Thursday, February 9, 2012

DaLam HaTi aDa CiNta

Assalamualaikum...


New cerpen dariku special untuk korang!Enjoy!

Hurm...looks familiar.Macam mana kita boleh jumpa?And kenapa saya rasa pernah tengok awak?
Jeng..tu dia.Amacam?Cam best tak tajuk cerpen nie?Hehe.Okeh aku sambung yek.

Nur Fathia sebagai Tia Risha(credit to google image)



Aiman Hakim Ridza sebagai Farish Hazimi (credit to google image)

Desir angin malam yang menderu sepoi-sepoi bahasa mengalunkan rambut Farish yang berjuntaian di dahi.
Dia menguak rambut ke tepi.Pertembungan dengan gadis petang itu  sedari tadi sedang berlegar-legar di minda.


“Eh Mat,jauh menung!Mikir mangkuk mane tu?”Soal Tajul disampuk gelak tawa Ijoy dan Baki.Motosikal Suzuki RXZ merahnya dipandang.
“Mangkuk tingkat!”Jawab Mat sambil gelak berdekah-dekah.
“Hurm..tak kelakar!Wei,kitorang dah bincang,malam nie race...kita sound Pudu,amacam?Ada berani?”
“Aku malas la Jul,okeylah blah dulu ye!!Kirim salam kat cikaro kau!”Selamba saja Mat menghidupkan ‘Mas Merah’nya lalu memecut laju meninggalkan tiga sahabatnya terpinga-pinga.
************************************************************************************
Pelik!Kenapa dengan mamat tu?Pandang aku tak berkelip.Aku tak pakai baju ke?Seingat aku pakai cukup,siap lilit-lilit shawl macam ketupat dah nie.Cun sangat kot aku nie,hehe.Rasa menyesal pulak ikut Weena shopping.Naik lenguh kaki den,adeii.

“Bosannye malam nie.Weena kau tak ada boifren ke nak kenalkan kat aku.Bosan la hidup menjanda lapok nie,”Luah Tia Risha selamba.
Weena yang sedang menonton TV menoleh.Biar belimbing minah nie!Haha.Dah buang tabiat nak mampos kot.
“Kau biar betik?”Soalan Weena dibalas cebikan Tia Risha.Weena tersengih.Faham benar sahabatnya yang banyak pengaruh novel tu.Kejap nak boifren,kejap tak nak.Paling lama pun Tia Risha berkawan dengan lelaki cukup 24 jam.Hehe.Teruk betul!

“Kau nie,muke cun-melecun tapi otak..(Weena memusing-musingkan jarinya)..biol!”Tia Risha membaling bantal ke arah Weena yang sudah mengilai.
“Eh Tia,aku dah kena balik.Lewat dah nie.Jangan lupa esok ada meeting!”Weena meninggalkan sahabatnya itu.Weena,sahabat baik merangkap anak kepada bos tempat Tia Risha bekerja.Gadis itu sangat baik sehinggakan beriya mengajak Tia Risha tinggal bersama keluarganya.Tapi Tia Risha,macam biasa,seorang yang degil.Nak berdikari katanya.Orang tua nun jauh di utara tak pernah dilupakan.Pakar kalau bab memasak laksa Kedah(sedapnyer,,,;p).
Tia Risha termangu lagi.Lelaki tu...dia ke?
************************************************************************************

Hujan sangat lebat.Kilat pula sabung-menyabung.Elektrik tiba-tiba mati.Kecut perut Tia Risha seperti asam kecut.Dia memang takut gelap!Dalam kegelapan,Tia Risha meraba-raba.Tiba-tiba terdengar ketukan pintu.Agak perlahan tapi bila dah seram camtu,yang slow pun jadi kuat giler.

