Wednesday, July 27, 2011

YOUR BEST OUTFIT PHOTO CONTEST






Assalamualaikum korunk...jom join kontest nie...tarikh tutup 28hb Julai...kali nie join kontes daripada lifeoftyra..wish me luck..

And this is mine..

Location:Putrajaya
Kenapa saya cakap this simple kemeja as my best outfit because nie first time saya ada baju kemeja tau.Dan first time saya beli sendiri (selama nie shopping dengan mak)

Ok..baju nie baju kemeja kotak-kotak..sangat simple..tu yang saya suka...corak dia tu ada kaler pink and hitam..so saya sesuaikan dengan tudung hitam and jeans hitam...

As saya nie seorang yang simple,remaja dah terbiasa dengan fast..sumer nak fast jek..even nk makan pun fastfood..saya lebih selesa kenakan selipar..

Nampak je selipar jepun..tapi dia unik..ade corak bubble-bubble yang colourful and tapak die paling tak boleh blah kaler merah..hikhik..tu yang unik...thats all..nak tag aeystyle,genkcorner,suza,and syimah....

Good luck sumer...

Friday, July 22, 2011

" Kreatif Bersama Sergeant Keroro"

Assalamualaikum korang..jom join kontez nie...


Ok2..before that korang mesti letak banner kat atas tu and gambar Danbo and Domo..mesti linkkan kat entry
sergeant keroro kat  SINI before this 23 Julai yer...now aku nak berkarya..wish me luck..hik9


Danbo telah diperintahkan oleh Sergeant Keroro untuk mencari kotak..Danbo yang blur terserempak Domo lalu menanyakan sahabat nyer yg kebetulan ngah emo itu...
Danbo:Awak..nak tanya please,mana nak cari kotak?Tuan saya si Sergeant Keroro nak kotak..
Domo:Blah..blah..
Danbo:Nak belah apa?
Domo:Ngkolah blah!
Danbo:Mananyer kapak nak belah?
Domo:Kepalahotak ko!
Danbo:Aku memang nak cari kotak...
Domo:Hmmmmsffff...$%&#@

Hehe..jgn marah err...thanks sudi baca...

Saturday, July 16, 2011

Kau Dakwah Cintaku

Assalamualaikum dan heluu korang.Aku dah lama tak tulis cerpen maklumlah sibuk berblog.Korang yang rindu karya aku and support aku selama nie,aku nak ucapkan banyak-banyak terima kasih.Teruskan sokongan korang sebab tanpa korang siapalah aku.Ok,enjoy sumer...

MUHAMMAD Aliff berdebar-debar saat namanya dipanggil di depan role call pagi.Dia melangkah slow-slow sambil berfikir apakah kesalahan dia.Sampai saja kat depan,seorang MPP memberi sepucuk kad yang tidak bersampul berwarna kuning cair.Oh,kad request rupanya.Tersenyum Aliff sebab first time dia dapat kad sejak masuk MRSM tu.

Di MRSM yang lain pula,Nur Aisyah tak senang duduk.Sekejap berdiri sekejap baring.Pergi ke meja study,buka buku.Tapi bukan buku yang dibaca,buku yang baca dia pula.Fikiran Aisyah menerawang.Menerawang jauh memikirkan tindakannya yang sudah tersasar jauh.Hati dia yang tekad.Tekad untuk berkawan dengan seseorang yang telah dorong dia jadi orang yang berjaya.

Aisyah,gadis biasa.Semuanya biasa.Dan di MRSM itu,dia hanya pelajar yang sederhana.Pencapaiannya bolehlah sekadar cukup-cukup makan walaupun dalam dunia realiti Aisyah kuat makan.Hehe...(author dia tengah wat jahat dengan watak Aisyah,ngeh3...)Dan kerana itu,Aisyah sangat low profile,dan hampir ramai yang tidak mengenali dirinya..

Aisyah sangat mengagumi seorang pelajar,Muhammad Aliff.Mereka sekelas semasa di sekolah dulu.Akhirnya terpisah saat masing-masing menerima tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke MRSM untuk tingkatan satu.Aliff,seorang pelajar yang bijak.Hormat guru,berdisiplin dan berkarisma.Aisyah sudah lama jadikan Aliff sebagai idola.Namun,Aliff tak pernah tahu.

