Monday, April 25, 2011

hePpi BeFdaY girL!!!

Assalamualaikum...syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurnianya dapat kita sama-sama berkumpul di medan perhimpunan Sekolah Menengah Kebangsaan Machang...hakhak..ada ke patut...Hmm..Nie bukan nak buat iklan Intimate Sanitary Pad taw,tapi its more to describe how obviously our intimacy..fuyyoooo!Ayat tak boleh blah!

We are Intimate!!!Haha


Okey,first and foremost nak wish birthday kat my besties,Rosmaizan!Dia sekarang sedang struggle untuk exam sekarang nie.Beb,I can't wait for your entry.Huhu.Actually,dah lama nak post entry birthday girl nie,tapi wifi kat kolej tak menjadi.Kalau lembab macam siput sedut tak apa lagi,ni dah tahap siput tercekik.Langsung tak boleh nak masuk.


Bila dah boleh masuk,dah lewat.So,saya lepaskan gian dengan mengPOSTkan entry geli-geli.Bukan satu,dua pulak tu.Haha.Kitorang ada biology,chemistry and physics sekaligus.Birthday kitoang sama-sama 18 haribulan!Cuma bulan je beza,hahaha.Beb,ko lagi tua!Huhu.

18 April 1992
HAPPY BIRTHDAY AND SWEET 19!Biar lah gue dah ucap banyak kali pun,gue tetap nak wish jugak!Beb,last year kita nak jadi budak belasan tahun.After this,we are puluhan people.Waaaaaaaa...dah tua!

Still tak boleh lupa dengan hadiah yang gue bagi kat ko.Haha.Kotak yang tak boleh blah!Jangan cer kat orang lain taw!


And I hope you always in happy day,everyday.And,I'll pray our friendship will last forever till the last breath.Ameeeennn..

-And to all readers,thanks for reading-

Saturday, April 23, 2011

LeLaKi yaNg bOleH bUaT aKu PenGsan!

Assalamualaikum to all readers...clock show 5.26 a.m and aku tak tidur dari semalam.Nie sebab tidur siang punye pasallah!Ayyak.And tiba-tiba je aku teringin nak post satu entry yang gedik tahap cipan masak kunyit,hehe.Bukan apa,kalau korang nak tahu,minggu nie aku banyak mengalirkan empangan air mata.Aku sedih tahap cekodok basi weii menangis.Seperti yang korang dah baca kat entry sebelum nie Kenapa Aku Menangis...


You know,betapa besties aku nak protect aku,dia siap nak buat post laser gun untuk ditujukan kepada si pematah hatiku tu,ouch!Tapi as professional student,i've got to be professional right?Kang tak pasal-pasal aku kena nuklear bom lak pasni.Maunya tsunami dan menggunung bengkak mata nie.Cer korang tengok aku.Tu muka after semalaman menangis.Bengkak-bengkak lagi.Nasib baik la aku tak taruk plaster kat bawah mata tu.Mekap?Hmm..aku tak suka sangat.That is real me.Tapi time gedik-gedik nak ambil gambar sorang-sorang,aku mekap la.Tapi tak boleh tunjuk kat korang,malu.For my future hubby nanti,InsyaAllah.

Okey,berbalik ke tajuk asal!Aku sejak sekolah menengah lagi suka sangat kat lelaki yang macam nie..
1)Baik
2)Rambut belah tengah
3)Pakai spek
4)Rajin
5)Berdisiplin

Haha..korang nak tahu apa rumusan yang kawan-kawan aku bagi??Aku suka budak yang SKIMA!!!Aku pun tak tahu kenapa aku suka that kind of person.Nak dijadikan cerita,aku pernah suka budak yang sekelas denganku.Only my besties know who he is.Haha,tu pun aku start suka time Form 2.Tapi dia...sangat baik and sangat alim.Serius,aku tak pernah jumpa guy yang sebaik dia untillah aku pindah sekolah.And until now,dia takkan tahu aku suka dia.I'm shy to confess that feeling.Sebab aku tak layak untuk orang sebaik dia.

