Saturday, July 16, 2011

Kau Dakwah Cintaku

Assalamualaikum dan heluu korang.Aku dah lama tak tulis cerpen maklumlah sibuk berblog.Korang yang rindu karya aku and support aku selama nie,aku nak ucapkan banyak-banyak terima kasih.Teruskan sokongan korang sebab tanpa korang siapalah aku.Ok,enjoy sumer...

MUHAMMAD Aliff berdebar-debar saat namanya dipanggil di depan role call pagi.Dia melangkah slow-slow sambil berfikir apakah kesalahan dia.Sampai saja kat depan,seorang MPP memberi sepucuk kad yang tidak bersampul berwarna kuning cair.Oh,kad request rupanya.Tersenyum Aliff sebab first time dia dapat kad sejak masuk MRSM tu.

Di MRSM yang lain pula,Nur Aisyah tak senang duduk.Sekejap berdiri sekejap baring.Pergi ke meja study,buka buku.Tapi bukan buku yang dibaca,buku yang baca dia pula.Fikiran Aisyah menerawang.Menerawang jauh memikirkan tindakannya yang sudah tersasar jauh.Hati dia yang tekad.Tekad untuk berkawan dengan seseorang yang telah dorong dia jadi orang yang berjaya.

Aisyah,gadis biasa.Semuanya biasa.Dan di MRSM itu,dia hanya pelajar yang sederhana.Pencapaiannya bolehlah sekadar cukup-cukup makan walaupun dalam dunia realiti Aisyah kuat makan.Hehe...(author dia tengah wat jahat dengan watak Aisyah,ngeh3...)Dan kerana itu,Aisyah sangat low profile,dan hampir ramai yang tidak mengenali dirinya..

Aisyah sangat mengagumi seorang pelajar,Muhammad Aliff.Mereka sekelas semasa di sekolah dulu.Akhirnya terpisah saat masing-masing menerima tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke MRSM untuk tingkatan satu.Aliff,seorang pelajar yang bijak.Hormat guru,berdisiplin dan berkarisma.Aisyah sudah lama jadikan Aliff sebagai idola.Namun,Aliff tak pernah tahu.

Kerajinan Aliff menelaah dalam kelas,mendorong Aisyah untuk lakukan perkara yang sama.Aliff membaca,dia membaca.Aliff mengira,dia mengira.Tapi,satu saja...dia tak sepandai Aliff.Aliff pandai semua subjek.Matematik semua bagi kat Aliff.Aliff pasti boleh jawab.Tapi Aisyah taknak kalah.

Semasa peperiksaan percubaan UPSR,Aisyah dapat markah paling tinggi dalam subjek Sains.Aliff kedua highest.Aisyah senyum bangga.Aliff macam biasa,paling tinggi subjek Matematik.Tapi,Aisyah sangat berterima kasih pada Aliff.Kerana Aliff,dia bersaing untuk jadi terbaik.Kalaulah Aliff dapat jadi sahabat dia,dialah orang yang paling gembira.

Aisyah tersentak saat kawannya memanggil.Di meja makan di Dewan Selera memang jadi tempat lepak Aisyah sebelum role call pagi.
“Ada kad request untuk ko,”
“Kad request?Terima kasih,”Aisyah mengambil kad itu.Lantas hatinya berdebar saat terbaca dari mana datangnya kad itu.Dia tahu,Aliff seorang yang belajar kat situ.Dia tak sabar nak buka tapi masa tu juga dia rasa takut semacam.Malu.Masa banyak buat manusia berubah.
Memang dari Aliff.Aliff seperti yang disangka,sangat baik.Dia tak sangka Aisyah sudi berkawan dengannya.Aliff menyambut baik salam persahabatan Aisyah.Dan mulai saat itu,mereka bersahabat.

Lama-kelamaan persahabatan yang dijalin membuahkan satu perasaan asing kepada Aisyah.Aisyah bingung.Aisyah dan Aliff tak pernah jumpa.Sebab jauh.Dan kalau jumpa pun,pasti Aisyah takkan bercakap dengannya.Aisyah malu.Malang bagi Aisyah,Aliff sudah tahu.Isi hati Aisyah,Aisyah tak perlu luahkan.Semuanya sangat jelas pada mata Aliff.

Dan kerana itu,Aliff cuba renggangkan sedikit.Kadang-kadang,Aliff abaikan mesej Aisyah.Dia perlu buat Aisyah faham,dia takut hidup tanpa redha Allah.Aisyah datangkan cinta dunia yang sangat bahagia.Tapi,kukuhnya iman di dada,Aliff mahu memenuhi cinta Allah dan ibu bapanya dulu.

