Thursday, May 14, 2015

Tuesday, December 23, 2014

Dikutuk di Media Sosial (Facebook,Instagram & Youtube)

Assalamualaikum...


Salam to all readers & beloved followers sekalian...



Media Sosial.Media sosial ialah satu platform baru di alaf 21 yang diwujudkan untuk tujuan perhubungan tanpa mengira sempadan, jarak & waktu.


Tapi, zaman IT sekarang nie, media sosial bukan sahaja menggunakan PC atau laptop, tetapi dengan adanya aplikasi di telefon pintar manusia semakin maju dan semakin mudah mengetahui isu-isu semasa.Bahkan kita mendapat berita dari Facebook dahulu sebelum berita itu keluar di saluran TV.


Adeiiii...macam buat karangan kat sekolah pulak.Sorry eh.Aku rindu zaman sekolah sebenaqnya.
Ok,aku story balik.Pernah dengar Syasya Solero?Bobo?Puteri Awani?Confirm kenal kan.Sorry pada yang carik gambar diorang tapi tercarik dalam belog nih memang takkan jumpa sebab aku tak suka curik gambar orang.


Kecuali retis yang aku minat macam Lee Min Ho ker, Lee Dong Wook ker or Si Kembar Kwang Min & Young Min.Hahahaha.Okeyh,budak-budak pemes yang aku takde gambar tu bukan aku tak suka atau tak minat ke ape, aku OK jer..hehe...tak terlalu suka dan tidaklah cakap tak suka. Cuma aku suka curik gambar retis Korea @ Hallyu Star.


Yang BP (Budak Pemez) yang aku tanyer tadi korang pasti kenal kan.Ye la Gen Z pasti kenal sebab memang golongan diorang.Orang Gen Y yang slow macam aku pun kenal,Nak cakapnyer diorang jadik pemes sebab kena kutuk di media sosial.Nape dikutuk-kutuk tapi tu yang jadikkan diorang pemes?Sebab diorang ade market.Ade yang jenis ade bakat,jenis lawa and fotogenik dan macam-macam lagi lah.


But paling takleh blah,AKU pun kena.Aduhai,please la,aku bukan nak kejar sangat pemes tu.Not in a million years habaq hang.Aku nie mase masuk MSRM dikenali sebagai pendiam taw.Yela,berjauhan dengan bestfriends.Nak pemes or havoc nie,memang bukan aku lar.Like seriusly??


Tujuan?Tujuan aku cuma satoo.Kalo henpom Samsung aku tu boleh rosak,tak mustahil lappy yang dibeli pada tahun 2010 tu akan ikot rosak.Aku takut video lawak aku zaman kecik-kecik tu hilang.Leh simpan kat hard disk?Leh tu leh tapi korang boleh jamin ke hard disk tu tak kena hijack ngan virus?Cloud storage?Kejadahnyerr tuh..cloud awan tu aku kenai lar...


Nah..nie haaa video yang aku kena kutuk tuh.Puiii...tak terasa pun.Allah ada an.Dan aku tahu apa motif aku.Aku cuma nak video nie sentiasa ada,dan aku boleh tengok sampai bila2,

Jangan Klik
Adios.Salam. :(

Monday, December 15, 2014

Suami sayer...

Assalamualaikum dear beloved readers...hiho....



Entry nie sayer nak kenalkan suami sayer.
Tadaaaa...


Bear Besar

hihhiihi..perkenalkan incik Milo....die xde mak ayah so xde bin..hikhik


~Jangann marah~

Pepijat oh Pepijat

Assalamualaikum and good morning to all beloved readers...


Pepijat. Korang pernah dengar pasal benda alah nie tak? Seriously, first time in my life tau kena invasion serangga durjana nih! Aku try jugakla google tengok apa yang diorang buat kalau kena serangan fatal die.


Korang tak kenal pijat??? Ok,aku pun tak kenal tapi lepas bulan lepas (November) aku akhirnya mengenali dia. Ya Allah, betul-betul huru-hara hidup aku.


Pepijat

Eee...serius geli tau tak. Tak pernah seumur hidup aku sampai aku now dah masuk 22 tahun (18 Oktober lalu) kena ketik (gigit) dek serangga durjana nie!