Tobey Maguire
And golongan skima nie ada something yang aku tak reti nak describe.Yang penting,i love this kind of person!Haa..dia ada iras-iras Tobey.Aku pernah panggil dia Spidey!Tergelak dia and cakap apasallah aku panggil dia macam tu.Kalau ke pekan,mesti bertembung dengan dia.Tapi mujur,dia tak perasan.And dia dah ramai orang suka.Yang suka dia semuanya cantik-cantik.Then,aku rasa kecik je.Ok then...

Jimmy Shergil
Mamat nie first time aku tengok masa tonton cerita Hindustan bertajuk Dil Hai Tumharaa.Jatuh hati tengok rambut dia.Arghhh...Tapi sekarang nie,susah nak cari guys like this.Kebanyakannya nak pacak-pacak macam landak.Seriau aku tengok,huhu.And pada aku,skima guys lebih memahami and sensitive terhadap women's feelings.Diorang bertanggungjawab and bila bercinta,mesti setia sampai pintu syurga.


Sekarang,aku nak pesan pada diri aku.Aku takkan berhenti menyintai future hubby yang aku tak tahu siapa tu.Aku akan tunggu dia.Mungkin,Allah uji aku,jumpa dengan orang salah dulu.Yang selalu buat aku menangis.Yang sakitkan hati aku.Hanya kerana aku menyintai dia.Tapi,aku mahu kuatkan semangat,untuk hapuskan Mr.A jauh dari dasar hati ini.Dan aku harap Mr.Spidey takkan tahu tentang perasaanku terhadapnya sampai bila-bila.Ameen.

-Thank korang sudi bace-

biLa tAk aDa keRja...

Luv diz picture!!!
Assalamualaikum to all readers...entry ni dah lama ditunggu-tunggu,cewah.Specially dedicated to my besties,Rosmaizan and the cute-cute girls,Ayue and Kak Jana.These are for yours!!!

Ayue n K.Jana

Mak cik mane la kat tepi Ayue tu...hehe

The Gossip2 Sdn Bhd Partnership..
Musannnyerrr...
Pandangan maut!!!
Budak cute nie dari Johor..=)
Okey,tu belum cukup tau.Pernah hari tu,saya and my besties pergi Mid Valley.Bergambar la dengan si Hush Puppies nie,ohh mak aii.Dapat belon seDOZEN!Haha..time tu memang tak boleh blah.Tu la,padan muka saya,ada satu nak satu lagi belon.Nah!Dia bagi semua!!Tak ada kerja cari kerja betul saya nie!!

Tak boleh blahh!
Saya jadi promoter tak bertauliah pulak kat Mid.Hampeh!Malu tak usah cakap la.Rosmaizan tersengih-sengih tengok gelagat saya.Untuk mengatasi semangat kemalu-maluan ini,saya tiba-tiba dapat idea nak bagi budak-budak je belon tu.Hajat pertama nak buang,tak sampai hati.Haha.(Actually,belon-belon tu tak muat nak dimasukkan dalam tong sampah!Hahahaha)

Syukur,budak-budak tu semua sporting.Orang tua je cacing rawit sikit(cerewet).Ada ke patut dia ingat saya nak bagi ajaran sesat!!!haha..Apa-apa pun,hang out dengan besties is the most enjoyful time ever.Beb!Thanks for ur KFC's treat!

-Thanks sudi bace-

Saturday, April 9, 2011

kEnaPa aKu MeNanGis...

Assalamualaikum to all readers...

Kala aku menulis entry ini,aku menangis.

crying...
Kenapa aku menangis?Kenapa?Kenapa aku harus mengalirkan air mata tu?Kenapa aku tak simpan untukku menangis di malam hari,menangis kepada Ilahi,mengenang dosa-dosa ku yang lalu?Kenapa aku tak menangis kerana aku takut dengan azab Allah?Kenapa mengalirnya air mata ini,lagi dan lagi?


Aku cuba,untuk tak menangis.Tapi tak boleh.Bila datangnya rasa tu,air mata ni laju je bergenang.Bila bergenang.laju je turun ke pipiku yang chubby ni.Aku sedih.Aku sedih dengan diri aku ni.Aku sedih sebab aku masih menangis untuk dia!!!Dia siapa?Tak payahlah aku bagi tahu.