Aliff tahu,Aisyah gadis yang sangat baik.Dan dia berhak untuk disayangi.Tulus,dia sangat menyayangi Aisyah.Dia tidak mahu gadis itu luka.Dia mahu gadis itu bersedia.Kebahagiaan sebenar datang selepas dugaan demi dugaan.Perasaan Aisyah juga salah satu dari dugaan buat Aliff.

Aisyah sedih.Perilaku Aliff membiarkan dirinya keseorangan betul-betul mengguris dan menghancur lumat perasaan yang mulai bercambah.Belum sempat bertunas,ia telahpun dicantas.Selepas tamat 5 tahun pengajian,Aisyah memasuki dunia IPT.Dunia yang penuh warna-warni dunia remaja.Aisyah pernah jatuh,kecewa,namun dia nekad..dan kerana itu dia hanya mencari redha Allah,tidak mahu berpaling lagi.

Semasa di IPT,Aisyah banyak dengar cerita Aliff dari kawan-kawan lama.Ada yang kata Aliff sudah bercinta.Aliff ramai peminat.Aisyah kecewa juga tapi dia sedaya-upaya tepis pergi cinta tak berbalasnya itu.Yang membuat hati Aisyah berbunga,ada yang cakap Aliff mat surau.Dia juga ahli badan dakwah di tempat pengajiannya.Cukup menyejuk hati Aisyah kala itu.Aliff tak berubah.Dia memang alim sejak dulu.Tapi sekarang lebih alim,desis hati Aisyah sambil tersenyum.

Cintanya hanya kepada Allah.Harapan ibu bapa dipenuhi.Aisyah sangat bersyukur.Berkat usaha,dia berjaya juga menggenggam segulung ijazah dalam bidang Pengurusan Perniagaan.Aisyah ingin ikut jejak Nabi Muhammad SAW,menjadi peniaga.Aisyah menjalankan perniagaan Butik Muslimah.Perniagaannya berkembang maju hari demi hari berkat niatnya yang ikhlas untuk memartabat pakaian wanita sebagai mekanisme menutup aurat yang betul.

Hari raya bakal menjelang tiba.Aisyah membuat promosi besar-besaran.Banyak potongan diskaun diberi.Sambil itu,Aisyah menyumbangkan 20% keuntungan syarikat kepada badan-badan kebajikan.Ketentuan Allah,tiada siapa dapat menyangkal.Aliff masuk ke gedung itu sambil berpimpinan tangan.Wanita di sebelah berwajah putih bersih itu tersenyum ke arah Aisyah.

Aisyah pelik namun hatinya betul-betul tergores kala ini.Perut wanita bertudung itu memboyot cukup membuat kakinya serasa ingin terkulai.Sebelum jatuh terjelepok,Aisyah cepat-cepat memegang meja cashier.Ya Allah,kuatkan aku.Aku redha andai ini takdir-Mu.

Aisyah senyum seikhlas hati dan menyambut salam wanita itu.Aliff di sisi hanya tersenyum sambil memberi salam.Aliff sudah ada janggut sejemput,memakai kaca mata dan tinggi dari dulu.Kopiah di kepala sentiasa ada.Suara Aisyah bagai tersekat di kerongkong.Aisyah jawab dalam hati.

Kalaulah Aliff tahu bagai nak tercabut nyawa ini,bagai mahu merembes keluar segala air mata yang selama ini selalu mengalir dan kalaulah Aliff tahu...aku sangat menyintainya...

“Saya Aliffah.Kakak Aliff.Owh,ni la kawan yang Aliff cerita dulu.Panggil aje akak Kak Pah,”Kata Aliffah sambil menyiku adiknya yang tertunduk malu.Terkejut Aisyah.Owh mak aii..betul-betul dah tangkap frust tadi.Rasa nak tergelak pun ada.Aisyah senyum.

Aisyah ditunangkan seminggu selepas raya.6 bulan selepas itu dia akan sah menjadi isteri Aliff yang selalu dicintainya.Sungguh dia tak pernah jangka,hati Aliff juga hanya ada dirinya.Ramai yang mencuba nasib untuk mendampngi Aliff,namun hanya dia pilihan Aliff.Kuasa Allah,siapa yang tahu.Kunfayakun...Jika Allah kata jadi,maka jadilah.Aisyah mengerti sekarang...dia dakwah cintaku.Dia bimbingku untuk kecap cinta yang betul..cinta sejati..yang diredhai-Nya..Ya Allah semoga kebahagiaan ini berkekalan ke alam akhirat..terima kasih pendakwahku,Muhammad Aliff...=)

No comments:

Post a Comment