Ok, ceritanya begini. Elok-elok aku menyewa kat Wangsa Maju,tiba - tiba rasa nak duduk dekat office so aku menyewa jugak la dekat area Bangsar.Kebetulan ex-officemate aku kata bilik dia nak pakai penyewa. Alah bangunan apartment depan menara UOA tu la.


Semiggu lepastu ada gatal semacam. Aku garu-garu.Okeyh, nie bukan nyamuk sebab gatal dia pelik. Lepastu mula ada kesan merah, Lebih kurang macam gambar bawah nie.



Okeyh,tu bukan tangan aku yer...putih gebu cenggitu gadis lain la,kalo aku nie tak.Kihkihkih.
Lepas tu housemate cakap
"Bilik tu ade pijat..." Masya-Allah punya lah terkejut aku. Pastu aku pelik, nape aku jer yang gatal?
Orang lain yang menyewa sekali takde pun cakap apa-apa. Oh rupanya diorang pun pernah kena gigit tapi tak tahulah macam mana kebal kulit diorang tu.

Dan ini menyebabkan diorang ingat aku allergik dan tak sesuai duk di bandar.Sebab time aku balik ke Wangsa Maju tu aku tak hadapi masalah gatal-gatal nie.


So, aku buat keputusan untuk pindah dari Bangsar.Lepas pindah tu,iaitu bulan nie, suami aku teruk kena gigitan kat belakang dia. Habis merah-merah. Kitorang jadi pelik. Tak pernah berlaku sebelum nie.


Esoknya semakin parah. Suami aku yang paling teruk kena sebab dia tidur tak pakai baju selalunya (auwwww)...


Dan bila jumpa akhirnya dengan mata kepala aku, and aku dah berkenalan dengan dia kat google image, aku terus kukukan die,habis terpercik darah. Ada bau lak tu. Seriusly,aku benci sangat ngan pijat!!!


Ada jugak aku search dekat internet,bagaimana diorang hapuskan pijat. First, guna penyembur Baygon tu. (Aku dah buat). Second pakai serai wangi (Nie aku tak cuba lagi). Third mop lantai pakai air garam/cuka (Dah buat). Bersihkan bilik (Dah Buat). Basuh tilam atau kalau koyak kena say good bye lah dekat tilam tu (Aku dah buang tilam hadiah suamiku tu) Guna air panas pun boleh.Dan akhir sekali dan agak makan modal sikit iaitu panggil pest controller (Nie aku nak buat sebab dah cuba semua but gagal..so gaji nanti aku akan panggil diorang sembuq dan hapuskan mak nenek moyang pijat nie semua..biar lenyap keturunan diorang tuh!)



Aku rasa tak bahagia sangat lepas dapat serangan pijat nie. Tidur malam tak pernah lena. Suami aku pun dah lari tak nak balik sebab tak tahan pijat. (Macam la dia selalu balik...erkhh). Bear besaq aku pun aku dah cuci. Semua baju-baju aku cuci. Pijat nie sangat worse. Lagi worse dari aku bela Mochi and nak hapuskan bau taik Mochi.


Dah nasib kot. Tu lah tak bersyukur sangat. ada tempat tinggal yang elok nak duk dekat office. Alasan jer tu. Sebenaqnya aku yang nak ubatkan hati aku yang sunyi.Kalau duk Wangsa Maju sorang-sorang. Kalau kat Bangsar, at least ada kawan and sewa nya pun taklah terlalu mahal dan aku rasa mampu untuk menyewa lebih dari satu waktu tu sebab dah boleh berjimat tak payah naik LRT.


Tapi begitulah, perancangan Allah sebaik-baik perancangan. Ada hikmahnya setiap apa yang aku dan suami lalui.Mungkin perkahwinan kami yang tidak sesempurna orang lain menyebabkan kami tidak boleh selalu bersama (Tapi sah and mengikut syarak yer..Elok sikit,luku kang...Nanti next entry aku ceritakan cerita aku dan die ek)


Dan hikmah di situ jugak supaya aku mesti belajar bersyukur dengan apa yang aku miliki. Elok-elok boleh tidur aman damai kat Wangsa Maju now aku diselubungi fobia nak tidur ketika gelap.(Info sikit, pijat aktif dalam gelap) Dan aku selalu terasa ada benda merayap (Okeyh semalam aku dah berjaya kukukan tiga ekoq pijat!!)


Suami aku cakap mungkin pijat tu tumpang masa aku pindahkan barang dari Bangsar ke Wangsa Maju.Thanks pijat sebab bulan depan aku akan kering kontang (Duit melayang....)



