsyila batuk-batuk.Batuknya tiba-tiba teruk apabila ada tompokan darah di tisu yang ditekupnya.Nik Qushairee hampir jatuh terjelepok.
 Saat itu,barulah dia tahu Ain Marsyila yang disayanginya itu mempunyai tumor otak peringkat akhir.Selama bersahabat,Ain Marsyila tidak pernah menunjukkan sebarang tanda.Dia pandai berlakon.Nik Qushairee marah dan menghilangkan diri.Betapa remuknya hati Nik Qushairee.Patutlah,Ain Marsyila tak sama dengan perempuan lain yang mudah cair dengan dirinya yang serba sempurna.Tapi siapakah yang sempurna?Allah saja Yang Maha Sempurna.Air Marsyila yang ingin disunting akan meninggalkan dia buat selamanya.

Bagai mencari kekuatan,Ain Marsyila memegang pergelangan baju lengan panjang berbelang Nik Qushairee.
“Awak...saya ada satu permintaan terakhir.”
“Ya sayang,apa..”
“Syila minta maaf...”Saat itu air matanya mengalir deras.
“Syila minta maaf tak dapat terima Nick,Syila...”
“Dahla sayang,yang penting I sayang you lebih dari you sayang diri you sendiri..”Nik Qushairee merendahkan dirinya dan memandang mata bulat Ain Marsyila yang berkaca-kaca.Mata bulat yang semakin layu tak segalak dulu.
“Syila rasa,mungkin ni je jalan terbaik buat Syila.Jika Syila macam orang lain yang umur panjang,Syila mungkin tak dapat hidup bahagia jugak kan Nick?”
Nik Qushairee menangis teresak-esak.Dia mengelap pelupuk mata Ain Marsyila tanpa menghiraukan air mata lelakinya yang gugur sama.
“Janganlah nangis Nick,Nick tak happy ke Syila akan jumpa mak dengan ayah Syila tak lama lagi?Boleh jumpa dengan adik Syila yang Syila tak sempat jumpa sejak dia lahir lagi.Syila rindu sangat-sangat kat diorang.Lama sangat tak jumpa,”
Semakin kuat tangisan Nik Qushairee.Ya Allah,bahagiakan wanita ini walaupun sesaat.Doa Nik Qusahiree dalam hati.
“Syila...buruk sangat ke Nick sampai Syila tak nak langsung terima Nick walaupun sehari?”Masa itu hanya Allah saja yang tahu betapa mahu pecah dadanya untuk melawan perasaan.
“Nick,Syila dah nak mati,”
“Shhh..”Nik Qushairee meletak jari di bibir pucat Ain Marsyila.
“Andai Syila jodoh Nick,Nick redha.Terima Nick.Beri Nick peluang berada dalam hati Syila walaupun seketika,”Nik Qushairee sudah tidak dapat membendung lagi dirinya.Jika diikutkan perasaan,mahu saja dipeluk tubuh yang semakin melidi itu tak mahu dilepaskan lagi.

“Aku terima nikahnya Nurain Marsyila binti Mustafa dengan mas kahwin RM80 tunai,”Lafaz ijab dan qabul telah dilafaz.Dengan sekali lafaz,Ain Marsyila sah disatukan dengan Nik Qushairee di Hospital Permaisuri Nur Zahirah.Saat tersarungnya cincin di jari,air mata dari wajah pucat Ain Marsyila mengalir jua.Senyum dihulur buat suami tercinta yang bergenang air matanya.Nik Qushairee mengucup dahi.Dua pasang mata itu mengalirkan air jernih memanjat syukur.Ain Marsyila tunduk mengucup tangan sang suami,sejuk tangannya.Tubuh itu rebah juga di ribaan suaminya.
Nik Qushairee mengesat air mata,mengucup dahi isterinya yang sudah pergi buat selamanya.Perlahan membisikkan
“Ya Allah,tempatkanlah isteriku dalam kalangan solehin kerana dia isteriku yang solehah...”Masih teresak-esak,Nik Qushairee menjaga air matanya dari menitis ke atas isterinya.
“Sayang...tunggu abang di sana,”Alfatihah.Ain Marsyila,kau kutunggu.
Ketika di laman hospital...permintaan terakhir.....

“Syila ada surat nak bagi seorang sahabat Syila yang dah lama Syila tak jumpa,Nick boleh tolong poskan tak?”Ain Marsyila menghulurkan sepucuk surat beserta alamat.Amir Ziqri.Nik Qushairee mengikut sahaja.Ain Marsyila minta segugus bintang sekalipun dia akan petik,dia sanggup  buat apa saja untuk menggembirakan hari-hari terakhir Ain Marsyila yang akan bila-bila masa saja.

Ke hadapan sahabatku yang tercinta Amir Ziqri,

Saat kau membaca suratku ini,aku mungkin sudah tiada di sini lagi.Aku akan pergi ke tempat yang jauh.Berjumpa keluarga aku yang dah lama tinggalkan aku.Kau apa khabar?Aku harap kau sihat-sihat saja.
Sekarang mesti kau tengah kunyah something kan?Kau selalu macam tu.Baca komik pun kena kunyah sesuatu.Sengih sikit.Weh,aku rindu kau.Rindu sangat-sangat.
Aku minta maaf sebab aku tinggalkan kau yer.Aku tahu,kau tengah bahagia dan aku patut tumpang bahagia because kau kawan aku.Tapi,sebab kau kawan aku la aku tak happy kau dah ada kawan baru.
Kau takkan cari aku lagi bila kau sedih atau kau happy.Kau takkan bagitahu aku lagi dengan sape kau bengang.Kau tuang kelas.Semua tentang kau.Aku dah tak boleh ambil tahu.
Kau dah ada yang istimewa,dan aku tahu dia pemilik carta hati kau yang teratas.Dia cantik,baik sesuai sangat dengan kau.Aku doakan kau bahagia.
Aku tak boleh nak kawan dengan Mawaddah sama macam aku kawan dengan kawan-kawan kau macam Hairi,Ejoyy atau Mimi.Aku tak boleh pasal hati aku marah.
Aku minta maaf khianati persahabatan kita.Aku dah terlalu sayang kau.Aku deactivate fb sebab aku taknak tengok kebahagiaan kau dan dia.Aku jahat kan.Macam kau cakap,bila masa lak aku baik.
Tapi,aku harap kau selalu happy dengan dia.Allah Maha Adil.Sebab aku dah tak ada sape-sape kecuali kau,tapi kau dah tak nak aku,Dia nak jemput aku dulu.
Kau kahwin nanti aku akan tengok dari alam sana.Besar lagi view dia.Hehe.Aku harap kau sentiasa senyum.Biar banyak mana salah,kau bukan Nabi,kau tak maksum.Bertaubatlah dan jangan lupa solat.
Satu je yang aku nak dari kau,kau kalau ingat je Ain Marsyila,sedekahkanlah al-Fatihah yer.Aku nak sangat ucap 3 patah perkataan  nie sebelum aku diijabkabulkan dekat kau.Kau cinta pertamaku.I HATE YOU.Hehe...Assalamualaikum.

Salam Sayang,
Nurain Marsyila





No comments:

Post a Comment