Monday, October 15, 2012

do you know ?

assalamualaikum =)
(tajuk entry sama dgn tajuk  lagu febret sy okes . gedix gitu)

nie ad kaitan dengan entry lepas . . kan org slalu kata , sume bnda yg berlaku ad hikmah dy . peristiwa flight tersasar yg menjatuhkan maruah mcm tu ad hikmah jgk ke ? ahaha , moh kita kasi check apa yg berlaku "di sebalik tabir" tragedi yg menghancurkan perasaan ini . ceh ceh .

# saya akhirnya dapat bezakan rare diamond dan serpihan kaca
hihu . . . setakat guna mata kasar mmg xleh buat nih . mmg dah lama nk test kawan2 mcm ni ,          sekarang bru dpt peluang . (i've always wanted to find out the true meaning of "friends forever" and "you can rely on me") . alah , skrip sahabat sejati tu lorrr . . . dan alhamdulillah , kebanyakan dorang mmg sahabat first class , takkan dpt dibeli d uptown . . semoga kita sume bersahabat sampai ke syurga , insyaAllah . . uhuhu . . . sorang kawan yg dpt fly , hari dy tinggalkan malaysia tu , dy pegi mcm tu jek . tadak tinggalkan pesan , babai2 , ucapan lebiu2 , , , bila sampai kat sana  baru dy contact . . . then baru sy tau , dy buat mcm tu sbb xmo sy sedih . agak la wei , dy dpt teruskan perjalanan , kawan dy nie yg tertinggal . mmg akan terasa jgk la . sobs . haha , tak sesuai la weh maen air mata kat cni . . . semoga dy berjaya di benua org . . . ohohoho . . . berbeza dgn sorang lagi kawan . . sy tau dy tau pasal result  nie . . .dan lepas result hari tu skali haremmmm pun dy x pnah contact , padahal sebelum nie selalu jgk tegur2 dekat fb or sms . . . dan sekarang dy pun dah fly jgk , , ,semoga dy berjaya jgk la d tempat org , , ,*muka menyampah

# pembentukan jiwa (bukan body building :p) yg dekat dengan Pencipta
alhamdulillah . . . yg nie bukan senang . agak la kan , taon 2009 sampai 2011 , hidup macam org lupa diri . so many terrible things happened . . . bak kata sorang kawan lama , "awk dulu dan awk sekarang (masa tu tahun 2011) macam langit dgn bumi  . . ."   ouchhh . . . mula2 tak faham ap bnda dy cuba ckp  , tp bila dy kata "sy lebih suka awk yg dulu" , baru terasa ad bnda yg x kena . . . sekarang sedang cuba utk kembali jadi manusia . . . insyaAllah , kita start dengan mencuba semula pakaian manusia , mungkin ? adehhh . . . terasa2 . . .

# my family my love
yg nie pun bertambah tambah rasa terharu . bila sy bgtau pasal tragedi yg hampir meragut nyawa nie , ingatkan dorang akan marah , , or at least buat muka aku-dah-agak-mesti-tak-pass . . . yg peliknya , dorang masing2 buat muka selamba . . . ada org fail ni hoi !! . . . sia sia je cuak nk bgtau dorang . eh .
sebenarnya sy tau je , dorang mmg fraz , tp mungkin dorang tau yg empunya diri nie lagi kuciwa , so mula la buat2 tak kesah . hmmmm . . .  . sobs .

# bebas dari gangguan syaiton yg membebankan jiwo
 yg nie agak susah nk ckp . haha . bila sy check senarai pelajar yg berjaya ke manipal , masyaAllah . . . . . terkejut besaqqqq . . . spontan cakap "alhamdulillah . . . nasib baik ak x pegi ". . . . hahaha , yg nie mmg susah nk percaya . . . dan sampai hari nie , bila tgk balik senarai kawan2 yg dpt ke sana , still bersyukur sbb x pegi . . .kurang asam . haha . Allah . . . . dua tahun berdoa supaya Allah jauhkan sy dari makhluk tu , dan beberapa makhluk lain ,  rupanya dah dimakbulkan sekarang . so perlu sedih lagi ke ? tak payah . sy xkan dpt capai apa2 kalau pegi sana , dgn adanya sekumpulan makhluk mcm tu . and bila check sahabat2 yg pilih utk ke indon , lagi rasa nk pitam . fuhhhh . . . sekarang dh x menyesal sbb pilih local . wahaha

# and others to come
byk lagi kn hikmah daripada peristiwa nie yg sampai hari nie still x dapat nampak . xpe , nanti dpt tau la . . .

anyway , sepanjang tulis benda nie , terdengar dengar je lagu nie :



oke xyah la tgk gambar dy , layan lagu je . haha

im so fed up with my thoughts of you
and your memory
and how every song reminds me of what used to be

lalala  . . .  

Thursday, October 11, 2012

tragedi flight tersasar

assalamualaikum  =)

oke , so seorang mican bru tamat blajar kat shah alam aaaaaannnnnnnnddddd sekarang still layan fraz yang masih berbaki, , , tragedi itu , yg menyebabkan penerbangan sy dan beberapa teman senasib ke india tersasar jauhhhh , , , ada yg jatuh d indonesia , ada yg mendarat d mesir , , , yg gugur kat madagascar tadak , alhamdulillah , , ,oh , dan si mican terdampar d kg halaman sementara tggu train utk ke destinasi seterusnya , , , 

ok so let me get this _______ straight ( fill in the blank with a proper word , if u noe what i mean ) . 

