Saturday, January 22, 2011

Ceritera Katak dan Siput

by Azizan Mohamad on Tuesday, 09 November 2010 at 12:29
 Sebermula kisah ini berlaku pada zaman pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka.Adapun ketika itu,Hang Tuah dan Hang Jebat masih bersahabat.Hang Lekir dan Hang Lekiu tengah bersantap di bawah pepohon nyiur sambil ditiup bayu.Kala Hang Kasturi dan Hang Tu...eh!Apa nie?Sori..sori..aku start balik ek...


"UMI!!!!!!!!!"Jerit Zubaidah lantang.Bagai nak cair taik telinga Umi Najwa.
"Bangun!"Jerit Zubaidah lagi.
"Dah bangun la nie,esh.."Umi bangun lalu segera dicapai tuala dan terkedek-kedek berjalan ke bilik air.Dorm yang mereka duduki memanjang seperti sebuah dewan.Bilik air berada di hujung dunia.Umi dan Zue duduk secube.Selesai mandi dan berwudhu,Umi kembali ke cubenya.Zue sedang menunaikan solat Subuh.Sudah menjadi kebiasaan bagi dua orang gadis itu ponteng solat Subuh berjemaah di surau.Umi dan Zue berkawan baik sejak di tingkatan empat lagi.Mereka juga cubemate sejak tingkatan empat juga.Jalan same,makan same,tido same tapi cume kelas saje beza.Tapi mereka tetap rapat.

"Zue,aku ingat nak ponteng prep ar malam nie..nak join?"
"Gile ke ko nak ponteng?Exam nak dekat dah nie,"Bebel Zue.
"Kalau ko tak nak takpelar Zue,aku nak ponteng.Nak duk kat surau."Umi seakan-akan merajuk.
"Oh,aku ingat kau nak duk dalam dorm,aiseh!"

Malam yang indah itu sangat indah dirasakan.Keindahan ciptaan Allah yang tiada tandingan.Umi terpesona.Di bawah wakaf di tepi surau,Umi dan Zue membuat revision.
"Zue,kau dah ready ke nak exam?"Tanya Umi.
"Entahlah Umi,makin banyak aku study,makin banyak yang aku tak tahu,"Luah Zue.
"Aku pun,Zue.Aku nie bukan pandai sangat.Loyak buruk je lebih mase jawab exam."Zue yang mendengar tergelak.
"Aku still ingat,mase kau bagi aku bace jawapan Bio kau kat aku.Pusing punye pusing,penuh gak markah kau.Kau memang suke Bio ke,Umi?
"Suke,suke sangat.Mase kelas Bio,aku seolah-olah duk lam taman coklat.Best and manisnye mase tu,"
"Kau nie,sikit-sikit ingat makan,"Mereka same-same ketawa.

DALAM kelas,Umi seorang yang blur.Kalau masuk saje bab baru dalam mane-mane subjek,pasti ayat pertama yang muncul dalam otaknya,'Gapo dio nie?'.Begitulah Umi,seorang yang agak lambat menangkap sesuatu.Lebih-lebih lagi kalau matapelajaran yang melibatkan pengiraan.Nak dijadikan cerita,ade seorang mamat yang tersangat poyo.Ramai gadis menggelarnya 'prince charming'.Tak tahulah kenapa,Umi sangat tidak menyukai budak tu.Umi ubah sikit gelaran itu kepada Frog Prince.Hahaha...padan muke.

Umi berjalan slow-slow.Hari tu dia tersangatlah penat.Tak tahulah kenapa.Laluan tu dipanggil gajah menyusur.Kelakarnya nama.Umi ketawa dalam hati.Semasa berjalan tu,ada  seseorang terlanggarnya.Nasib baik Umi tak tersembam.
"Ape nie,men langgar-langgar?"
"Yang kau slow macam siput tu pehal?"
Umi terkejut.Kejamnyer.Sampai hati die.Ops,,jap-jap!Frog Prince?Memang dasar Frogie betul la.Dahla langgar orang,tak minta maaf pulak tu.Siap panggil orang siput lagi.Esh....geramnye!!!!Jerit hati Umi.