Kenapa aku menangis?Aku menangis sebab aku masih ingat dia.Kenapa aku ingat dia?Tu aku tak ada jawapan.Kenapa aku tak ada jawapan?Sebab Allah lagi Maha Mengetahui apa yang terbuku di hati aku dan antara aku dan dia.Dalam hidup aku,aku tak pernah bercinta.Kenapa aku tak pernah bercinta?Sebab aku cinta orang yang tak cintakan aku.Dan aku benci dengan perasaan tu.


Dan,aku sekarang sedang merawat hati.Biarkanlah air mata ini mengalir.Mungkin,mengalirnya ia,buat diriku jadi kuat.Buat hatiku terubat.InsyaAllah.


Aku akan terus menangis untuk lupakanmu...
Dan bila suatu hari nanti,aku ditakdirkan jatuh cinta.Aku sangat berharap dia takkan patahkan hati aku.Dia akan menyayangi aku.Menyintai aku setulusnya.Tapi,hatiku takut.Aku takut luka lagi.Sebab luka tu masih ada.Tapi aku yakin,insan itu akan merawat hatiku.Dan,aku nak minta dia belikan teddy bear.Biar kecik,asalkan hadiah tu datang dari dia.Kalau aku menangis lagi,biar teddy bear tu jadi teman aku.Kalau aku gaduh,aku nak tumbuk-tumbuk teddy tu macam aku tumbuk si dia.

Aku sangat suka teddy bear...
Aku tahu, si dia tu wujud.Tapi,aku still lagi wonder,where is he right now?How old is he?What he does for living?Da kawin belom?Aku tak tahu.Dan aku harap sangat,will ada someone yang dapat hentikan tangisan demi tangisan ini.Adakah aku berharap si dia tu muncul dalam mimpi?Ya,setiap malam,aku selalu berdoa,semoga aku dapat lihat dia,bayangan dia.Alhamdulillah,Allah pernah tunjukkan.Cuma,mukanya aku tak kenal.Subhanallah!!!Hebatnya kekuasaan-Mu ya Allah!!


Tiada ubat lain yang dapat menyembuhkan hati yang sedang luka.Aku merawat hatiku saban hari.Berbekalkan membaca al-Quran dan tafsirnya.Berzikir di kala bosan.Aku tak sempurna.Dan aku bukan orang yang baik sangat.Aku hanyalah aku,seorang gadis yang biasa,yang senang tersentuh tatkala mengingati Yang Maha Pencipta.Aku menangis,pabila terkenang kasih sayang-Nya terhadapku dan kalian semua.


Rawatlah hatimu...
Aku pernah dengar nasyid dari Indonesia.Tajuk nasyid tu Ubat Hati.Ubat hati...ada lima perkara...yang pertama baca Quran dan maknanya..yang kedua,solat malam dirikanlah...yang ketiga bergaul dengan orang-orang soleh..yang keempat,berpuasalah...yang kelima,zikir malam berpanjangan...begitulah lebih kurang nasyidnya...

Tak mudah nak rawat hati ni.Perlukan banyak kesabaran dan kekuatan.Iman lah menjadi tonggak segala-galanya.Tepuk dada,tanyalah iman.Dan aku rasa,air mataku dah berhenti keluar sekarang.So,meluahkan perasaan kat blog juga boleh buat hati aku rasa tenang.Terima kasih blog.Dan terima kasih kat korang sebab sudi baca.

Friday, April 8, 2011

niLai sEbuAh persahabatan...

Assalamualaikum and salam 1 Malaysia to all readers...

First of all,saya nak ucapkan banyak-banyak terima kasih kepada kawan saya,also the contributor of this blog dengan entry nya sebelum ini..SO WHAT???..

"Beb,thanks yeah..n don't worry,now all had been recover..."

Kadang-kadang,dalam menyusuri hari,kita sudah terbiasa ada jatuh dan bangun.Hidup seperti roda,kadang-kadang di atas,kadang-kadang di bawah.Hidup saya juga begitu.Dan saya percaya,hidup anda juga.Dan bila saya lalui hari-hari jatuh tu,saya sangat sedih.Terasa hidup ni terlalu tak bermakna.


