Sunday, January 15, 2012

LuAhaN hAti SeOraNg InSan BiaSa...

Assalamualaikum readers sumer...


Entry nie agak euw-euw sikit.Hehe.Okey,korang pernah bercinta tak?I mean couple la kalau bahasa orang muda.Huhu.Macam la aku nie tua sangat.Peh-liss.

My heart turned to pieces...


Rasa rindu nak bermesej la.Hurm,sedih lak.Nombor yang paling aku sayang tu.Dah la sama dengan nombor aku punya ic.Banyak nombor fon kawan-kawan.Uwaaaa.Tak apalah,aku nak mulakan hidup baru.

Aku dah fikir panjang sebelum aku buat keputusan tu.Aku patahkan dan lempar sim tu ke luar tingkap bilik.Kira,aku hilangkan ia.Hehe.Nak buat alasan hilang la.Nanti tak pasal-pasal aku kena gulai kari dengan mek.

Hehe.First time in my life tau buat aksi dramatik camtu.Tekad aku,aku nak lupakan si (apa yang aku nak gelarkan ek?)

This broken heart aku toksey doh...


Semalam,aku tidur lena sangat.Ye lah,seharian kot menangis macam ibu mati anak.Alhamdulillah la.Hati aku dah tenang hari nie,Dah redha dengan semua ketentuan Allah.Ikhlaskan saja semuanya.InsyaAllah,would be fine.Allah saja yang dapat cantumkn hati aku yang berkecai nie.


Biarkan Allah yang memegang hati ini...


Aku tertanya-tanya jugak kat diri aku nie.Aku cinta dia ke?Kalau betul aku cinta,salah dia ke?Atau aku hanya tersuka?

Ya.Aku memang tak boleh nak jawab.Komplikataknya.Adoii.Suka tak sama dengan cinta.Tapi bila dah suka kita cinta.Uwaaa...tapi aku sentiasa ada dia nie.Penguat semangatku sejak sekolah lagi.Si BP.Buah pala.Dia selalu ada.Kat mana-mana.

Love do a crazy thing..people in love go crazier...


Dalam fikiran aku,cuma dia.Aku selalu bandingkan orang yang aku jumpa dengan dia.Dia je.Yang tak pernah padam.Walaupun kadang-kadang dia ada buat aku sakit hati,tapi hati aku sembuh sendiri.

Kenapa ramai perempuan suka dia ek?Kenapa tak ramai lelaki suka aku?Huhu.Tergedik pulak.Tu,aku kena tanya dia sendiri.Nombor dia?Tak payah cakapla,aku delete banyak kali pun,nombor dia tu dah tersemat kukuh dalam folder yang paling special dalam memori aku.

Girl:Saya suka awak!
Boy:Well...


Birthday?Terselit erat di celahan diari hidupku.Okey,tu dah sesi nak sedapkan hati tu.Hehe.Tu la,time sedih macam nie,aku akan fikir ada seorang yang aku dot dot dot.Why dot dot dot??Aku tak tahu apa perasaan aku kat dia.



Aku tak cinta,suka,admire atau sayang dia.Aku dah satukan semua tu sampaikan aku tak tahu apa  sebenarnya dia pada aku.

STOPP!!!Asyik BP je bila nak habis nie?Okey...pasal haa aku dah dapat jolokan dia.Prince Charming.Dia nie,hensem gila.Kalau tengok muka dia pun aku dah kenyang.Apalagi kalau makan.Tak habislah gamaknya.

Handsome guys totally a jerk and a prick!And its proved.Not-so-hot Sirap,Skinny Cicak Kobeng have the same character.Wtf!(What the freak)

Handsome guys...


Bila kaji balik.Aku tak pernah menyintai pun.Malah,aku tak faham pun apa tu cinta.Aku pernah suka.Aku pernah admire.Aku pernah sayang.Aku pernah berfantasi.Sehingga akhirnya semua tu memakan diri.For the records,aku dah 3 kali bengkak mata termasuk kali nie.

So...apa solutionnya?Di saat hati merintih menangis macam nie la,aku mesti berpegang pada cinta yang SATU.Allah.Tak pernah meninggalkan hamba-Nya walau sesaat.Di saat kita menyintai manusia,kita mungkin terlalai,leka terhadap-Nya.

Lalu,Allah memperingatkan kita dengan kekecewaan cinta manusia.Cinta manusia tak kekal.Couple boleh putus,pasangan suami-isteri boleh bercerai.

Aku sedang berusaha mencari kedamaian hati.Biar tidak merindui kenangan.Aku mesti kenang kepahitan,agar aku tidak diulit dengan mimpi yang panjang.

Nak kecik balik..uwaaaaa


Sekian,and thanks sudi baca.

No comments:

Post a Comment