Wednesday, January 18, 2012

be STRONG woman,BIG girl don't cry...

Assalamualaikum to all readers...

Thanks sudi singgah sini.Jom renung kembali.Kita nie dari kecil lagi dah berJAYA!

Hah?Tak caya?Ish3...meh nak habaq sat.Time kita tak ditiupkan roh lagi,kitalah antara sperm yang berjaya jumpa ovum.Tak tahu?Oh...takpe2.Wawawa.Nanti hang pi tanya orang yang amek Bio noh!

Kita antara berjuta-juta sperm yang satu-satunya berjaya.Bersyukurlah.Then,masa kat alam roh,Allah perlihatkan kepada kita perjalanan hidup kita.

Korang pernah tak rasai pengalaman.."Eh,aku rasa aku pernah berada kat sini,tapi bila ya?" and "Eh,aku rasa aku pernah tengok dia,tapi kat mana ek?"

Keadaan tu dinamakan dejavu.Aku tak ingat istilah Arab dia ape.Time tu,kemain lagi kita di alam roh bersumpah untuk hanya taat kepada Allah.

Wallahualam.Siapa kita sekarang bergantung kepada iman kita.Sejauh mana kita berpegang dengan agama Allah.Ibu bapalah yang mendidik kita menjadi Islam,Nasrani atau Majusi.

Then,time mak tengah mengandungkan kita,Allah dah tetapkan sape jodoh,rezeki and maut kita taw.So,aku taknak risau-risau sapa jodoh aku.Kikiki.Lau bukan di dunia nie,InsyaAllah di akhirat sana.


Aku..baru tahu maksud nama aku.Noor Azizan.Maksudnya Cahaya Yang Kuat.Hehe.Aku kuat.Aku mesti percaya aku kuat.

my anak sedara,Muhammad Zuhri Haikal


Sebab tu,aku bersyukur Allah pilih aku.Pilih aku untuk kuat melalui ujian-ujian-Nya.Tak terbukti beriman seseorang itu andai tak diuji.Kan?Korang pun,mesti ikhlas taw terima ujian Allah.Aku pesan kat diri sendiri gak nie.Hehe.

Manusia,biasalah...akan menangis.Menangislah wahai taulan.Menangis tak membuktikan kau lemah,tapi kau dah penat bertahan.Then,after that korang akan jadi lagi strong!!Believe this kuat-menangis-Azizan!

Aku bukanlah baik mana.Aku sekadar tulis buat renungan bersama.Ingat Allah selalu.Ingat Allah all the time.Hidup bukan untuk dunia je,tapi di akhirat sana yang kekal abadi.

To get higher dividend,you better start to invest from now on.Even just one night,the price won't be the same.No procrastination.InsyaAllah.

Wassalam...and thanks sudi jenguk.

Monday, January 16, 2012

kEnaPa mEsTi aKu MeNanGis...

Assalamualaikum to all readers..

Salam happy and ceria selalu semua.Uuuu...perut nie rasa lapar la.Tak tahu la kenapa.Semalam an,aku borong sakan.Puiihhh...



Before that,Alhamdulillah ayah aku dah sihat balik.Esok,InsyaAllah dia dah boleh balik.Hehe.Seronoknya,tak sabar nak dengar dia lecture aku macam selalu.

Hahaha.Semalam aku beli Mc'D Chicken Prosperity.Then,makan nasi ayam kat Masjid Jamek.Jalan-jalan bawa diri sampai sesat.Tapi pelik,boleh pulak aku jumpa Sogo time sesat-sesat camtu.

Kalau aku nak pergi Sogo,tak jumpa pula bangunan uh.Eihhh..tensen!Then aku masa balik kolej,aku beli laksa Kedah yang memang best tahap gaban kat pasar malam.

For the second time,aku beli ice-blended.Kalau korang nak tahu,aku jarang beli benda alah nie.Tengokla,duduk kolej dah dekat setahun lebih,baru 2 kali beli.Hehehe.