.ahaha.sorry.

 anyway , , ,

 sy x berjaya melepasi cut off point utk join kawan2 p india . lagi 2 points sahaja . yes , two dem points , boooooooooooo . and ditawarkan ke indon , tp mengada ngada xmo pegi . . . mmg layak la tersadai kat kg nie , ohoho

sebelum buat keputusan nk pegi indon @ sambung di local universities , sy ada tanya pendapat kawan2 dan family , , ,majoriti suruh sambung local . tp nk highlight sorang kawan nie . ehemmm , , ,
16 ogos , , , tarikh result diumumkan , , , dan kawan sy nie tau kitorg dpt result hari tu , , , malamnya dy hantar msg tanya pasal result , , , bila bgtau dy , dy jwb "sy pn rasa awk better sambung kat cni je" , , , jawapan yg pendek tp i suka ok, , , ,haha , , i noe he said that because he cares, , , dy pn pernah belajar bnda yg sama , so dy mmg faham bila sy sebut "susah" dan "tension" , , , nanti la cter pasal kawan2  nie , , ,

apa pun , hidup masih diteruskan mcm biasa , , , cuma daripada kekecewaan nie , satu benda yg kita semua kna terima

 ~ s**t happens , , ,  but it brings new hopes . every time .

HAHA

ok ,thanx kpd yg baca , dan cikgu2 grammar sila maafkan bahasa inggeris saya yang patah2 ( read : broken english )
  =)

Tuesday, August 7, 2012

D.L.C.W


assalamualaikum =)


gambor pinjam kat fb :))

as a Malaysian . a proud one . :)))
ahah!!!tak sangka boleh post jgk something pasal encik ini.....hari tu tgk dy maen masa final , n sepanjang match tuh , satu soalan je dalam fikiran " bukan dy sakit ke hari tu ? " . . . . . kagum ok tgk dy maen . . . HUHU.
dannnn tadi baru perasan ad jgk org kutuk2 dy .  cakap senang la kan . try kita yg masuk gelanggang tu , mmg takyah lawan 3 set , 1 set pon tak survive lah . eh .

and as a muslim :))))



ini juga 'pinjam' from fb :)))))




 insyaAllah :)))

pinjam semangat dy ,

ramadhan kareem everyone :)))

Monday, April 30, 2012

Lirik Lagu Jadikan Aku Yang Kedua-Astrid


Jika dia cintaimu
Melebihi cintaku padamu
Aku pasti rela untuk melepasmu
Walau ku tahu ku kan terluka
Jikalau semua berbeda
Kau bukanlah orang yang ku puja
Tetapi hatiku telah memilihmu
Walau kau tak mungkin tinggalkannya
Jadikan aku yang kedua
Buatlah diriku bahagia
Walaupun kau takkan pernah
Ku miliki selamanya
Jika dia cintaimu
Melebihi cintaku padamu
Aku pasti rela untuk melepasmu
Walau ku tahu ku kan terluka
Jikalau semua berbeda
Kau bukanlah orang yang ku puja
Tetapi hatiku telah memilihmu
Walau kau tak mungkin tinggalkannya
Jadikan aku yang kedua
Buatlah diriku bahagia
Walaupun kau takkan pernah
Ku miliki selamanya
Jadikan aku yang kedua
Buatlah diriku bahagia
Walaupun kau takkan pernah
Ku miliki selamanya
Jadikan aku yang kedua
Buatlah diriku bahagia
Walaupun kau takkan pernah
Ku miliki selamanya
Jadikan aku yang kedua
Buatlah diriku bahagia
Walaupun kau takkan pernah
Ku miliki selamanya
(Jadikanku) yang kedua yang kedua
(Dan buatku) bahagia bahagia selamanya
Jadikan aku yang kedua
Buatlah diriku bahagia
Walaupun kau takkan pernah
Ku miliki selamanya
(Yang kedua)
(Yang kedua)

Friday, March 30, 2012

RESTORING HUMANITY II

assalamualaikum =)



i took these from here . baca dan fikir2 kan..

siapa gadis di sebelah BLACK???

Assalamualaikum...;)

Black


Hai sumer...terkejut??Haha.Sebelum tu,aku nak bagitahu,nie first time in my life bergambar dengan artis.And he's the first.

And he's BLACK!!!Nama sebenar dia ialah Hanafiah.Aku rasa bertuah sangat dapat jumpa dia.Sebelum nie cuma nampak dia kat TV  je la.Haha.

Apa yang aku puji pasal dia ialah dia very low profile (rendah diri).And tak sombong pun time kitorang nak bergambar dengan dia.Hihi.And aku harap semua artis dapat contohi dia.Semoga dia berjaya dalam kariernya,Aminn..:)

Nie aku pergi program BICARA RAKYAT..live kat TV1.Dan seorang lagi aku jumpa.Dia nie sangat berwibawa.Kira bakal pemimpin kita la nie,InsyaAllah.Semoga dia terus berjaya and aku harap keterampilan dia nie boleh jadi contoh kat remaja-remaja lain.InsyaAllah..Aminn..=)

Nama dia Muhamad Mukhlis Maghribi.Sila add fb dia kalau sudi di sini and confirm dia akan approve.

Muhamad Mukhlis Maghribi
Sekian,thanks sudi singgah!

Sunday, March 25, 2012

CaRa NaK HiLanGkan StRess

Assalamualaikum semua..=)

bersambung la kite..haha..urm,aku nak minta maaf la.Tetiba rasa macam bukan diri aku je dengan previous entry.Cakap der-der bagai.Ahahaha.

3.Jadi diri sendiri
Nie cara nak hilangkan stress jugak tau!Bila kita jadi diri sendiri...kita tak payah nak fikir-fikir apa yang akan berlaku pada masa depan la,kalau ada yang tahu la and bla bla bla..ye la,kadang-kadang bila kita cuba jadi orang lain nie,kita dah tipu diri kita sendiri sebenarnya...

4.Tengok alam ciptaan Allah
Resah...pandanglah ke langit..luas..tak bertiang...kalau duk tepi laut..tengoklah laut..luasnya terbentang saujana mata memandang..