Tak perlulah saya ceritakan apa yang telah terjadi pada diri saya.Sudah semestinya,ia adalah asam garam kehidupan untuk mematangkan kita.Tapi,apa yang menjadi pengajaran buat diri saya ialah,nilai sebuah persahabatan.

Dalam dunia,setiap orang,tak mampu untuk hidup sebatang kara.Ingat lagi tak dengan kisah Nabi Adam a.s. yang dijadikan Allah sebagai manusia pertama.Baginda Nabi terasa sunyi kerana bersendirian saja di dalam syurga Firdausi.Lalu,Allah jadikan Hawa dari rusuk kiri baginda.Dan,itu bermakna Allah mendatangkan teman sebagai penghibur hati Baginda agar bersenang-senang selama tidak melanggar larangan Allah iaitu buah khuldi.

Kita hidup di dunia ini dengan adanya ibu yang melahirkan kita.Adanya ayah yang berkahwin dengan ibu kita.Ada abang,kakak dan adik sebagai saudara paling akrab kita.Ada sepupu-sepapat,ada datuk dan nenek.Kita ada mereka selama mana Allah belum menjemput mereka.Dan,kita sangat-sangat perlu menghargai mereka.

Dan,apabila kita sudah besar dan belajar di sekolah,kita akan temui mereka.Ya,mereka SAHABAT kita.Walau kita sudah bekerja,berumah tangga sekalipun persahabatan takkan pernah putus.Selama mana kita menyayangi persahabatan kita dengan mereka,selama itulah mereka menyayangi kita sebagai sahabat mereka.

Kawan yang baik,akan mendorong kita melakukan kebaikan.Menegur kita pada yang salah.Dan menerima kita seadanya.Persahabatan ikhlas yang datang bersama niat kerana Allah adalah persahabatan yang sangat diredhai-Nya.Sesungguhnya,kebaikan Allah tidak terbatas.

Hatta,dalam persahabatan juga,banyak pahit dan manisnya.Segala yang kita lalui,ambillah pengajaran.Pepatah selalu berpesan,yang baik jadikan teladan,yang buruk jadikan sempadan.Dan,ada kesimpulan yang saya nak kongsi dengan anda semua

HIDUP UMPAMA RODA KADANG-KADANG DI ATAS,KADANG-KADANG DI BAWAH...
BILA SUDAH DI ATAS,JANGAN SOMBONG UNTUK PANDANG KE BAWAH...
DAN BILA DI BAWAH,BERUSAHALAH UNTUK KE ATAS...

Friends forever,dunia dan akhirat...

I love you so much beb...thanks for this kiut frenship..


Thanks everybody...
-terima kasih sudi baca-

Saturday, April 2, 2011

mY bELoVed MeK...

Assalamualaikum and Salam 1 Malaysia to all readers...=)...

Mek n my brother,Mak Im..
"Mek,YanYan sayang mekkk...rindu mek sangat-sangat...Kalu mek ado cnie,YanYan nak peluk mek,nok dakap mek...mek,YanYan nok balik...nok tidur nga mek,nok gura nga mek,nok make masokke mek..mek,YanYan sedih mek..sedih sangat..tadi YanYan baco blog budok tu,dio cerito pasa ayoh dio takdok doh..YanYan triok la,YanYan pom anok yatim jugok..YanYan rindu wea,mek..rindu sangat..jak kecik lagi,YanYan tokleh raso kasih saye dio..dio duk jauh sokmo nga kito..lo nie..dio laaaaaaagi jauh..."



Terjemahannya...
"Mek,YanYan sayang mekk..rindu mek sangat-sangat..Kalau mek ade kat sini,YanYan nak peluk mek,nak dakap mek..mek,YanYan nak balik..nak tidur dengan mek..nak bergurau dengan mek..nak makan masakan mek..mek,YanYan sedih mek..sedih sangat...tadi,YanYan baca blog seseorang..die cerita pasal ayah dia yang telah meninggal..YanYan nangis la..YanYan pun anak yatim,same macam die..YanYan rindu wea(ayah),mek...rindu sangat..sejak kecil lagi..YanYan tak dapat rasai kasih sayang die..die tinggal jauh..sekarang..die laaaagi jauh.."