Tapi an..pehhhh...layan habis ar..Weii..aku rindu la.Rindu sangat nie.Uwaaa...rasa macam tak nak hidup dah.
Okeii.InsyaAllah aku boleh!

Lagipun kenapa aku harus menangis.Sebab satu makhluk yang tak sayang aku,takkan aku nak tinggalkan dunia nie.Lagipun,dah cukup ke amalan aku.Uwaaa..



Keluarga aku perlukan aku.Mereka menyayangi aku.Kawan-kawan aku,mereka terima aku seadanya aku.InsyaAllah.Aku mesti kuat.

Walau dalam mana rindu aku,if dia bukan untukku,tetap kami takkan bertemu.Huhu.Ikhlaskan saja.Duhai hati,dengarlah bisikan ini.Terkadang,ada benda yang kita sayang,kita terpaksa lepaskan.



Allah pemilik cinta hakiki.Berserah dan pasrahlah pada yang SATU itu.Ya Allah,pimpin daku.Aminn..

Sekian,and thanks sudi baca.

RuPa peNtinG taK?

Assalamualaikum to all readers...

Hehe.Gelak jahat dulu sekejap.Apa korang rasa untuk tajuk entry aku kali nie.Straight?Huhu

Nak tanya...rupa bagi korang penting tak?Sebenarnya,terpulang kepada individu.As in beauty is in the eye's of beholder.




Aku rasa lelaki lah yang pentingkan rupa.Perempuan.Hurm,bagi pendapat peribadi aku.Perempuan lebih tangkap lentok dengan ayat-ayat.Tu la orang panggil mengayat.Hahaha.

Cuba korang lihat,bagaimana perempuan yang cute,cantik,jelita boleh dapat boyfren yang muka macam jambatan tak siap..opss..

Yeahh..maybe that guy pandai buat lawak.Or he's got something that attract that girls attention.

Tapi guy..hurm,sangat pentingkan rupa.Seriusly,aku benci that kind of guy.Rasa macam nak tumbuk-tumbuk je muka tu.

Bukan aku maksudkan aku nie tak cantik..coz Allah's creation all are beautiful.Including you readers.Tapi manusia kan...tak pernah bersyukur.



I thanks for someone that love me.Thanks.But i'm sorry.I could'nt accept your feeling towards me.

Only Allah does not make me feel hurt.Really.And I only believe in someone who ask me the way Allah's want.

Please say...

"Will you marry me?"


Yessssssssssssssssssss!Of course you'll be mine forever and ever.


Cinta selepas nikah yang ku dambakan.Ya Allah,pegangi hati ini.Aminn.



Thanks sudi baca.

Sunday, January 15, 2012

LuAhaN hAti SeOraNg InSan BiaSa...

Assalamualaikum readers sumer...


Entry nie agak euw-euw sikit.Hehe.Okey,korang pernah bercinta tak?I mean couple la kalau bahasa orang muda.Huhu.Macam la aku nie tua sangat.Peh-liss.

My heart turned to pieces...


Rasa rindu nak bermesej la.Hurm,sedih lak.Nombor yang paling aku sayang tu.Dah la sama dengan nombor aku punya ic.Banyak nombor fon kawan-kawan.Uwaaaa.Tak apalah,aku nak mulakan hidup baru.

Aku dah fikir panjang sebelum aku buat keputusan tu.Aku patahkan dan lempar sim tu ke luar tingkap bilik.Kira,aku hilangkan ia.Hehe.Nak buat alasan hilang la.Nanti tak pasal-pasal aku kena gulai kari dengan mek.

Hehe.First time in my life tau buat aksi dramatik camtu.Tekad aku,aku nak lupakan si (apa yang aku nak gelarkan ek?)

This broken heart aku toksey doh...


Semalam,aku tidur lena sangat.Ye lah,seharian kot menangis macam ibu mati anak.Alhamdulillah la.Hati aku dah tenang hari nie,Dah redha dengan semua ketentuan Allah.Ikhlaskan saja semuanya.InsyaAllah,would be fine.Allah saja yang dapat cantumkn hati aku yang berkecai nie.