5.Mengadu pada Allah
Tempat yang paling tenang dan setenang-tenangnya ialah bila hamba tunduk sujud pada Penciptanya.Menangislah...alirkan air matamu.Mengadulah kepada-Nya.Tak terbukti beriman seseorang hamba-Nya andai diriya tak diuji.Dan bersyukurlah kita insan yang bertuah dipilih Allah untuk diuji...=)

Sekian,wassalam...thanks sudi singgah!

Monday, March 19, 2012

CaRa NaK HiLanGkan StRess

Assalamualaikum...helu awek manja and wassup gayboy sekalian.

Hari nie cikgu (ehem-ehem) nak bagitau cam mane cara nak hilangkan stres korang.Tipu la kalau korang tak pernah stress.

1.Tarik nafas
Nie kira yang simple tahap lembu beranak kembar la der.Ko tarik,ko hembus.Ko tarik,ko hembus.Asal hembus ko tarik ler tu.Haih.Susah ker?Tak an.Kira nie proses pembelajaran la.Sok nak beranak senang.Haha.And jangan lupa,time ko hold nafas tu,cer zikir sikit.Sebut Allah Allah Allah pun kira ok dah.Pakej,kesihatan sekali ngan pahala ko dapat.

2.Tenung
Tenung...perhati betul-betul.Kalau korang tengok dia gerak cepat tu,maknanyer stress korang gilerrrrrr stress ah wa cakap lu!Tapi kalau steady and sikit-sikit maknanye korang stabil but not really.Try to tengok nie and make sure tak gerak sangat.Kalau korang tengok dia tak gerak langsung,korang memang betul-betul setabil and setable la tu..

3....to be continued...wahahaha..nak tawu lagik korang kena keep update ngan aku..chow!!!

AnDai KaU ciNtA

Assalamualaikum...


andai kita suke,cinta,syg or wateverlah kt seseorg tu...


jgn buat die tahu...
jgn buat die t'gnggu...
doakn yg terbaik wat die...




kenapa?




coz..
kite x tahu..
siape yg akn m'jd pendamping kite..


same ade die @ owg len..
Allah da tetapkn di Luh Mahfuz..


kite hanye merancang..
tp Allah yg tentukn..


(sy diselubungi bayangannye..mimpikan die..Ya Allah,terus pegangi hati ini...Aminn)


dh jiwang..hurm,continue2 study..hehe...LOVE STUDY B4 U LUV SOMEBODY...











Saturday, March 17, 2012

Go GrEeN!! Go PaLm!!

Assalamualaikum wbt...

A very good evening semua!!Haha.Dah macam nak buat syarahan dah nie!!Hikhik.Sekarang nak update entry!Fuhh lama giler tak berblog aku an?Al-maklum,sibuk manjang.

Nie nak cerita.About an event kat kolej aku.GO GREEN 2012.Apa tu?Haha.Cer klik sini and jangan lupa like.Haha.

Tu aku punya NGO tau.Event nie untuk markah ESP nanti.Hari untuk save the environment.Jom tengok-tengok pics yang sempat di snap.Nak tengok banyak lagi add me kat facebook kat sini ok!Enjoy!

Our model

Mock Green 2012 day...

Green 2012...the day...







Thursday, February 9, 2012

DaLam HaTi aDa CiNta

Assalamualaikum...


New cerpen dariku special untuk korang!Enjoy!

Hurm...looks familiar.Macam mana kita boleh jumpa?And kenapa saya rasa pernah tengok awak?
Jeng..tu dia.Amacam?Cam best tak tajuk cerpen nie?Hehe.Okeh aku sambung yek.

Nur Fathia sebagai Tia Risha(credit to google image)



Aiman Hakim Ridza sebagai Farish Hazimi (credit to google image)

Desir angin malam yang menderu sepoi-sepoi bahasa mengalunkan rambut Farish yang berjuntaian di dahi.
Dia menguak rambut ke tepi.Pertembungan dengan gadis petang itu  sedari tadi sedang berlegar-legar di minda.


“Eh Mat,jauh menung!Mikir mangkuk mane tu?”Soal Tajul disampuk gelak tawa Ijoy dan Baki.Motosikal Suzuki RXZ merahnya dipandang.
“Mangkuk tingkat!”Jawab Mat sambil gelak berdekah-dekah.
“Hurm..tak kelakar!Wei,kitorang dah bincang,malam nie race...kita sound Pudu,amacam?Ada berani?”
“Aku malas la Jul,okeylah blah dulu ye!!Kirim salam kat cikaro kau!”Selamba saja Mat menghidupkan ‘Mas Merah’nya lalu memecut laju meninggalkan tiga sahabatnya terpinga-pinga.
************************************************************************************
Pelik!Kenapa dengan mamat tu?Pandang aku tak berkelip.Aku tak pakai baju ke?Seingat aku pakai cukup,siap lilit-lilit shawl macam ketupat dah nie.Cun sangat kot aku nie,hehe.Rasa menyesal pulak ikut Weena shopping.Naik lenguh kaki den,adeii.

“Bosannye malam nie.Weena kau tak ada boifren ke nak kenalkan kat aku.Bosan la hidup menjanda lapok nie,”Luah Tia Risha selamba.
Weena yang sedang menonton TV menoleh.Biar belimbing minah nie!Haha.Dah buang tabiat nak mampos kot.
“Kau biar betik?”Soalan Weena dibalas cebikan Tia Risha.Weena tersengih.Faham benar sahabatnya yang banyak pengaruh novel tu.Kejap nak boifren,kejap tak nak.Paling lama pun Tia Risha berkawan dengan lelaki cukup 24 jam.Hehe.Teruk betul!