Kerajinan Aliff menelaah dalam kelas,mendorong Aisyah untuk lakukan perkara yang sama.Aliff membaca,dia membaca.Aliff mengira,dia mengira.Tapi,satu saja...dia tak sepandai Aliff.Aliff pandai semua subjek.Matematik semua bagi kat Aliff.Aliff pasti boleh jawab.Tapi Aisyah taknak kalah.

Semasa peperiksaan percubaan UPSR,Aisyah dapat markah paling tinggi dalam subjek Sains.Aliff kedua highest.Aisyah senyum bangga.Aliff macam biasa,paling tinggi subjek Matematik.Tapi,Aisyah sangat berterima kasih pada Aliff.Kerana Aliff,dia bersaing untuk jadi terbaik.Kalaulah Aliff dapat jadi sahabat dia,dialah orang yang paling gembira.

Aisyah tersentak saat kawannya memanggil.Di meja makan di Dewan Selera memang jadi tempat lepak Aisyah sebelum role call pagi.
“Ada kad request untuk ko,”
“Kad request?Terima kasih,”Aisyah mengambil kad itu.Lantas hatinya berdebar saat terbaca dari mana datangnya kad itu.Dia tahu,Aliff seorang yang belajar kat situ.Dia tak sabar nak buka tapi masa tu juga dia rasa takut semacam.Malu.Masa banyak buat manusia berubah.
Memang dari Aliff.Aliff seperti yang disangka,sangat baik.Dia tak sangka Aisyah sudi berkawan dengannya.Aliff menyambut baik salam persahabatan Aisyah.Dan mulai saat itu,mereka bersahabat.

Lama-kelamaan persahabatan yang dijalin membuahkan satu perasaan asing kepada Aisyah.Aisyah bingung.Aisyah dan Aliff tak pernah jumpa.Sebab jauh.Dan kalau jumpa pun,pasti Aisyah takkan bercakap dengannya.Aisyah malu.Malang bagi Aisyah,Aliff sudah tahu.Isi hati Aisyah,Aisyah tak perlu luahkan.Semuanya sangat jelas pada mata Aliff.

Dan kerana itu,Aliff cuba renggangkan sedikit.Kadang-kadang,Aliff abaikan mesej Aisyah.Dia perlu buat Aisyah faham,dia takut hidup tanpa redha Allah.Aisyah datangkan cinta dunia yang sangat bahagia.Tapi,kukuhnya iman di dada,Aliff mahu memenuhi cinta Allah dan ibu bapanya dulu.

Aliff tahu,Aisyah gadis yang sangat baik.Dan dia berhak untuk disayangi.Tulus,dia sangat menyayangi Aisyah.Dia tidak mahu gadis itu luka.Dia mahu gadis itu bersedia.Kebahagiaan sebenar datang selepas dugaan demi dugaan.Perasaan Aisyah juga salah satu dari dugaan buat Aliff.

Aisyah sedih.Perilaku Aliff membiarkan dirinya keseorangan betul-betul mengguris dan menghancur lumat perasaan yang mulai bercambah.Belum sempat bertunas,ia telahpun dicantas.Selepas tamat 5 tahun pengajian,Aisyah memasuki dunia IPT.Dunia yang penuh warna-warni dunia remaja.Aisyah pernah jatuh,kecewa,namun dia nekad..dan kerana itu dia hanya mencari redha Allah,tidak mahu berpaling lagi.

Semasa di IPT,Aisyah banyak dengar cerita Aliff dari kawan-kawan lama.Ada yang kata Aliff sudah bercinta.Aliff ramai peminat.Aisyah kecewa juga tapi dia sedaya-upaya tepis pergi cinta tak berbalasnya itu.Yang membuat hati Aisyah berbunga,ada yang cakap Aliff mat surau.Dia juga ahli badan dakwah di tempat pengajiannya.Cukup menyejuk hati Aisyah kala itu.Aliff tak berubah.Dia memang alim sejak dulu.Tapi sekarang lebih alim,desis hati Aisyah sambil tersenyum.

Cintanya hanya kepada Allah.Harapan ibu bapa dipenuhi.Aisyah sangat bersyukur.Berkat usaha,dia berjaya juga menggenggam segulung ijazah dalam bidang Pengurusan Perniagaan.Aisyah ingin ikut jejak Nabi Muhammad SAW,menjadi peniaga.Aisyah menjalankan perniagaan Butik Muslimah.Perniagaannya berkembang maju hari demi hari berkat niatnya yang ikhlas untuk memartabat pakaian wanita sebagai mekanisme menutup aurat yang betul.