Biarkan Allah yang memegang hati ini...


Aku tertanya-tanya jugak kat diri aku nie.Aku cinta dia ke?Kalau betul aku cinta,salah dia ke?Atau aku hanya tersuka?

Ya.Aku memang tak boleh nak jawab.Komplikataknya.Adoii.Suka tak sama dengan cinta.Tapi bila dah suka kita cinta.Uwaaa...tapi aku sentiasa ada dia nie.Penguat semangatku sejak sekolah lagi.Si BP.Buah pala.Dia selalu ada.Kat mana-mana.

Love do a crazy thing..people in love go crazier...


Dalam fikiran aku,cuma dia.Aku selalu bandingkan orang yang aku jumpa dengan dia.Dia je.Yang tak pernah padam.Walaupun kadang-kadang dia ada buat aku sakit hati,tapi hati aku sembuh sendiri.

Kenapa ramai perempuan suka dia ek?Kenapa tak ramai lelaki suka aku?Huhu.Tergedik pulak.Tu,aku kena tanya dia sendiri.Nombor dia?Tak payah cakapla,aku delete banyak kali pun,nombor dia tu dah tersemat kukuh dalam folder yang paling special dalam memori aku.

Girl:Saya suka awak!
Boy:Well...


Birthday?Terselit erat di celahan diari hidupku.Okey,tu dah sesi nak sedapkan hati tu.Hehe.Tu la,time sedih macam nie,aku akan fikir ada seorang yang aku dot dot dot.Why dot dot dot??Aku tak tahu apa perasaan aku kat dia.



Aku tak cinta,suka,admire atau sayang dia.Aku dah satukan semua tu sampaikan aku tak tahu apa  sebenarnya dia pada aku.

STOPP!!!Asyik BP je bila nak habis nie?Okey...pasal haa aku dah dapat jolokan dia.Prince Charming.Dia nie,hensem gila.Kalau tengok muka dia pun aku dah kenyang.Apalagi kalau makan.Tak habislah gamaknya.

Handsome guys totally a jerk and a prick!And its proved.Not-so-hot Sirap,Skinny Cicak Kobeng have the same character.Wtf!(What the freak)

Handsome guys...


Bila kaji balik.Aku tak pernah menyintai pun.Malah,aku tak faham pun apa tu cinta.Aku pernah suka.Aku pernah admire.Aku pernah sayang.Aku pernah berfantasi.Sehingga akhirnya semua tu memakan diri.For the records,aku dah 3 kali bengkak mata termasuk kali nie.

So...apa solutionnya?Di saat hati merintih menangis macam nie la,aku mesti berpegang pada cinta yang SATU.Allah.Tak pernah meninggalkan hamba-Nya walau sesaat.Di saat kita menyintai manusia,kita mungkin terlalai,leka terhadap-Nya.

Lalu,Allah memperingatkan kita dengan kekecewaan cinta manusia.Cinta manusia tak kekal.Couple boleh putus,pasangan suami-isteri boleh bercerai.

Aku sedang berusaha mencari kedamaian hati.Biar tidak merindui kenangan.Aku mesti kenang kepahitan,agar aku tidak diulit dengan mimpi yang panjang.

Nak kecik balik..uwaaaaa


Sekian,and thanks sudi baca.

LoVe StOry Lets Make iT HiStOrY...

Assalamualaikum...

First sekali,aku nak mintak maaf andai tulisanku kali nie akan menyentuh,mencuit hati sesiapa.

Ayahku dah dimasukkan ke hospital.Sakit lelah.Doakan dia tak pape ea.Satu probs timbul lak at the same time.Nie yang wat aku hangin nie.


Ape???Hurm..for another time...


 Yeah..my heart da dibreak kan!!Eee...sejak pagi nangis tawu tak??Huhu.Bengkak-bengkak mata nie.Tahu tak pe masalahnye?