“Kau nie,muke cun-melecun tapi otak..(Weena memusing-musingkan jarinya)..biol!”Tia Risha membaling bantal ke arah Weena yang sudah mengilai.
“Eh Tia,aku dah kena balik.Lewat dah nie.Jangan lupa esok ada meeting!”Weena meninggalkan sahabatnya itu.Weena,sahabat baik merangkap anak kepada bos tempat Tia Risha bekerja.Gadis itu sangat baik sehinggakan beriya mengajak Tia Risha tinggal bersama keluarganya.Tapi Tia Risha,macam biasa,seorang yang degil.Nak berdikari katanya.Orang tua nun jauh di utara tak pernah dilupakan.Pakar kalau bab memasak laksa Kedah(sedapnyer,,,;p).
Tia Risha termangu lagi.Lelaki tu...dia ke?
************************************************************************************

Hujan sangat lebat.Kilat pula sabung-menyabung.Elektrik tiba-tiba mati.Kecut perut Tia Risha seperti asam kecut.Dia memang takut gelap!Dalam kegelapan,Tia Risha meraba-raba.Tiba-tiba terdengar ketukan pintu.Agak perlahan tapi bila dah seram camtu,yang slow pun jadi kuat giler.

Tia Risha sudah menggigil-gigil.Mangkuk mane la yang datang nie?Nie kalau si Peah tu takutkan aku siaplah kau besok.Elok-elok makan nasik kena makan bubur lak!Ketukan kedengaran lagi.Disertai suara lagi.”Tolong..tolong..”
Tia Risha yang terketar-ketar berjalan perlahan-lahan.Mana tahu,memang betul-betul ada orang yang perlukan pertolongan.Tia Risha akhirnya berjaya menghidupkan kembali lampu.Sebagai langkah berjaga-jaga,dia mencapai penyapu.Perlahan-lahan gadis itu memulas tombol.Gedebuk!!

Tubuh Tia Risha dihempap seketul tubuh.Tia Risha membuka mata.Arghhhhhh!Tia Risha menjerit.Ditolaknya tubuh yang dipenuhi darah itu.Lelaki...hah!LELAKI!!!!!!!!!!!!Woi lelaki!Ye..lelaki Tia Rishai oii!Diam lar,aku nak story nie,haha.

Tia Risha kaget.Terkejut.Kaku.Dia buntu.Melihatkan keadaan lelaki itu dia berasa takut.Dibukanya pintu luas-luas.Mana tahu,ada udang di sebalik mee nak mengantoikan dia.Tangkap khalwat.Kawen free aje.Tak sempat dia nak pergi kursus kahwin,hehe.
Tia Risha mencuit-cuit dengan hujung batang penyapu.Tak ada respon?Teruk nie.Lantas Tia Risha mendail nombor sahabatnya,Weena.Setelah mendengar leteran Weena kerana kebiolannya barulah dia mendail Ambulans.

3 Hari Selepas itu...
“Awak siapa?”Tanya lelaki itu.”Saya..saya siapa?Siapa saya?”
Lelaki itu hilang ingatan.Kerana ada hentakan yang kuat di kepalanya dia mengalami Temporary Mind Disorder.Buat sementara,Tia Risha terpaksa menerima tetamu tak diundang itu.Pada mulanya Tia Risha kesian.Tapi ternyata,si lelaki itu tak seperti hero dalam drama.Hehe.Terpekik terlolong saja kerjanya.Tak tahu nama and dicampur perangai tak senonohnya,Tia Risha menggelarnya “Putir”.Maksud?Hehe..Putera Petir.

Mereka bergaduh setiap hari.Ada saja yang tak kena.Namun,di hati masing-masing sudah terikat kasih,terpadu sayang.Namun dua-dua tak sedar atau hanya ego mengakui hadirnya perasaan itu.Meski Weena selalu bersama mereka,rumah itu seakan milik mereka berdua dan hanya mereka berdua yang sedang berkongsi ceritera cinta.

Si dia menghilang di satu hari usai Tia Risha pulang dari kerja...dan di saat itu..rumah itu terasa kosong sangat.Atau hatinya kah?Tia Risha bersorak gembira!(Hampeh...)
***********************************************************************************
Prangggg!!!Bunyi pinggan di dapur yang jatuh mengejutkan Tia Risha yang dibawa jauh kenangan lalu.
Mak kot.Makkk!!!Mak kat kampung.Tia Risha dah terkentut-kentut.Nak buat macam mana,hajatnya untuk melepas terbantut.Siapakah??

Arghhhh!Kesekian kalinya Tia Risha menjerit!Terkejut cimpanzi dia apabila melihat seorang lelaki sedang mengutip serpihan pinggan yang pecah berderai.
“Shhhh..saya bukan perompak,”
“Awak..how.....”Tia Risha pengsan.Panik Farish melihatkan Tia Risha yang sudah ‘kepengsanan’.Aikk..ada ke dalam kamus Dewan nie..hehe..takpe bantai je!
Tubuh Tia Risha dikendong dan diletakkan di sofa.Rambut Tia Risha yang menutupi muka dikuak ke sisi.Rambut?hehe..hari nie baru boleh tengok secara sedar.Ops..dosa-dosa.Farish mengambil air lalu direnjis ke muka Tia Risha.Dia tahu,pasti wanita itu terkejut.Diletakkan tuala ke kepala gadis yang sedang membuka mata tu.
Kesian...desis hati kecil Farish...
“Awak...saya nak minta maaf...,”Farish menunduk memandang hamparan permaidani.Kosong.
“Awak...betul ke nie awak?Tia Risha mengerdip-ngerdipkan mata bundarnya berkali-kali.Dilihatnya kaki,hah jejak lantai..puihhh selamat.
“Ye saya..Putir,”
************************************************************************************
“Terima kasih sayang terima abang..”Farish meraih Tia Risha ke pelukan.Muhammad Farish Hazimi bin Dato’ Khairuldin.Kawan-kawannya panggil Mat.Mat Motor yang paling dkehendaki polis trafik,hehe.