Tia Risha sudah menggigil-gigil.Mangkuk mane la yang datang nie?Nie kalau si Peah tu takutkan aku siaplah kau besok.Elok-elok makan nasik kena makan bubur lak!Ketukan kedengaran lagi.Disertai suara lagi.”Tolong..tolong..”
Tia Risha yang terketar-ketar berjalan perlahan-lahan.Mana tahu,memang betul-betul ada orang yang perlukan pertolongan.Tia Risha akhirnya berjaya menghidupkan kembali lampu.Sebagai langkah berjaga-jaga,dia mencapai penyapu.Perlahan-lahan gadis itu memulas tombol.Gedebuk!!

Tubuh Tia Risha dihempap seketul tubuh.Tia Risha membuka mata.Arghhhhhh!Tia Risha menjerit.Ditolaknya tubuh yang dipenuhi darah itu.Lelaki...hah!LELAKI!!!!!!!!!!!!Woi lelaki!Ye..lelaki Tia Rishai oii!Diam lar,aku nak story nie,haha.

Tia Risha kaget.Terkejut.Kaku.Dia buntu.Melihatkan keadaan lelaki itu dia berasa takut.Dibukanya pintu luas-luas.Mana tahu,ada udang di sebalik mee nak mengantoikan dia.Tangkap khalwat.Kawen free aje.Tak sempat dia nak pergi kursus kahwin,hehe.
Tia Risha mencuit-cuit dengan hujung batang penyapu.Tak ada respon?Teruk nie.Lantas Tia Risha mendail nombor sahabatnya,Weena.Setelah mendengar leteran Weena kerana kebiolannya barulah dia mendail Ambulans.

3 Hari Selepas itu...
“Awak siapa?”Tanya lelaki itu.”Saya..saya siapa?Siapa saya?”
Lelaki itu hilang ingatan.Kerana ada hentakan yang kuat di kepalanya dia mengalami Temporary Mind Disorder.Buat sementara,Tia Risha terpaksa menerima tetamu tak diundang itu.Pada mulanya Tia Risha kesian.Tapi ternyata,si lelaki itu tak seperti hero dalam drama.Hehe.Terpekik terlolong saja kerjanya.Tak tahu nama and dicampur perangai tak senonohnya,Tia Risha menggelarnya “Putir”.Maksud?Hehe..Putera Petir.

Mereka bergaduh setiap hari.Ada saja yang tak kena.Namun,di hati masing-masing sudah terikat kasih,terpadu sayang.Namun dua-dua tak sedar atau hanya ego mengakui hadirnya perasaan itu.Meski Weena selalu bersama mereka,rumah itu seakan milik mereka berdua dan hanya mereka berdua yang sedang berkongsi ceritera cinta.

Si dia menghilang di satu hari usai Tia Risha pulang dari kerja...dan di saat itu..rumah itu terasa kosong sangat.Atau hatinya kah?Tia Risha bersorak gembira!(Hampeh...)
***********************************************************************************
Prangggg!!!Bunyi pinggan di dapur yang jatuh mengejutkan Tia Risha yang dibawa jauh kenangan lalu.
Mak kot.Makkk!!!Mak kat kampung.Tia Risha dah terkentut-kentut.Nak buat macam mana,hajatnya untuk melepas terbantut.Siapakah??

Arghhhh!Kesekian kalinya Tia Risha menjerit!Terkejut cimpanzi dia apabila melihat seorang lelaki sedang mengutip serpihan pinggan yang pecah berderai.
“Shhhh..saya bukan perompak,”
“Awak..how.....”Tia Risha pengsan.Panik Farish melihatkan Tia Risha yang sudah ‘kepengsanan’.Aikk..ada ke dalam kamus Dewan nie..hehe..takpe bantai je!
Tubuh Tia Risha dikendong dan diletakkan di sofa.Rambut Tia Risha yang menutupi muka dikuak ke sisi.Rambut?hehe..hari nie baru boleh tengok secara sedar.Ops..dosa-dosa.Farish mengambil air lalu direnjis ke muka Tia Risha.Dia tahu,pasti wanita itu terkejut.Diletakkan tuala ke kepala gadis yang sedang membuka mata tu.
Kesian...desis hati kecil Farish...
“Awak...saya nak minta maaf...,”Farish menunduk memandang hamparan permaidani.Kosong.
“Awak...betul ke nie awak?Tia Risha mengerdip-ngerdipkan mata bundarnya berkali-kali.Dilihatnya kaki,hah jejak lantai..puihhh selamat.
“Ye saya..Putir,”
************************************************************************************
“Terima kasih sayang terima abang..”Farish meraih Tia Risha ke pelukan.Muhammad Farish Hazimi bin Dato’ Khairuldin.Kawan-kawannya panggil Mat.Mat Motor yang paling dkehendaki polis trafik,hehe.