Okeyh,thanks for reading guys and sorry if my words might be hurting yaa :)

Friday, December 5, 2014

geli2 batchmates

assalamualaikum =)

so i got caught up in a really funny situation right now. *troubles*
hmm tak pasti mana nak mula kan.

beberapa hari lepas ada kawan bagi hint pasal sesuatu yang tak menyenangkan bagi aku. dan sebenarnya memang dah lama tahu, cuma aku ignore sebab tak nak hal nie jadi panjang. 

masalah macam nie, atau macam mana sekali pun, makin difikirkan, makin memberatkan perasaan. jadi, fikir je tak guna la kan,,tak perlu sedih lama2,,, mican kena tough!! insyaAllah aku cuba selesaikan dalam masa terdekat ( baru ada azam lepas bermurung seharian. adeiii)

berapa minggu je lagi final exam, so harap2 aku dapat berdepan dengan makhluk tu dalam masa terdekat  untuk selesaikan isu yang kelakar nie ( tak pasti sama ada kelakar or annoying , tapi jujur nya, memang rasa nak makan orang je nie).
doakan lah keberhasilan misi ini!!! =___=

Wednesday, October 15, 2014

Kepentingan Insurans dalam Hidup

Assalamualaikum...


Dalam kesibukan kita mencari rezeki untuk meneruskan kehidupan, kita juga tak terlepas dari macam-macam ujian.
Dan sekiranya kita tidak bersedia dari awal, kita juga yang bakal merana bak kata pepatah sediakan payung sebelum hujan.


berikut kisah benar yang saya ambil dari satu website ini.


Di sini saya ingin berkongsi sedikit pengalaman saya sebelum dan selepas memilik perlindungan insuran untuk anak saya. Pada tahun 2006 sebelum saya membeli perlindungan insuran untuk anak saya, anak saya telah dijangkiti penyakit di mana paru-parunya telah dijangkiti kuman. Pada masa tersebut saya belum mengetahui yang anak saya dijangkiti penyakit tersebut. Saya ingat dia hanya demam biasa. Ini hasil pemeriksaan klinik swasta dan hospital. Walau bagaimanapun setelah 3 hari mendapat rawatan klinik dan hospital saya mendapati tahap kesihatan anak saya semakin merosot. Dia tidak lalu makan dan suhu badan mencecah 39 darjah. Setelah mendapati beliau semakin sakit saya mengambil keputusan untuk merujuk anak saya ke Pusat Pakar Perubatan Normah. Walaupun tahu kos yang terpaksa ditanggung sekiranya anak saya dimasukkan ke hospital tersebut akan mencecah ribuan ringgit demi kesihatan anak, saya sanggup berkorban apa saja.
Setelah diperiksa oleh pakar, barulah saya dimaklumkan bahawa anak saya dijangkiti kuman di bahagian paru-parunya. Setelah dimaklumkan perkara tersebut doktor menasihatkan supaya anak saya ditahan untuk mendapat rawatan lanjut. Setelah 4 hari 3 malam dirawat di pusat tersebut saya terpaksa membayar sendiri kos perubatan yang berjumlah RM3,500. Di situlah saya berfikir jika anak saya dilindungi oleh insuran, kos tersebut mungkin saya tidak perlu bayar.
Setelah berfikir untuk masa depan anak-anak saya, saya mengambil keputusan untuk membeli perlindungan insuran untuk anak-anak saya. Pakej yang saya ambil adalah termasuk perubatan dan simpanan. Disamping dapat melindungi anak-anak sekiranya dimasukkan ke hospital akibat penyakit saya juga menabung untuk masa depan mereka.
Setelah hampir dua tahun membeli perlindungan tersebut anak saya sekali lagi dimasukkan ke Pusat Pakar Perubatan Normah akibat jangkitan kuman di usus ataupun istilah mudahnya cirit-birit yang agak kronik. Setelah dimasukkan ke dalam hospital tersbut selama 2 hari saya dikenakan bayaran sebanyak RM2,000. Setelah merujuk kepada agen insuran saya, saya hanya perlu membayar sebanyak RM100 sahaja sebagai bayaran untuk kos yang tidak ditanggung seperti caj pentadbiran. Dengan itu, masalah berkaitan dengan pembiayaan kos perubatan untuk anak saya dapat saya pindahkan kepada pihak insuran. Saya berasa perlindungan insuran yang saya ambil amat membantu menyelesaikan masalah kewangan saya dan saya amat berharap agar rakan-rakan sekalian mengambil iktibar dariapada kisah saya ini untuk perlindangan kesihatan diri ataupun keluarga untuk masa yang akan datang.
Sekian, terima kasih.
Disediakan Oleh: MUHAMMAD NAJIB BIN AHMAD
PENOLONG PEGAWAI TADBIR
JABATAN PEGUAM NEGARA MALAYSIA SARAWAK

