Friday, May 13, 2011

WarKah bErLagU sEndU bUatMu...

Assalamualaikum to all readers...warkah ini buat kekasih yang tak dianggap saya..maafkan saya andai tersalah kata...

Faiz...
Kala aku menulis nie,aku sedang menangis.Air mata mengalir tanpa kenal erti jemu.Dugaan demi dugaan datang menerpa.Di manakah silapku?Apakah silapku?

Pukul 11.07 p.m,12 Mei 2011...aku berbual dengan sahabatmu.Dia benar-benar mahu memiliki aku.Di saat itu,ku menelefonmu,bertanya siapakah aku kepadamu?Acapkali rasanya,ku tanyakan itu selepas perpisahan kita pada 20 April 2011.Sehinggalah malam ini,ku terus bertanya padamu.Jawapanmu serupa.

Katamu,ku hanya temanmu.Kerna,kau tak bisa lebih dari itu,kerna kau takut mengapa-apakan kesucianku.Kerna itu,ku sangat menyayangimu.



Kau kata,jika aku pergi kau takkan rindu.Jika ku dimiliki,kau takkan tangisi aku.Kau takkan menerima ku sebagai temanmu.Kau kata,ku hanya teman tapi mesramu.

Malam ini,kau buat ku menangis lagi.Dikala,aku menyahut salam kasih dari sahabatmu,ku beritahumu.Kau gelak-gelak.Aku tahu,hatimu menangis.Kau tanya aku,kenapa mesti sahabatmu.Aku sebak.Akukah yang salah?Sedangkan dia sangat-sangat menyintai aku.Aku tak faham dirimu.

Kau kata kau tak cintakan aku.Sebelum aku cerita tentang tu,kau siap ajak aku.Pergi round-round KL,sebelum kau pulang ke Kelantan hari Sabtu nie.Aku cakap tak mau.Kau kata,itu ayat yang kau selalu guna kepadaku setiap waktu.Selalu,kau memperolok-olokkan aku untuk jumpa denganmu.Kau kata kau malu.Aku masih terima.

Kau kata,kali nie betul-betul.Kau mahu tangkap segala kenangan di sini.Aku sebak.Kenapa di saat begini,baru kau bersungguh-sungguh denganku?Kenapa baru sekarang kau bilang I LOVE YOU?Dan kau sangat berharap,ku ucap kata yang sama.Namun,lidahku terkunci.Aku sudah terima sahabatmu tadi.

Kenapa kau nyanyi lagu tu?"Kini aku sendiri..."Begitu mendalam.Seperti aku yang tinggalkan dirimu.Padahal dirimu yang meninggalkanku.Cukuplah,aku sudah lelah.Sahabatmu,aku sangat kesian pada dirinya.Tulus menyintaiku.Hanya kerna mendalamnya cintaku padamu,ku sanggup tolak cintanya.Ku tak mahu,hubungan antara aku dan dia,akan menghiris perasaanmu.Biarlah hanya aku terhiris,tidak dirimu.

"Awop,sy mintak maap,sy xnak gewe lg,biarkan sy dulu kerna hati sy sedang dilukai..."Adakah dia hanya permainan dalam sandiwara kita?Tak,dia tak salah.Apalah dosanya pada kau dan aku.Betapa baiknya dia,membuatkan ku sedar,bahawa kau tidak menghargai aku.Saat diriku dimilikinya,baru kau sedar.Namun,ku takkan dimiliki sesiapa lagi.


Entah,aku harus tamatkan ini.Ku tak mahu dirimu!Ku tak mahu sahabatmu!Biarkan aku sendiri.Kisah kita,tiga hati sudah terluka.Akukah yang bersalah??Jawablah padaku.Biarkan air mata ini terus mengalir.Sedetik waktu akan muncul jua sinar.Mungkin,tiada cinta buatku lagi.Dan mungkin,Allah tidak mahu aku terus terhanyut dengan cinta yang penuh nista dan dosa ini.

Ku masih ingat kata-kata dari blog yang aku baca...NILAI PUTUS CINTAMU ADALAH KERANA ALLAH HILANGKAN CINTA ORANG MUNAFIK DARIMU DAN KEMBALI MENYINTAI-NYA.KERANA DARINYA TERDAPAT CINTA ORANG-ORANG SOLEH.

Meski sekuat mana aku menyintaimu,andai kau bukan untukku,aku pasrah.Redha pada ketentuan Ilahi.Terimalah warkah terakhir dariku untukmu.Aku sayang kamu!


Azizan Mohamad
40 minutes ago
Azizan Mohamad
  • be..ayg x pernah niat nk tinggalkan be,byk kali ayg nangis,mlm nie pom ayg nangis,bkpo be nyanyi lagu tu,bukan ayg yg tinggal be,tp be yg x sayang ayg lagi..ayg janji dgn diri tokse kapel ngan sapo-sapo lg..ayg jahat be,jahat sgt..ayg x layak untuk be..bgus la be da trus terang,be x syg ayg lg..lupekn ayg be,carila ore hok lebih baik dri ayg..x pnah wujud cinta antara ayg ngan syerif,td ayg terimo pom sbb raso maroh ngan be,mlm nie jgok ayg putus ngan dio..mgkin nasib ayg kot,ayg bnyk dosa ngan Allah.walaupun syerif ikhlas cintakn ayg,ayg x dapat terima dio sebab dalam hati ayg hanya ado be..i love u so much be..jago diri elok2..terima kasih menyintaiku biarpun seketika..ayg rela kita berpisah sbb ayg da x tahan dilukai dan disakiti be setiap waktu..demi Allah,ayg sayang be..dan demi Allah,ayg akn terima be,kalau be masih menyayangi diri ini..jadilah kekasih HALALku,sblum dirimu benar2 menyintaiku...syg be,ade jodoh ade la..biarkan ayg nangis dulu k..bye sayang...


Salam sayang...AZIZAN

No comments:

Post a Comment