Hari raya bakal menjelang tiba.Aisyah membuat promosi besar-besaran.Banyak potongan diskaun diberi.Sambil itu,Aisyah menyumbangkan 20% keuntungan syarikat kepada badan-badan kebajikan.Ketentuan Allah,tiada siapa dapat menyangkal.Aliff masuk ke gedung itu sambil berpimpinan tangan.Wanita di sebelah berwajah putih bersih itu tersenyum ke arah Aisyah.

Aisyah pelik namun hatinya betul-betul tergores kala ini.Perut wanita bertudung itu memboyot cukup membuat kakinya serasa ingin terkulai.Sebelum jatuh terjelepok,Aisyah cepat-cepat memegang meja cashier.Ya Allah,kuatkan aku.Aku redha andai ini takdir-Mu.

Aisyah senyum seikhlas hati dan menyambut salam wanita itu.Aliff di sisi hanya tersenyum sambil memberi salam.Aliff sudah ada janggut sejemput,memakai kaca mata dan tinggi dari dulu.Kopiah di kepala sentiasa ada.Suara Aisyah bagai tersekat di kerongkong.Aisyah jawab dalam hati.

Kalaulah Aliff tahu bagai nak tercabut nyawa ini,bagai mahu merembes keluar segala air mata yang selama ini selalu mengalir dan kalaulah Aliff tahu...aku sangat menyintainya...

“Saya Aliffah.Kakak Aliff.Owh,ni la kawan yang Aliff cerita dulu.Panggil aje akak Kak Pah,”Kata Aliffah sambil menyiku adiknya yang tertunduk malu.Terkejut Aisyah.Owh mak aii..betul-betul dah tangkap frust tadi.Rasa nak tergelak pun ada.Aisyah senyum.

Aisyah ditunangkan seminggu selepas raya.6 bulan selepas itu dia akan sah menjadi isteri Aliff yang selalu dicintainya.Sungguh dia tak pernah jangka,hati Aliff juga hanya ada dirinya.Ramai yang mencuba nasib untuk mendampngi Aliff,namun hanya dia pilihan Aliff.Kuasa Allah,siapa yang tahu.Kunfayakun...Jika Allah kata jadi,maka jadilah.Aisyah mengerti sekarang...dia dakwah cintaku.Dia bimbingku untuk kecap cinta yang betul..cinta sejati..yang diredhai-Nya..Ya Allah semoga kebahagiaan ini berkekalan ke alam akhirat..terima kasih pendakwahku,Muhammad Aliff...=)

HOPE AND FAITH

masa2 tengah patah ati nie ,tiba2 teringat balik kata2 cikgu aku masa form 5 dulu..masa tu aku tengah 'hilang pedoman' (macam sekarang) sebab kna g masuk pertandingan pidato dalam minggu exam....sangat stresssss!!!.yeah!minggu tu paper bio,add maths and fizik..tambah pulak dgn pidato yg aku x pnah ada pengalaman tuh..ah!!dalam duk bercelaru tu,aku g practise dengan cikgu BI aku..mungkin dy tau aku stress,so dy cakap,

"Just go and do your best..I know you can do it,like always.I HAVE FAITH IN YOU!"

rasa macam bersemangat sangat bila dy cakap mcm tu..ye lah,dy dah bagi sepenuh kepercayaan n keyakinan,padahal dy bukan tak tau aku takde pengalaman utk pertandingan tu...dah la sibuk dgn exam lagi..subjek kritikal pulak tu....mcm dah takde harapan nk menang lah..but thanks to her,i managed to gather up my courage and did my best during the competition...tak balik dengan tangan kosong.tak balik dgn kekalahan..:)
masa dekat SPM , dy panggil aku and sekali lagi bagi semangat........hasilnya,result takde la gempak mana,tp lebih baik la daripada trial exam....:)


So????

walaupun sekarang sume dah berlalu,aku tetap akan igt kata2 dy tu,and akan terus buat yang terbaik...
may Allah bless her always..:)





KEEP GOING ON AND DONT STOP BELIEVING!!!! :)

Syukurilah...

Assalamualaikum semua..

Now my turn lak..hehe..sebenarnya...i've got lots of sadness recently...kira awai2 daftar untuk sem 2 punye pengajian aku asyik dok nangis manjang..gedik..manjer...uhh....

Banyak benda sebenarnya berlaku ke atas diri ini...tak payah la cer,aku rasa korang tahu banyak an sal aku..hehe..don't u?