Monday, October 13, 2014

cobaan...

assalamualaikum =)

semester paling kalut  sepanjang pengajian kat sini . dengan isu pindah keluar masuk kampus yg sangat teruk diselubungi kontroversi, subjek yang makin mencabar ,,, wah, dan  banyak lagi yang tak sesuai untuk disebut di sini hehe.
 cobaan,,,,

teringat pula hujung semester lepas,  aku dan geng ada pergi ke satu dialog dengan perwakilan pelajar tentang isu pindah2 nie,,, dalam sesi tu, kami diberi peluang untuk bagi cadangan tentang kemudahan yang boleh disediakan di tempat baru,,, so ada la sorang kawan nie bangun bagi cadangan supaya barangan runcit dijual lebih menepati keperluan pelajar . sekali ada makhluk dari majlis perwakilan jawab "oh nak bawak supermarket ke dalam hostel la nie?" fuh respon paling tak profesional yang pernah aku dengar dalam mesyuarat yang serius .
 masa tu semua orang dengar, dan terdiam , mungkin sebab nada sinis yang dikesan ,,, tapi nasib baik la kawan tu jawab balik dengan lemah lembut. aku kat sebelah dah mendidih dan rasa nak baling mangkuk. kena belajar tahan sabar nie.
cobaan,,,

result semester lepas?
rasanya tak perlu cakap banyak.
cobaan,,,,

musim konvokesyen,, seluruh negara. kawan2 sekelas masa sekolah dulu dah umumkan tarikh konvo  masing2,,, "insyaAllah zan, konvo bulan 11 nanti" ,, "alhamdulillah yunk, dah habis,, insyaAllah grad hujung tahun nie,,",,,, "
dan disambung dengan soalan pedih "zan awak bila habis kat sana?"
and i was like "mungkin masa saya grad nanti korang bukan setakat dah ada kerja, tapi dah ada anak dah" . lagi dua tahun sebenarnya :)
cobaan,,,

musim kawen,,, yang nie lawak .ada kawan tanya "awk tak nak kawen masa belajar ke?" . fuh . jawapannya mudah je : "tak nak." . setiap kali orang tanya pasal nie, aku jadi teringat pesan ustaz,,,"orang muda , kalau dah mampu, dan dah jumpa pasangan yang baik2 , teruskan je la,, yang tak mampu tu, tundukkan pandangan,,, puasa,,"
hmmm,,, so kalau tengok orang muda yang rajin puasa sunat tu faham2 la ye hahaha..gurau je,, hesh, tak baik betul,,,

tak profesional dalam menjalankan urusan,,
masa nak buat perbincangan untuk tugasan yang pensyarah bagi dalam kumpulan, bukan main lagi risau ikhtilat,, takut tergedik , buat benda yang tak berkaitan,, sudahnya, urusan jadi susah sebab semua jadi pemalu,,, pembahagian tugas kadang2 berterabur,,,, mula2 aku kagum, wah bagusnya dorang jaga batas,,, tapi hampehs juga,,, bukak fb, twitter, or mana2 social network,  eh elok pulak ber "huha" gurau2 , usik sana usik sini,,,, alah macam tak biasa, kan kawan,,, kan classmate,,, kan GATAL,,, haa tu dia sebenarnya ,,,boleh pulak bermusim macam tu,, kalau jaga betul2 kan manis dipandang, sejuk mata , sejuk hati tu,,,,,
cobaan,,,

aku harap kami dapat terus gagah berjuang habiskan pengajian kat sini, dan semoga semua pass dengan cemerlang , dan sentiasa dipelihara oleh Allah swt dari sebarang sikap yang tak baik,, semoga nanti bila kami grad , bukan sekadar dapat ijazah , tapi dapat macam2 pengalaman yang menambah kematangan , jadi manusia yang berkualiti. insyaAllah.