Sedih an??Kalau korang kat tempat aku korang rasa la apa yang aku rasa nie.Jahat kan lelaki...suka bagi harapan.Last-last diorang gak yang musnahkan.Paling dasyat lam idup aku.Aku tengok kemesraan yang live kat fb!!


Salah aku la.Aku yang fantasize bagai nak rak.Dahsyatnyer kali nie coz aku close akaun pesbuk and aku gak da patahkan and hilangkan aku nyer sim kad.Biar aku tak leh jejak dia and of course dia takkan jejak aku.Lantakla.


Fuuu...ade betolnyer kata hati aku nie.Aku kena percaya kata hati nie.Dia dok syok layan awek die aku syok tangkap frust!Haha..unbelievable.Tu la,bila melibatkan soal hati,kasih sayang senang je mata nie nak berair bagai.Alhamdulillah,pernah ada pengalaman..aku boleh gak kuatkan semangat.Kikiki.

So..aku kena move on gak dengan hidup aku nie.No turning point lagi dah.Biar Allah je la yang menentukan segala-galanya.Maafkan je la dia.Selagi aku fikir pasal dia,aku takkan berjaya get rid of him out of my life.Aku mesti accept segala yang berlaku ke atas diri nie agar mengajar aku erti matang.Jangan mudah melts in guy's game...Fighting!

K la,sekian...and thanks sudi baca...(entry yang berkobar-kobar)

Friday, January 13, 2012

layakkah aku?

Assalamualaikum...

Langit tampak cerah sangat.Seolah-olah macam ada pesta bunga api.Angin sejuk sepoi-sepoi bahasa.
Aku tengah sedih.Really!!

Pelik kan.Nak sedih buat apa.Hidup nie umpama berenang.Makin deras arus tu,makin deras la liku-liku hidup kita.

Hehe.Bersyarah lak.Bila direnung balik...layakkah aku?Layakkah aku untuk syurga-Mu ya Allah?

Terlalu sarat diri ini dengan dosa-dosa.Zina mata saat melihat guys yang encem.Zina hati bila rindu si cinta mumaiyiz.

Entahla.Semakin kuat diri ini mahu melawan nafsu,semakin banyak dugaan demi dugaan.

Ya Allah..jangan uji aku dengan ujian yang tak mampu kutanggung.Berilah aku kekuatan.Kekuatan tuk terus berada di bawah lembayung rahmat-Mu.Amin.

P/S:Hanya Allah yang layak menilai hamba-Nya.Siapa kita nak menilai??Ingatlah,setiap segala sesuatu yang berlaku ada hikmah yang tersirat.Hanya orang yang sabar dapat menerima segalanya dengan redha.

Thanks sudi baca.=)

Tuesday, January 10, 2012

Malam Pertama...

Assalamualaikum...


Yahuuu..akhirnya dpat gak aku rasa malam pertama yang aku nanti-nantikan.I know everybody wait for this!Kan kan kan???


Wahahaha.First night aku kat stadium.Stadium Nasional Bukit Jalil.Walaupun kalah,still aku rasa happy dapat tengok perlawanan yang cukup bertenaga dari mereka.


Kepada Negeri Sembilan,tahniah!Menang 2-1 kepada Gomo Kelate Gomo.Chow!



For sure aku tahu...mesti ramai yang singgah sini!Haha...korang nie,tak ada benda lain ek nak search kat google tu,malam pertama la..mimpi basah la..dara la...adoiii...macam nie la orang kita,bila nak maju lau asyik pikior benda tu je.Tak ke mana nyer.Pi mai pi mai tang tu gak la hidup kita.


Membebel panjang lak.Haha.Anyway,thanks gak sudi baca!Anyeong!!

Thursday, January 5, 2012

Mujahadah itu Pahit sebab Syurga itu Indah

Assalamualaikum bloggers semua!!

Hurm,tak pernah aku rasa happy macam nie.Ya Allah,aku bersyukur.Kau pegangi hati ini.Ya!!!Malam nie,officially....I'm singleeeeeeeeeeeeee!!