Aku an..hari tu..ade kakak tu datang bilik..tanya..siapa anak yatim?Semua diam,then tetiba teringat...aku...aku salah seorang..."Saya..."..slow je langkah,rasa macam nak jatuh kat depan pintu gak...

Tulis-tulis nama..then tanya akak tu untuk apa..katanya untuk Makan Bersama Anak Yatim pada 18 Ramadan nanti..aku angguk..akak tu berlalu...

Lantas aku nangis...aku tak tahu kenapa...sebak..Ramadhan akan tiba..tahun kedua aku puasa sebagai anak yatim..aku dah tak ada ayah..takkan dapat capai tangan dia lagi..bila raya..tak dapat minta maaf dari dia lagi...

Time nangis uhh..aku cepat-cepat baca al-Fatihah..dear readers,kalau sudi sedekahkanlah al-Fatihah untuk arwah ayah aku dan sahabatku,mican ..semoga Allah bagi ganjaran setimpal untuk korang,Amin...

Yer..aku mesti kuat..bila teringat kekuatan sahabatku tu,aku semakin kuat..InsyaAllah..tapi rindu tu akan sentiasa bertandang apabila perkataan ya alif ta ya mim tu disebutkan...

Korang..yang masih  ada ayah,papa,dedi or walid...hargailah mereka..pi cium dia sekarang..salam..peluk..sebab korang takkan tahu bila masanya peluag itu akan ditarik bila tiba masanya...

Syukurilah anda masih ada ayah dan ibu..thank You Allah for our parents...

Thanks sudi baca...

Monday, July 11, 2011

Nur Kasih...



Assalamualaikum...
Hatiku tersentuh tatkala mendengar lirik dan klip video nie..terus aku sebak..teringat bonda di kampung..menantiku..merinduiku..anaknya yang jauh di perantauan..

suatu ketika dulu..aku sakit..menelefon ayah dan ibu di kampung..saat dengar tangisanku..dia turut menangis..Ya Allah..aku rindu..rindu keluargaku...rindu ibuku...hanya Allah yang dapat balas jasamu,ibu...
Mek...Yan saye mekkkkkkkkkkkkk!

Saat ini,kalbuku turut tersentuh..sahabatku Blue,dia selalu di sisi..bagi semangat...untukku terus kuat..aku tahu sahabatku..kau juga banyak dugaan di situ..kongsilah denganku..ku setia dengar suka dan dukamu..ku doa,semoga persahabatan ini kekal hingga ke akhirat...

Ya Allah..syukur..saat ku terkapai-kapai mencari redhamu..aku masih ada tahan tuk berpaut..ku insan lemah..mudah lalai..leka terbuai mimpi-mimpi yang tak pernah sudah..ku mahu berubah..ku mahu bahagiakan keluargaku..kebahagiaan mereka adalah kebahagiaanku...

Ya Allah..Palingkanlah aku dari cinta dunia yang tak pernah sudah melewati hari-hariku..temukanku insan soleh yang dapat membimbing aku..agar sentiasa melabuhkan cinta kepada-Mu...

"Allah tak pernah lupakan hamba-Nya kecuali hamba-Nya yang melupakan-Nya yang tak pernah lari dari lalai dan leka"

Saturday, July 9, 2011

hati die berbisik...

Assalamualaikum...

sahabat..die sunyi...die tak berani nak bersuare dah...sebab setiap kata-kata die,banyak wat orang luke..die nak diam je..die banyak wat orang marah dari kate-kate die..die rindu suasana dulu...meriah...tapi dulu..takkan sama untuk sekarang....

die rindu...kawan-kawan yang setia di sisi..setia bagi semangat..salah die..tak pandai nak hargai dieorang..die sedih...tapi die jugak syukur...die masih ada Allah..masih ada ibu...masih ade ayah no.2 nyer yang sayang die sangat-sangat..masih ade seorang kawan yang sangat-sangat loyal..die tak tahu pe akan berlaku lau kawan die yang sorang tu pergi dari die..jumpe die out of blue...die sayang blue sangat-sangat...

die ade kawan-kawan yang sangat giler-giler...yang selalu bagi die ketawe...famous four..die syg mereka..kwn2 mrsmkt yang rindu die..walaupun di mrsm dulu die selalu alone...

"lupakan kebaikan kita pada orang lain..lupakan keburukan orang lain pada kita..."

thanks sudi baca...