Saturday, January 22, 2011

DIARI (DIRI AQ SENDIRI)

Selasa,10 0gos 2010
Aku dinamakan  Noor Azizan bt Mohamad oleh arwah ayahku kerana arwah tersilap mendengar namaku dari ibuku.Ibuku ingin meletakkan namaku sebagai Norizan.Aku selamat dilahirkan pada 18 Oktober 1992 pada jam 8.38 pagi.Aku dilahirkan di Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian.Entahlah,aku pu tak tahu apa yang  berlaku ketika aku di peringkat bayi.Sedar-sedar saja aku dibesarkan di Bukit Patu Pahat.Batu Pahat ni bukannya Batu Pahat yang terletak di Johor,tapi di kaki bukit.Aku membesar dalam suasana hutan yang jauh dari arus pembangunan.Macam-macam yang berlaku dalam kehidupanku.Banyak binatang berbisa yang sering bertandang ke rumahku saban hari.Pernah sekali seekor ular sawa telah menelan angsa jantan yang tidur di dalam reban.Bangun pagi esoknya terjkejut besar aku dibuatnya.Ular itu terbaring lesu tidak boleh bergerak.Abang-abangku segera menamatkan riwayat ular tersebut.Baiklah kita beralih dengan episod pembelajaran aku.Semasa kecil lagi aku sudah menonjolkan sikap minat untuk belajar.Drama Aisyah yang dilakonkan oleh Jalaluddin Hassan dan Haliza Misbun dan aku tak ingat sangat siapa yang memegang watak Aisyah tu.Drama itulah yang banyak mengajar aku.Aku ikut cara Aisyah belajar dengan menulis di pasir depan rumahnya.Budir ada beritahu aku,sebak aku mendengarnya.”Jan,sejak kecik lagi mu nop koloh.Mu tulis atas pasir.Aku tanyo Jan nok skoloh ko?”Kata Budir satu ketika dulu.Aku ingat lagi kata-kata Budir ni semasa aku tinggal bersamanya di rumah kedai Abe Za semasa aku bekerja di BHP depan Klinik kesihatan Labok.Aku mula belajar semasa tinggal di bukit di Tadika KEMAS Kampung Kemahang..Aku sangat seronok dapat belaajar di Tadika itu.First time aku masuk,arwah ayah aku yang hantar.Berada di depan pintu bersama ayahku,semua memandangku.Aku suka waktu makan dan bermain.Donat dan nasi lauk ikan sardine adalah sajian yang paling kugemari.Sebelum makan,kami akan membuat bulatan dan membaca doa beramai-ramai.Seronok sangat kalau cikgu beri peluang untuk kami bermain di dalam kelas mahupun di luar kelas.Cikgu juga suka membacakan cerita untuk kami.Paling aku tak boleh lupa,cerita seekor belalang yang pemalas.Belalang tu suka menyanyi sambil memetik gitar.Cengkerik,sahabatnya sering menasihati Belalang.Namun belalang tidak mengendahkan nasihat cengkerik untuk mencari makanan sebagai bekalan untuk menempuhi musim hujan bahkan dia selalu mengejek Cengkerik.Nasi sudah menjadi bubur.Musim hujan pun tiba.Belalang sangat lapar.Dia meminta pada Cengkerik,namun cengkerik sudah tidah ambil peduli.Tinggallah Belalang seekor.Belalang menyanyi di bawah sehelai daun.Dia tahu dia akan mati tak lama lagi.Sesal dahulu pendapatan,sesal kemudian,tiada gunanya.Belalang pun menemui ajalnya.Aku memang ambil iktibar dari cerita ni.Maksud yang tersirat yang ingin disampaikan oleh cikguku ialah agar jangan malas untuk mencari rezeki.Satu lagi,aku perlu bijak membuat keputusan agar tidak menyesal di kemudian hari.Diari,aku akan terus berusaha untuk menjadi insan yang berjaya di dunia mahupun di akhirat.

No comments:

Post a Comment