Sudah seminggu berlangsungnya perkahwinan yang gilang-gemilang antara Tia Risha dan Farish.Di Utara,orang kampung sibuk membicarakan anak Pak Rashid tauke warung laksa yang tiba-tiba jadi Cinderella.Sudah tersurat jodoh mereka.

*************************************************************************************
Jom skodeng apa dalam hati mereka...

TIA RISHA:
Awak...kenapa awak pergi begitu saja?Saya terkejut tau.Bukan main lagi saya semangat balik hari nie.Awak kan dah janji nak belajar buat laksa dengan saya.Awak suka laksa saya.Saya suka tengok senyuman awak saat awak menghirup kuah laksa saya.Sedap sangat ke wak?Masa tu je la saya boleh lihat senyuman awak.Kalau tak,muncung dan masam je selalu.Habis layu sayur-mayur saya kat dapur tau.Makin lama saya tengok senyuman awak...saya rasa ada satu perasaan yang menyelinap jauh ke lubuk hati saya.Apakah itu?Lepas awak pergi...saya akan selalu beli novel.Banyak sangat novel yang saya beli sampaikan bilik saya tu dah macam library.Saya cemburu wak tengok orang lain keluar dengan pasangan mereka.Cemburu sangat.Bukan tak ada yang ajak saya,namun...bila hati dah dicuri,apalagi yang saya nak buat.Nak bercinta,kena ada hati.Sebab dalam hati ini...ada CINTA.

              
            FARISH HAZIMI:
Kau...ape ek name kau?Hehe.Saje gurau.Aku suka sebenarnya kat kau.Tu pasal aku selalu buat kau marah.Kau cantik sangat time marah,Tia.Aku sakat kau,marah kau,pujuk kau,merajuk dengan kau...sampaikan aku rasakan hari-hariku tak sempurna tanpa buat semua tu.Sebab tu aku selalu masamkan muka.Aku tak nak kau tahu,aku suka kau.Malu la aku nanti.Kau tahu,first time dalam hidup aku makan laksa.Sedap giler!And aku first time aku jumpa gadis macam kau.Kau dah beri aku satu lagi kesempatan,kesempatan bertaubat pada Allah.Kau tau,aku dibelasah teruk.Sebab apa,sebab aku keluar berfoya-foya dengan makwe ketua gangster.Mana aku tau.Tapi tu kisah lalu aku.Kau tau,tiba-tiba ingatan ku kembali saat aku terhantuk semasa jatuh di bilik air.Saat tu,aku menangis.Allah beri aku sekali lagi peluang.Peluang untuk betulkan landasan hidupku ini.Aku malu,takut semua bercampur-baur.Aku keluar dari rumah kau dan terus pulang ke rumahku.Ye..rumahku besar tapi di mana kasih sayang?Tiada.Namun,bila aku balik...orang tuaku semua dah mula insaf.Mereka seolah-olah berasa aku hidup kembali.Ya,aku hidup.Untuk hidupkan balik hatiku dan hati-hati orang tuaku.Dan bila jumpa kau kat mall tadi,hati aku begitu mendesak.Tak sangka time aku hilang ingatan tu,sempat juga aku duplicatekan kunci.Hehe.Saje nak buat kejutan kat kau,dan kau memang terkejut.Tia..Tia...










Wednesday, January 18, 2012

be STRONG woman,BIG girl don't cry...

Assalamualaikum to all readers...

Thanks sudi singgah sini.Jom renung kembali.Kita nie dari kecil lagi dah berJAYA!

Hah?Tak caya?Ish3...meh nak habaq sat.Time kita tak ditiupkan roh lagi,kitalah antara sperm yang berjaya jumpa ovum.Tak tahu?Oh...takpe2.Wawawa.Nanti hang pi tanya orang yang amek Bio noh!

Kita antara berjuta-juta sperm yang satu-satunya berjaya.Bersyukurlah.Then,masa kat alam roh,Allah perlihatkan kepada kita perjalanan hidup kita.

Korang pernah tak rasai pengalaman.."Eh,aku rasa aku pernah berada kat sini,tapi bila ya?" and "Eh,aku rasa aku pernah tengok dia,tapi kat mana ek?"

Keadaan tu dinamakan dejavu.Aku tak ingat istilah Arab dia ape.Time tu,kemain lagi kita di alam roh bersumpah untuk hanya taat kepada Allah.

Wallahualam.Siapa kita sekarang bergantung kepada iman kita.Sejauh mana kita berpegang dengan agama Allah.Ibu bapalah yang mendidik kita menjadi Islam,Nasrani atau Majusi.

Then,time mak tengah mengandungkan kita,Allah dah tetapkan sape jodoh,rezeki and maut kita taw.So,aku taknak risau-risau sapa jodoh aku.Kikiki.Lau bukan di dunia nie,InsyaAllah di akhirat sana.


Aku..baru tahu maksud nama aku.Noor Azizan.Maksudnya Cahaya Yang Kuat.Hehe.Aku kuat.Aku mesti percaya aku kuat.

my anak sedara,Muhammad Zuhri Haikal


Sebab tu,aku bersyukur Allah pilih aku.Pilih aku untuk kuat melalui ujian-ujian-Nya.Tak terbukti beriman seseorang itu andai tak diuji.Kan?Korang pun,mesti ikhlas taw terima ujian Allah.Aku pesan kat diri sendiri gak nie.Hehe.

Manusia,biasalah...akan menangis.Menangislah wahai taulan.Menangis tak membuktikan kau lemah,tapi kau dah penat bertahan.Then,after that korang akan jadi lagi strong!!Believe this kuat-menangis-Azizan!