Hehe.Tahu macam mana aku boleh buat keputusan nie??Hurm,sebenarnya aku pom tak tahu.Kah99.Mungkin aku masih tak cukup kuat.Tak kuat nak hadapi godaan dunia.

Dengan iman yang hanya senipis kulit bawang nie,bila-bila masa je boleh tercarik.SubhanAllah!Aku mengenali hamba Allah yang saaaaaaangat baik!!Sangat baik sampaikan air mata ku mengalir.Aku bahagia walaupun  seketika cuma mengenalinya.Kitorang da pakat nak kurangkan saham dosa hehe(mentang2 aku amek akaun)..takut dapat dividend kat neraka nanti...Nauzubillah!..

Aku tak tipu tau.Sikit sebanyak,aser jeles tengok orang ber'kapal'.Uwaaaa.Tu la pasai aku wat tajuk kat ataih tu.Mujahadah tu pahit sebab syurga tu indah.Semakin nak melawan nafsu,semakin kuat la gejolaknyer.Adehhh..

Tu la,matlamat tak menghalalkan cara.Nak couple Islamik segala bagai.Hehe.Sebenarnya,bila da 'couple' nie,kita da terkena panahan syaitan.Nie yang aku baca kat salah satu blog la.Tak baik an lau tak kongsi ilmu.Adoiii...

Berat lak,bile orang suka bab cintan-cintan nie nak menegah cintun-menyintun.Hukhuk.Ehh??CINTA adalah fitrah la.So,korang nak bercinta...bercinta la.InsyaAllah niat yang betul membawa ke jinjang pelamin.CINTA SAMPAI SYURGA.I wish u all happiness with Allah's blessed!!Aminnnn

Sekian,wassalam..and thanks sudi baca...

Wednesday, January 4, 2012

Frustnyew...

Assalamualaikum...

Frustnyew hati nie.Ditinggalkan pakwe??Ehehehe..taklah.Cam mane tak frust,saya tak dapat asrama.LOL!!Tak baik tau,tengah sedih sesangat nie.Sampaikan dah tak dapat tengok gambar profile picture sendiri kat pesbuk.Ye la gambar tu senyum,macam ngejek je.Dush..dush...(Ketuk kepala sendiri)

Sebenarnya,hati tercuit.Luangkan masa baca blog drcinta.Banyak yang negatifnya letak gambar nie.Lagipun,kawan-kawan dok puji,boleh mendatangkan riak.Pernah baca satu artikel,buat apa kita mengharapkan pujian-pujian manusia,kalau kita boleh dapat pujian bidadari di akhirat kelak.



Bukan berniat ditujukan kepada sesiapa,pesanan buat diri sendiri gak yang tak pernah tak degil nie.Hehe.Tapi kalau nak letak jugak bak kata sahabat saya Ana Shahrul "terpulang.."hehe.Setepek bagi kat hang.Thanks Ana Shahrul.

Aduii..rancak bercerita pasal gambar sampai lupa lak kat masalah pokok saya.Huhu.Sebenarnya,ke'frust'an saya nie berpunca sebab saya tak dapat asrama.Urghhh...tensionnyer.Nak dapat asrama,syarat merit kena cukup 40.Terkejut cimpanzi tadi sebab merit saya 33.Haha.Ingatkan dah 20 wape entah.Tapi tengah tunggu keputusan rayuan la nie.

Sebak jugak mengingatkan diri nie duk menumpang.Huahahaha.Redha je la.Nak wat camner,salah sendiri.Sape suruh tak rajin cari merit???Kak Jamilah bagi kata-kata sikit sebanyak dah buat saya lega.Nak nanges lagi aser.Korang,sila cakap "kesiannnnn"...

Tak apalah.Cam mane pom,kena tunggu keputusan rayuan dari ustaz la.Ya Allah,semoga dipermudahkan segalanya buatku dan sahabat-sahabatku,Aminnn...

Thanks sudi baca...kalkeayoe