UMI sampai jugak kat dorm.Segera dia terjun gaya superman ke atas katil.Lantak la kalau katil nie nak roboh sekalipun.Bisik hati Umi lagi.Umi menumbuk-numbuk bantal.Crazy Frog!!!!!!Sebentar kemudian,Zue pun balik.Zue rajin.Dia akan siapkan kerja sekolah dahulu sebelum balik ke asrama.Zue nampak Umi macam nak bergusti je.
"Umi,kau okey ke tak nie?"
"Zue,tolong bunuh aku,"
"Hah?Gile ke ko nie?"
"Tolong bunuh aku sebelum aku bunuh orang,,"Sebaik mendengar kata-kata Umi,Zue tergelak kuat.
"Kau nie Zue,aku tengah marah,kau gelak pulak,"Umi tarik muncungnye.

SUDAH hampir lapan tahun Umi meninggalkan alam persekolahan.Kini,Umi menjawat jawatan sebagai Eksekutif Pemasaran di salah sebuah syarikat.Umi masih single.Zue pula sudah lame mendirikan rumahtangga.Abah dan mak Umi sibuk cari jodoh buat Umi.Umi sudah bosan menegah orang tuanya,lalu Umi mengikut saja.Hari pernikahan sudah pun ditetapkan.Dan Umi menunggu dengan penuh debaran.Umi tak ingin ambil tahu pun siapa bakal suaminya.Dia hanya berserah kepada Allah.Umi yakin,pilihan orang tuanya sudah pasti yang terbaik buat dirinya.

Di bilik pengantin,Umi masih berpakaian pengantin.Terdengar pintu terkuak.Umi tak berani pun memandang siapakah gerangan suaminya.Saat proses akad,ketika membatalkan air sembahyang pun,Umi hanya menyalami tangan suaminya.Saat sang suami mengucup dahi,Umi memejam mata.Sehinggalah saat ini,dia belum juga lihat wajah itu.Umi takut,gementar,malu...semua bercampur-baur.
"Assalamualaikum,"Tegur suara itu,romantis.
"Waalaikumussalam,"Jawab Umi,tunduk.
"Awak tak nak tengok wajah saya ke?"
Umi tunduk.Diam.Angguk pun tak.Geleng pun tak.Sang suami menyentuh dagu Umi lembut dan mengangkat wajah Umi.Umi terkejut.
"Katak?"Spontan Umi bertanya.
"Siput..."Azam ketawa mengekek.Sedikitpun dia tidak marah saat Umi memanggilnya begitu.
"Macam mana..."Umi blur.
"Siput..siput...tak berubah langsung,"
"Umi sayang,dengar sini.Dari dulu lagi saya dah suke kat Umi.Umi pandai jage maruah.Tak macam budak perempuan lain.Tergedik sana,tergedik sini.Masa ramai orang kapel mase Form 5,Umi tetap solo.Ini maknenyer cinta Umi mahal.Dulu,saye ramai peminat.Tapi Umi,Umi langsung tak minat saye.Ini maknanya Umi tak pilih rupa.Umi juga kelakar.Kadang-kadang,saya curi dengar Umi bercakap ngan kawan-kawan.Saye tumpang gelak same-same.Tapi Umi tak perasan.Sengaje saya cari gaduh ngan Umi,sebab saya nak Umi selalu ingat kat saye.Dan sekarang pun,Umi tetap ingat saye kan?"Panjang lebar Azam bercerita.Air mata Umi Najwa bergenang.Dia terharu.Sangat terharu.
"Laa Umi,kenape nangis nie?"
"Umi nangis sebab Umi da jumpa balik Frog Prince Umi,Umi ingat Umi takkan dapat gaduh lagi ngan die.Umi rindu die,"
Umi Najwa menangis di bahu suaminya.Dia menangis bukan kerana sedih,tapi dia sangat gembira.
"Umi,dah la tu.Basah baju saya.Satu lagi,Umi jangan panggil katak lagi kat saya,panggil abang tau,"Azam mencuit hidung Umi yang merah.
"Baiklah abang,"
"Abang tak mau anak-anak kite nanti jadi berudu,"Mereka ketawa serentak.Berakhirlah ceritera katak dan siput.Macam biase,they live happily ever after.Hahahaha...

P/S:KISAH NIE TAK ADE KAITAN ANTARA SIAPA PUN.HANYALAH REKAAN DRI OTAK SY JE,HAK3.TP SY AMBIL MAKTAB KT TERSYG SBG LATAR TEMPAT.KT,PENUH NOSTALGIA SUKE DAN DUKE.SMOGE ANDA BERBAHAGIE DI SAMPING INSAN-INSAN TERSYG,,,SALAM!

No comments:

Post a Comment