Aku bukanlah baik mana.Aku sekadar tulis buat renungan bersama.Ingat Allah selalu.Ingat Allah all the time.Hidup bukan untuk dunia je,tapi di akhirat sana yang kekal abadi.

To get higher dividend,you better start to invest from now on.Even just one night,the price won't be the same.No procrastination.InsyaAllah.

Wassalam...and thanks sudi jenguk.

Monday, January 16, 2012

kEnaPa mEsTi aKu MeNanGis...

Assalamualaikum to all readers..

Salam happy and ceria selalu semua.Uuuu...perut nie rasa lapar la.Tak tahu la kenapa.Semalam an,aku borong sakan.Puiihhh...



Before that,Alhamdulillah ayah aku dah sihat balik.Esok,InsyaAllah dia dah boleh balik.Hehe.Seronoknya,tak sabar nak dengar dia lecture aku macam selalu.

Hahaha.Semalam aku beli Mc'D Chicken Prosperity.Then,makan nasi ayam kat Masjid Jamek.Jalan-jalan bawa diri sampai sesat.Tapi pelik,boleh pulak aku jumpa Sogo time sesat-sesat camtu.

Kalau aku nak pergi Sogo,tak jumpa pula bangunan uh.Eihhh..tensen!Then aku masa balik kolej,aku beli laksa Kedah yang memang best tahap gaban kat pasar malam.

For the second time,aku beli ice-blended.Kalau korang nak tahu,aku jarang beli benda alah nie.Tengokla,duduk kolej dah dekat setahun lebih,baru 2 kali beli.Hehehe.

Tapi an..pehhhh...layan habis ar..Weii..aku rindu la.Rindu sangat nie.Uwaaa...rasa macam tak nak hidup dah.
Okeii.InsyaAllah aku boleh!

Lagipun kenapa aku harus menangis.Sebab satu makhluk yang tak sayang aku,takkan aku nak tinggalkan dunia nie.Lagipun,dah cukup ke amalan aku.Uwaaa..



Keluarga aku perlukan aku.Mereka menyayangi aku.Kawan-kawan aku,mereka terima aku seadanya aku.InsyaAllah.Aku mesti kuat.

Walau dalam mana rindu aku,if dia bukan untukku,tetap kami takkan bertemu.Huhu.Ikhlaskan saja.Duhai hati,dengarlah bisikan ini.Terkadang,ada benda yang kita sayang,kita terpaksa lepaskan.



Allah pemilik cinta hakiki.Berserah dan pasrahlah pada yang SATU itu.Ya Allah,pimpin daku.Aminn..

Sekian,and thanks sudi baca.

RuPa peNtinG taK?

Assalamualaikum to all readers...

Hehe.Gelak jahat dulu sekejap.Apa korang rasa untuk tajuk entry aku kali nie.Straight?Huhu

Nak tanya...rupa bagi korang penting tak?Sebenarnya,terpulang kepada individu.As in beauty is in the eye's of beholder.




Aku rasa lelaki lah yang pentingkan rupa.Perempuan.Hurm,bagi pendapat peribadi aku.Perempuan lebih tangkap lentok dengan ayat-ayat.Tu la orang panggil mengayat.Hahaha.

Cuba korang lihat,bagaimana perempuan yang cute,cantik,jelita boleh dapat boyfren yang muka macam jambatan tak siap..opss..

Yeahh..maybe that guy pandai buat lawak.Or he's got something that attract that girls attention.

Tapi guy..hurm,sangat pentingkan rupa.Seriusly,aku benci that kind of guy.Rasa macam nak tumbuk-tumbuk je muka tu.

Bukan aku maksudkan aku nie tak cantik..coz Allah's creation all are beautiful.Including you readers.Tapi manusia kan...tak pernah bersyukur.



I thanks for someone that love me.Thanks.But i'm sorry.I could'nt accept your feeling towards me.

Only Allah does not make me feel hurt.Really.And I only believe in someone who ask me the way Allah's want.

Please say...

"Will you marry me?"


Yessssssssssssssssssss!Of course you'll be mine forever and ever.


Cinta selepas nikah yang ku dambakan.Ya Allah,pegangi hati ini.Aminn.



Thanks sudi baca.

Sunday, January 15, 2012

LuAhaN hAti SeOraNg InSan BiaSa...

Assalamualaikum readers sumer...


Entry nie agak euw-euw sikit.Hehe.Okey,korang pernah bercinta tak?I mean couple la kalau bahasa orang muda.Huhu.Macam la aku nie tua sangat.Peh-liss.

My heart turned to pieces...


Rasa rindu nak bermesej la.Hurm,sedih lak.Nombor yang paling aku sayang tu.Dah la sama dengan nombor aku punya ic.Banyak nombor fon kawan-kawan.Uwaaaa.Tak apalah,aku nak mulakan hidup baru.

Aku dah fikir panjang sebelum aku buat keputusan tu.Aku patahkan dan lempar sim tu ke luar tingkap bilik.Kira,aku hilangkan ia.Hehe.Nak buat alasan hilang la.Nanti tak pasal-pasal aku kena gulai kari dengan mek.

Hehe.First time in my life tau buat aksi dramatik camtu.Tekad aku,aku nak lupakan si (apa yang aku nak gelarkan ek?)

This broken heart aku toksey doh...


Semalam,aku tidur lena sangat.Ye lah,seharian kot menangis macam ibu mati anak.Alhamdulillah la.Hati aku dah tenang hari nie,Dah redha dengan semua ketentuan Allah.Ikhlaskan saja semuanya.InsyaAllah,would be fine.Allah saja yang dapat cantumkn hati aku yang berkecai nie.


Biarkan Allah yang memegang hati ini...


Aku tertanya-tanya jugak kat diri aku nie.Aku cinta dia ke?Kalau betul aku cinta,salah dia ke?Atau aku hanya tersuka?