Adik sy yang bongsu...

Al-Fatihah...kadang-kadang,kite terlalu ghairah..mengagung-agungkan cinta kepada insan yang berlawanan jantina.Bukan salah,tapi janganlah sehingga kita terlalu leka lantas lupa pada akar umbi kita,asal-usul kita..dahan tempat kita bergantung..bergantung kasih..bergantung sayang..

Bile berblogwalking...jarang sekali sy terjumpa entry2 yang mengamdungi unsur2 keibubapaan..hanya kecintaan duniawi..kecintaan pada pemuda-pemudi..terkadang,sy juga hanyut..dibawa cinta yang tak pernah sunyi memukul dan mengetuk-ngetuk sekeping hati...

Tanpa ibubapa..siapelah kite...
Ya..ibu bapa kite!Selalu kalau time Orientasi..semasa sesi muhasabah diri..kita dibawa mengingati pergorbanan mereka yang tak bertepi..lantas tangisan menemani diri..tapi..ketika itu saja kita menangis..meratap..lantas,kite lupe..lagi dan lagi...


sering sy ingatkan diri..telefon mek tiap2 hari jumaat....kadang-kadang kerana mengejar kesibukan,sy jadi lupa.Ya Allah ampunilah hamba-Mu.Sy ingin bertanya..sudahkah anda menghubungi mereka hari ini??Jika tak,segeralah..sebelum terlambat..sesungguhnya ajal maut di luar pengetahuan kite...


tadi,sebelum sampai asrama,on the way nak bertolak from kelantan to KL..mek bekalkan sy nasi 2 bungkus..dalam nasi tu ade ikan,ikan bilis,telur 2 biji..untuk lunch dan dinner...mek taknak sy lapar mcm hari tu..smpai sakit perut sy...tiem tu da larut mlm..mase bukak nasi tu tadi,terus sebak tiba-tiba..banyak sangat nasi..lauk-lauk mek bagi..sumernyer fevret sy..air jernih mengalir...YanYan rinduuuuuu mek...

Fevret sy gak..

Mek..ibu yang memahami..sy janji dengan diri sy..sy nak jage mek sampai akhir hayat...
"Allahumma firli waliwalidaiyya warhamhuma kama robbayani soghiro,Amin..."


Org yg sabar ialah org yg masih tersenyum tika dilanda musibah...jd sy nk senyum..nk jd org sabar gak..
Nampak tak budak kecik kat belakang saye tu?Tu anak saudara saya..ayahnya meninggal sejak dia berusia 2 bulan lagi..saya mesti belajar dari dia...belajar erti ketabahan..erti keceriaan..dan erti HIDUP...

-Thanks for reading-

Friday, April 1, 2011

eSp's PrOjecT

Kumpulan Bank..berkenan?sila tinggalkan name anda n no fon..hehe
Universal Kindergarten punyer grup..aikk,men sorok2 lak si Hazmin ni..ish3
Layunyer..semangat ler ckit..kna kasik minum tongkat ali nie...
Assalamualaikum and salam 1 Malaysia to all beloved readers...cee..hehe...on 25th March,my lecturer,Madam Amerlia Adzian organised a ESP's project.Penting untuk our punye carry mark.Hoho.Best giler wat projek uhh..bajet pon xderlah terlalu banyak.Selagi perutku still boleh terisi,haiyaaa....Haaa..ESP tu stand for English for Specific Purpose.Jom tengok...

Kumpulan Sport Center..Yunara..ayukan diorang nie...brokencozhim.blogspot.com
happy girls..
my group!Kitorang punyer cafe!Secret Garden..=p..
Kumpulan Supermarket..Price Chopper....
Trans Wonderland Limited..syarikat pengankutan...diorang punyer projek hebat thp gaban..
Wah2.tomey2..yue-pinkdiary.blogspot.com
Its very colorful!
 Okay guys..got to go..thanks for reading..sayonara!