Sudah seminggu berlangsungnya perkahwinan yang gilang-gemilang antara Tia Risha dan Farish.Di Utara,orang kampung sibuk membicarakan anak Pak Rashid tauke warung laksa yang tiba-tiba jadi Cinderella.Sudah tersurat jodoh mereka.

*************************************************************************************
Jom skodeng apa dalam hati mereka...

TIA RISHA:
Awak...kenapa awak pergi begitu saja?Saya terkejut tau.Bukan main lagi saya semangat balik hari nie.Awak kan dah janji nak belajar buat laksa dengan saya.Awak suka laksa saya.Saya suka tengok senyuman awak saat awak menghirup kuah laksa saya.Sedap sangat ke wak?Masa tu je la saya boleh lihat senyuman awak.Kalau tak,muncung dan masam je selalu.Habis layu sayur-mayur saya kat dapur tau.Makin lama saya tengok senyuman awak...saya rasa ada satu perasaan yang menyelinap jauh ke lubuk hati saya.Apakah itu?Lepas awak pergi...saya akan selalu beli novel.Banyak sangat novel yang saya beli sampaikan bilik saya tu dah macam library.Saya cemburu wak tengok orang lain keluar dengan pasangan mereka.Cemburu sangat.Bukan tak ada yang ajak saya,namun...bila hati dah dicuri,apalagi yang saya nak buat.Nak bercinta,kena ada hati.Sebab dalam hati ini...ada CINTA.

              
            FARISH HAZIMI:
Kau...ape ek name kau?Hehe.Saje gurau.Aku suka sebenarnya kat kau.Tu pasal aku selalu buat kau marah.Kau cantik sangat time marah,Tia.Aku sakat kau,marah kau,pujuk kau,merajuk dengan kau...sampaikan aku rasakan hari-hariku tak sempurna tanpa buat semua tu.Sebab tu aku selalu masamkan muka.Aku tak nak kau tahu,aku suka kau.Malu la aku nanti.Kau tahu,first time dalam hidup aku makan laksa.Sedap giler!And aku first time aku jumpa gadis macam kau.Kau dah beri aku satu lagi kesempatan,kesempatan bertaubat pada Allah.Kau tau,aku dibelasah teruk.Sebab apa,sebab aku keluar berfoya-foya dengan makwe ketua gangster.Mana aku tau.Tapi tu kisah lalu aku.Kau tau,tiba-tiba ingatan ku kembali saat aku terhantuk semasa jatuh di bilik air.Saat tu,aku menangis.Allah beri aku sekali lagi peluang.Peluang untuk betulkan landasan hidupku ini.Aku malu,takut semua bercampur-baur.Aku keluar dari rumah kau dan terus pulang ke rumahku.Ye..rumahku besar tapi di mana kasih sayang?Tiada.Namun,bila aku balik...orang tuaku semua dah mula insaf.Mereka seolah-olah berasa aku hidup kembali.Ya,aku hidup.Untuk hidupkan balik hatiku dan hati-hati orang tuaku.Dan bila jumpa kau kat mall tadi,hati aku begitu mendesak.Tak sangka time aku hilang ingatan tu,sempat juga aku duplicatekan kunci.Hehe.Saje nak buat kejutan kat kau,dan kau memang terkejut.Tia..Tia...