Ya.Aku memang tak boleh nak jawab.Komplikataknya.Adoii.Suka tak sama dengan cinta.Tapi bila dah suka kita cinta.Uwaaa...tapi aku sentiasa ada dia nie.Penguat semangatku sejak sekolah lagi.Si BP.Buah pala.Dia selalu ada.Kat mana-mana.

Love do a crazy thing..people in love go crazier...


Dalam fikiran aku,cuma dia.Aku selalu bandingkan orang yang aku jumpa dengan dia.Dia je.Yang tak pernah padam.Walaupun kadang-kadang dia ada buat aku sakit hati,tapi hati aku sembuh sendiri.

Kenapa ramai perempuan suka dia ek?Kenapa tak ramai lelaki suka aku?Huhu.Tergedik pulak.Tu,aku kena tanya dia sendiri.Nombor dia?Tak payah cakapla,aku delete banyak kali pun,nombor dia tu dah tersemat kukuh dalam folder yang paling special dalam memori aku.

Girl:Saya suka awak!
Boy:Well...


Birthday?Terselit erat di celahan diari hidupku.Okey,tu dah sesi nak sedapkan hati tu.Hehe.Tu la,time sedih macam nie,aku akan fikir ada seorang yang aku dot dot dot.Why dot dot dot??Aku tak tahu apa perasaan aku kat dia.



Aku tak cinta,suka,admire atau sayang dia.Aku dah satukan semua tu sampaikan aku tak tahu apa  sebenarnya dia pada aku.

STOPP!!!Asyik BP je bila nak habis nie?Okey...pasal haa aku dah dapat jolokan dia.Prince Charming.Dia nie,hensem gila.Kalau tengok muka dia pun aku dah kenyang.Apalagi kalau makan.Tak habislah gamaknya.

Handsome guys totally a jerk and a prick!And its proved.Not-so-hot Sirap,Skinny Cicak Kobeng have the same character.Wtf!(What the freak)

Handsome guys...


Bila kaji balik.Aku tak pernah menyintai pun.Malah,aku tak faham pun apa tu cinta.Aku pernah suka.Aku pernah admire.Aku pernah sayang.Aku pernah berfantasi.Sehingga akhirnya semua tu memakan diri.For the records,aku dah 3 kali bengkak mata termasuk kali nie.

So...apa solutionnya?Di saat hati merintih menangis macam nie la,aku mesti berpegang pada cinta yang SATU.Allah.Tak pernah meninggalkan hamba-Nya walau sesaat.Di saat kita menyintai manusia,kita mungkin terlalai,leka terhadap-Nya.

Lalu,Allah memperingatkan kita dengan kekecewaan cinta manusia.Cinta manusia tak kekal.Couple boleh putus,pasangan suami-isteri boleh bercerai.

Aku sedang berusaha mencari kedamaian hati.Biar tidak merindui kenangan.Aku mesti kenang kepahitan,agar aku tidak diulit dengan mimpi yang panjang.

Nak kecik balik..uwaaaaa


Sekian,and thanks sudi baca.

LoVe StOry Lets Make iT HiStOrY...

Assalamualaikum...

First sekali,aku nak mintak maaf andai tulisanku kali nie akan menyentuh,mencuit hati sesiapa.

Ayahku dah dimasukkan ke hospital.Sakit lelah.Doakan dia tak pape ea.Satu probs timbul lak at the same time.Nie yang wat aku hangin nie.


Ape???Hurm..for another time...


 Yeah..my heart da dibreak kan!!Eee...sejak pagi nangis tawu tak??Huhu.Bengkak-bengkak mata nie.Tahu tak pe masalahnye?


Sedih an??Kalau korang kat tempat aku korang rasa la apa yang aku rasa nie.Jahat kan lelaki...suka bagi harapan.Last-last diorang gak yang musnahkan.Paling dasyat lam idup aku.Aku tengok kemesraan yang live kat fb!!


Salah aku la.Aku yang fantasize bagai nak rak.Dahsyatnyer kali nie coz aku close akaun pesbuk and aku gak da patahkan and hilangkan aku nyer sim kad.Biar aku tak leh jejak dia and of course dia takkan jejak aku.Lantakla.


Fuuu...ade betolnyer kata hati aku nie.Aku kena percaya kata hati nie.Dia dok syok layan awek die aku syok tangkap frust!Haha..unbelievable.Tu la,bila melibatkan soal hati,kasih sayang senang je mata nie nak berair bagai.Alhamdulillah,pernah ada pengalaman..aku boleh gak kuatkan semangat.Kikiki.

So..aku kena move on gak dengan hidup aku nie.No turning point lagi dah.Biar Allah je la yang menentukan segala-galanya.Maafkan je la dia.Selagi aku fikir pasal dia,aku takkan berjaya get rid of him out of my life.Aku mesti accept segala yang berlaku ke atas diri nie agar mengajar aku erti matang.Jangan mudah melts in guy's game...Fighting!

K la,sekian...and thanks sudi baca...(entry yang berkobar-kobar)

Friday, January 13, 2012

layakkah aku?

Assalamualaikum...

Langit tampak cerah sangat.Seolah-olah macam ada pesta bunga api.Angin sejuk sepoi-sepoi bahasa.
Aku tengah sedih.Really!!

Pelik kan.Nak sedih buat apa.Hidup nie umpama berenang.Makin deras arus tu,makin deras la liku-liku hidup kita.

Hehe.Bersyarah lak.Bila direnung balik...layakkah aku?Layakkah aku untuk syurga-Mu ya Allah?

Terlalu sarat diri ini dengan dosa-dosa.Zina mata saat melihat guys yang encem.Zina hati bila rindu si cinta mumaiyiz.

Entahla.Semakin kuat diri ini mahu melawan nafsu,semakin banyak dugaan demi dugaan.

Ya Allah..jangan uji aku dengan ujian yang tak mampu kutanggung.Berilah aku kekuatan.Kekuatan tuk terus berada di bawah lembayung rahmat-Mu.Amin.

P/S:Hanya Allah yang layak menilai hamba-Nya.Siapa kita nak menilai??Ingatlah,setiap segala sesuatu yang berlaku ada hikmah yang tersirat.Hanya orang yang sabar dapat menerima segalanya dengan redha.

Thanks sudi baca.=)

Tuesday, January 10, 2012

Malam Pertama...

Assalamualaikum...


Yahuuu..akhirnya dpat gak aku rasa malam pertama yang aku nanti-nantikan.I know everybody wait for this!Kan kan kan???


Wahahaha.First night aku kat stadium.Stadium Nasional Bukit Jalil.Walaupun kalah,still aku rasa happy dapat tengok perlawanan yang cukup bertenaga dari mereka.


Kepada Negeri Sembilan,tahniah!Menang 2-1 kepada Gomo Kelate Gomo.Chow!



For sure aku tahu...mesti ramai yang singgah sini!Haha...korang nie,tak ada benda lain ek nak search kat google tu,malam pertama la..mimpi basah la..dara la...adoiii...macam nie la orang kita,bila nak maju lau asyik pikior benda tu je.Tak ke mana nyer.Pi mai pi mai tang tu gak la hidup kita.


Membebel panjang lak.Haha.Anyway,thanks gak sudi baca!Anyeong!!

Thursday, January 5, 2012

Mujahadah itu Pahit sebab Syurga itu Indah

Assalamualaikum bloggers semua!!

Hurm,tak pernah aku rasa happy macam nie.Ya Allah,aku bersyukur.Kau pegangi hati ini.Ya!!!Malam nie,officially....I'm singleeeeeeeeeeeeee!!

Hehe.Tahu macam mana aku boleh buat keputusan nie??Hurm,sebenarnya aku pom tak tahu.Kah99.Mungkin aku masih tak cukup kuat.Tak kuat nak hadapi godaan dunia.

Dengan iman yang hanya senipis kulit bawang nie,bila-bila masa je boleh tercarik.SubhanAllah!Aku mengenali hamba Allah yang saaaaaaangat baik!!Sangat baik sampaikan air mata ku mengalir.Aku bahagia walaupun  seketika cuma mengenalinya.Kitorang da pakat nak kurangkan saham dosa hehe(mentang2 aku amek akaun)..takut dapat dividend kat neraka nanti...Nauzubillah!..

Aku tak tipu tau.Sikit sebanyak,aser jeles tengok orang ber'kapal'.Uwaaaa.Tu la pasai aku wat tajuk kat ataih tu.Mujahadah tu pahit sebab syurga tu indah.Semakin nak melawan nafsu,semakin kuat la gejolaknyer.Adehhh..

Tu la,matlamat tak menghalalkan cara.Nak couple Islamik segala bagai.Hehe.Sebenarnya,bila da 'couple' nie,kita da terkena panahan syaitan.Nie yang aku baca kat salah satu blog la.Tak baik an lau tak kongsi ilmu.Adoiii...

Berat lak,bile orang suka bab cintan-cintan nie nak menegah cintun-menyintun.Hukhuk.Ehh??CINTA adalah fitrah la.So,korang nak bercinta...bercinta la.InsyaAllah niat yang betul membawa ke jinjang pelamin.CINTA SAMPAI SYURGA.I wish u all happiness with Allah's blessed!!Aminnnn

Sekian,wassalam..and thanks sudi baca...

Wednesday, January 4, 2012

Frustnyew...

Assalamualaikum...

Frustnyew hati nie.Ditinggalkan pakwe??Ehehehe..taklah.Cam mane tak frust,saya tak dapat asrama.LOL!!Tak baik tau,tengah sedih sesangat nie.Sampaikan dah tak dapat tengok gambar profile picture sendiri kat pesbuk.Ye la gambar tu senyum,macam ngejek je.Dush..dush...(Ketuk kepala sendiri)

Sebenarnya,hati tercuit.Luangkan masa baca blog drcinta.Banyak yang negatifnya letak gambar nie.Lagipun,kawan-kawan dok puji,boleh mendatangkan riak.Pernah baca satu artikel,buat apa kita mengharapkan pujian-pujian manusia,kalau kita boleh dapat pujian bidadari di akhirat kelak.



Bukan berniat ditujukan kepada sesiapa,pesanan buat diri sendiri gak yang tak pernah tak degil nie.Hehe.Tapi kalau nak letak jugak bak kata sahabat saya Ana Shahrul "terpulang.."hehe.Setepek bagi kat hang.Thanks Ana Shahrul.

Aduii..rancak bercerita pasal gambar sampai lupa lak kat masalah pokok saya.Huhu.Sebenarnya,ke'frust'an saya nie berpunca sebab saya tak dapat asrama.Urghhh...tensionnyer.Nak dapat asrama,syarat merit kena cukup 40.Terkejut cimpanzi tadi sebab merit saya 33.Haha.Ingatkan dah 20 wape entah.Tapi tengah tunggu keputusan rayuan la nie.

Sebak jugak mengingatkan diri nie duk menumpang.Huahahaha.Redha je la.Nak wat camner,salah sendiri.Sape suruh tak rajin cari merit???Kak Jamilah bagi kata-kata sikit sebanyak dah buat saya lega.Nak nanges lagi aser.Korang,sila cakap "kesiannnnn"...

Tak apalah.Cam mane pom,kena tunggu keputusan rayuan dari ustaz la.Ya Allah,semoga dipermudahkan segalanya buatku dan sahabat-sahabatku,Aminnn...

Thanks sudi baca...kalkeayoe